Ads 468x60px

Labels

Tuesday, February 23, 2010

- Aktiviti Hari Khamis Lepas


Chik Na dah balik ke Seri Kembangan since hari Jumaat lagi tetapi tak berkesempatan nak update blog.... hanya sempat blogwalking ke blog rakan blogger. Nak kata bz sangat tak juga tapi ader je benda yang nak kena buat bila dah tinggalkan rumah dekat seminggu...menguruskan kain baju, anak-anak dan rumahtangga yang tak habis-habis. Hari Sabtu dan Ahad pun sibuk ngan beberapa aktiviti.

Semasa di KB ari tu, pada hari Khamis lepas Chik Na bawak anak-anak jalan-jalan kat bandar Kota Bharu. Bukan tak pernah pergi KB cuma tak pernah bawa Faiz dan Sufia secara official jalan jalan KB macam pelancong. Bila negeri sendiri ambil ringan je, kalau p negeri orang bukan main cari tempat tempat menarik untuk dilawati dan bergambar sana-sini ;-)

Mula-mula we all pergi ke Muzium Negeri tapi sebelum pergi muzium kami singgah beli bungkus nasi padang kat restoren Hover. Restoren  ni dekat je dengan Muzium Negeri dan boleh dikatakan agak terkenal juga la di KB. Kami kalau balik KB, mesti ade agenda makan nasi Hover nih.

Sufia depan restoren Hover... orang tak berapa ramai sangat lagi sebab masa tu baru kul 11 lebih am

Kat restoren ni ader berbelas jenis lauk.,,kalau makan di restoren, kita akan dihidangkan semua lauk tersebut, bayar hanya lauk yg disentuh sahaja...ala macam makan kat mana-mana restoren Padang or sunda di Msia jugak la. Lauk kegemaran Chik Na adalah ayam goreng kampung, pelempung goreng dan daging kering ;-)

Ade lebih 10 orang krew untuk menghidang lauk or bungkus nasi

Curi snap gambar makanan yang depa susun untuk dihantar ke meja pelanggan

Lepas beli nasi, adik Chik Na , Ayah Ri drop kami kat Muzium Negeri yang kalau jalan kaki hanya 3,4 min je jauhnya dari Restoren Hover tadi. 

Bersama Chik Lah depan Muzium Negeri berlatarbelakang bulatan jam besar
Depan kaunter muzium negeri..tiket masuk hanya RM 1.50 untuk dewasa

Dalam muzium negeri..Chik Na suka congkak bentuk burung tuh
Lagi persekitaran Muzium Negeri
Pasar lama MPKB.... kat dalam ni ade beratus gerai untuk kaki shopping ;-)
Sekitar bandar KB
Depan Bazaar Buluh Kubu  dan Laman Siti Khadijah, laman terletak ditengah-tengah antara Bazaar Buluh Kubu dan Pasar Bulat Siti Khadijah
Sekitar Kampung kraftangan...kat sini banyak jual souvenir
Atas Kiri: Istana Batu: Muzium Diraja.
Atas Kanan: Istana Jahar: Muzium Kesenian dan Tradisi Diraja Kelantan
Bawah Kanan: Pintu Gerbang Kota Sultan Ismail Petra.

Dah habis jalan-jalan di bandar KB, Ayah Ri datang ambil we all depan Istana Balai Besar..(lupa nak snap gambar depan Istana Balai Besar nih). Sebenarnya banyak lagi tempat bersejarah dan menarik yang boleh dilawati berhampiran Istana Balai Besar dan Istana Jahar ni...antaranya Bank Kerapu, Masjid Negeri, Bank Pitis dan Muzium Peperangan.... tapi disebabkan dah banyak jalan, Faiz dan Sufia dah agak kepenatan dan kelaparan almaklumlah masa tu dah dekat kul 3 ptg.

20 comments:

Nadiah Sidek said...

eh..chik na duduk di seri kembangan ke? mak ayah nadiah duduk di sri serdang..dekat le tu :)

azi said...

aktiviti melawat negeri sendiri..hehe...hang kena jot lagi tempat2 menarik kat KB/k'tan...so bila ke sana tau dah nak tuju ke mana selain dpd menghabiskan duit membeli belah..ha

Chik Na said...

Nadiah: Ha ah dekat ngan Jusco Equine park atau pasar borong selangor... sri serdang tu kira dekat sgtlah ngan rumah Chik Na :-)

Chik Na said...

azi: ok..nanti aku copy info tempat tempat menarik kat Kelantan dari pamplet yg aku ambik dari Tourism Malaysia ;-)

Shida said...

chik na,hubby shida ore kelate..tiap2 bln balik...tapi kami tak pernah lagi melawat tmpt2 bersejarah negeri kelantan..
huhuhu..mmg lemah sejarah tul lah kami ni..
btw,restoran hover tu mcm best jer lah..lauk pauk pun mengiurkan..nnti nk try gi mkn kat sana lah..
thanks 4 d info..

al-lavendari said...

saya orang NS tapi amat menggemari makan kelantan. semuanya sedap.

p.s saya kerja di Sri Kembangan dan berulang alik dari Seremban setiap hari.

Chik Na said...

Shida: restoren Hover tu depan bangunan MARA..sila lah...

lagi satu kat depan restoren tu ade makcik jual pulut bakar...sedap gak pulut bakar tuh...

Hamizah said...

saya pon belum habis meronda di ngr sendiri..kalau cuti je byk agenda utk keluarga..xsempat

Chik Na said...

al-lavendari: dokat la ngan rumah saya tuh..saya kat Lestari Perdana, dekat jusco equine park

Chik Na said...

Hamizah: biasa la tuh mizah..lagipun kita selalu ingat...nanti-nanti boleh pergi sebab selalu balik kan!!!!

Nida said...

Salam Chik Na..

Sedapnya pelempung goreng.. sini takde jual. Nida suka goreng garing2 pastu masak macam ala2 goreng berlada (alamak meleleh lak air liur ni..hehe)

Lady of Leisure said...

sedapnya lauk pauk tu chik na...
cantik kelantan kan... lady penah pi sekali jer tu pun takat semerak jer huhu... teringin nak gi pasar siti khadijah..

Chik Na said...

Nida: Chik Na pun suka pelempung goreng garing-garing macam Nida cakap tuh ;-)

Chik Na said...

LAdy: sila la ke negeri kalahiran Chik Na tuh... nanti kalu rajin Chik Na masukkan more info dari pamplet tourism msia :-)

Mummy Chubby said...

ntah bila la mummy nak smpi Kelantan chik na...tu yg ssh bla hubby keje shif nih.masa xtentu...

alyyani said...

banyak jugak tmpt menarik kat kelantan ni ye kak. dulu masa parents selalu bawak gi sini asyik pegi pasar besar siti khadijah jek. heheh..

NURUL IZZA said...

chik na, kb tu dh ubah sgt..dh pening kalau masuk kb.apa2pun iza suka je shoping pasar lama mpkb.heheh..

Chik Na said...

mummy chubby: bila ade hubby leh cuti pjg sket leh la jalan KB.. mummy akan enjoy the food, pantai yg cantik, shopping dan keramahan penduduknya ;-)

Chik Na said...

Alya: lain kali pegi KB..try p lepak kat pantai lak...sambil makan colek seafood ;-). U will enjoyed it

Chik Na said...

Izza: Kalau izza dah lama tak gi KB, Izza akan confuse aliran traffic yg baru ...banyak dah jadi 1 way ...pening Chik Na masa balik ari tuh..GPS kat hphone lak lum update peta aliran baru...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates