Hari ni pukul 9 pagi Chik Na dah tersengih kat Fitness First...appointment ngan Cik Audrey kul 9.15am. Tepat-tepat pukul 9.15 am Cik Audrey muncul. Mula exercise dengan kayuh elliptical selama 10 minit, termengah-mengah la jugak Chik Na nak menyudahkan buat Elliptical tuh. Lupa lak nak tengok berapa banyak kalori yang terbakar tuk 10 minit tu.
Pastu buat senaman dengan segala macam alat bantuan senaman yg Chik Na pun tak tau namanya (basically strenght and stretch machine) . Ade senaman tuk kuatkan otot lengan, otot bahu, otot perut, otot paha dan otot betis. Semuanya kena buat dalam kiraan 10 kali, rilex 1,2 minit then ulang 10 kali lagi. Menitik-nitik jugak lah peluh Chik Na...sampai basah t-shirt yg Chik Na pakai. Kemudian lari kat treadmill selama 10 min. Last sekali buat exercise tuk "cool down"kan otot-otot. Exercise yg last ni penting supaya otot-otot tak sakit sangat sebab dah lama Chik Na tak exercise. Masa sejam berlalu dengan cepat je rasanya sebab Cik Audrey ni peramah dan dia buat Chik Na rasa seronok dengan setiap aktiviti yang dia plankan untuk Chik Na. After habis exercise, Cik Audrey bagitau dari pemerhatian dia bahagian belah kiri badan Chik Na lebih lemah dari belah kanan.
Ikut plan Chik Na kena jumpa Cik Audrey 3x seminggu. Walaupun esok tak de personal training, tapi Cik Audrey dah pesan supaya Chik Na datang esok buat cycle selama 20min dan lari kat treadmill selama 20 min jugak.
5 comments:
siap trainer lg......hehehe....pemberi smgt ye chik Na. K. ani berpeluh seminggu sekali jer.....balik kemas umah Pilah every weekend.....hr lain....malas....huhuhu. Slmt exercise ekk :)
Ibuhsni: Trainer tu cuma nak tahu exercise mana yg sesuai dan untuk dapat tip-tip exercise .. dah tahu tu, lepas ni buat sendiri je lah
kena bayar ye kak? berapa ek?
waaah.. makin slim ler kak ina nanti.. :)
wah... all the best chik na...
makin semangat nak workout bila ada geng ni..
:)
Post a Comment