Ads 468x60px

Labels

Wednesday, December 17, 2014

Quote of the Week

Awesome quote dari idola business Chik Na

"Memberi tanpa nanti, Berkongsi tanpa henti" - Dato Roslan Abd Hamid

Monday, December 15, 2014

Semoga beroleh keberkatan

Hari ni Chik Na doakan semua sahabat dan rakan rakan yang menjengah blog bersawang ni dilimpahi keberkatan :D

"Ya allah, berikan aku, ahli keluargaku, sahabatku, jiran tetanggaku dan kenalanku termasuk kenalan mayaku keberkatan masa, ilmu, umur dan rezeki di dunia ini" :D

Friday, December 5, 2014

Lama Menyepi...

Assalamualaikum,

He he he ..lama menyepikan..insyaAllah akan cuba menulis dan bercerita kembali.. Last week Chik Na menghadiri satu kelas 4 hari 3 malam pasal ilmu pemasaran, sifu kata utk menjadi seorang "Marketing Genius" kita kena banyak menulis supaya dpt improve ayat copy writing pemasaran kita..dan dari menulis juga kita akan dapat idea-idea untuk membuat pemasaran :D... jangan bimbang Chik Na bukan nak mengajar ilmu pemasaran di sini..cuma nak cuba kembali menulis seperti biasa, share cerita cuti-cuti kami, resepi yg dicuba dan lain-lain..

Ada terbaca satu artikel tadi;

"Wanita lebih mudah stress berbanding lelaki. tetapi wanita lebih bijak mengawal stress berbanding lelaki..."

Kalau dipikirkan betul jugakk kan? Perempuan selalunya stress dengan macam-macam urusan..kekeluargaan dan juga pekerjaan tapi insyaAllah kita boleh handle dengan baik kan..

Lelaki pula nampak macam cool tapi bila sesekali stress dia akan mudah meletup... itu yg buat para isteri takut tuh..he he he (Chik Na tgk suami ChikNa la, dia selaluya nampak cook walaupun dlm hatinya mungkin pikir macam-macam), so jangan buat suami anda stress, sayangi dan belailah dia seikhlas hati anda. Dapat pahala tau :D

Cuba hilangkan stress dengan 5 cara ini:
  • Syukur 
  • Senyum
  • Sujud dan Dzikir
  • Selawat kepada nabi Muhammad saw
  • Sedeqah
Masing-masing Allah jadikan ada kekurangan dan kelebihan kerana kita manusia biasa.


Tuesday, April 29, 2014

Muffin Pisang sedap

Lama tak berblog.. hi hi Chik Na cuma nak share resipi Muffin Pisang yang sedap ni.

Muffin Pisang Sedap
Asal: Ana Penang fp
sumber: fp kak Madihaa 

BAHAN A 
400 gm butter cair 
300 gm (6 biji) telur 
200gm susu segar 

BAHAN  B 
600gm pisang dilecek 
400gm gula castor (saya kurangkan sedikit) 
1 tsp garam 

BAHAN C 
550 tepung superfine 
2 tsp baking powder 
2 tsp sodium bikarbonate 

Double boil butter sampai cair dan sejukkan sebentar. Chik Na cairkan dlm micriwave je. Pukul sedikit telur dan campurkan ke dalam susu segar, gaul sebati. Sementara itu lecek pisang dan campurkan gula dan garam. Gaulkan sebati sehingga gula agak hancur. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder. Satukan bahan A dan B dan campurkan ke dalam adunan tepung. Gaul hingga sebati jangan terlalu lama cukup sekadar semuanya bersatu. Sendukkan adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar 180 C selama 20-25minit. 


Nota: Jika ingin membuat marble boleh diasingkan sedikit adunan dan campurkan 2 sudu besar serbuk koko atau adunan kelihatan coklat . Tuangkan ke dalam muffin cup dengan diselang-selikan kedua-dua adunan


Thursday, March 20, 2014

Chewy chocolate Brownies

Assalamualaikum...

Dah lama tak update blog ni.. been bz with my online store..alhamdulillah. Hari ni menulis sbb nak masukkan resipi Chocolate Brownies yang super chewy nih... memang sedap diakui oleh anakanda Sufia n En. Zaidi :D

Resipi diambil dari blog Kak Nor secubit Garam... thanks Kak Nor for sharing resipi yg besttt dan simple ni.. love it so much.



SUPER FUDGY BROWNIES
Resipi : Martha Stewart
Di Olah : Che CT
sumber: K.Nor

Bahan-bahan :
120 gm unsalted butter - (8 sudu besar)
130 gm all purpose flour - (1 cawan)
1/2 sudu teh baking powder
30 gm serbuk koko - (1/4 cawan)
1/2 sudu teh garam
220 gm coklat masakan - dadu kecil-kecil
240 gm gula perang - (resepi asal 1 1/4 cawan gula kastor)
3 biji telur gred A
3/4 cawan choc chips

Bahan untuk ditabur :
Almond slice / choc chips

Cara-cara :

1. Panaskan oven 180'C. Sapu loyang dengan mentega dan alas dengan baking paper dan lebihkan ditepi loyang untuk memudahkan untuk dikeluarkan brownies nanti, dan sapu juga baking paper dengan mentega. Ketepikan.

2. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder, garam dan choc chips sekali. Ketepikan. Pindahkan choc chips yang telah diayak kedalam bekas lain.

3. Cairkan coklat masakan dan butter guna keadah double boiler. Pastikan air tidak masuk dalam coklat. Matikan api.

4. Masukkan gula dalam adunan coklat dan kacau rata dengan whisk hingga gula larut dan sebati dengan coklat. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata-rata dengan perlahan-lahan.

5. Masukkan adunan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit hingga tercampur rata. Masukkan sekali choc chips yang diayak tadi. Jangan aduk terlalu lama, cukup sekadar bercampur dan tiada tepung lagi.

6. Tuang adunan dalam loyang dan ratakan. Taburkan almond slice dan choc chips ikut suka. CT guna loyang 10x10x2 inci.

7. Bakar selama 50 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan 30 minit. Bila dah sejuk baru keluarkan dari loyang dan letak atas redai dan boleh dipotong-potong.


Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2012/02/super-fudgy-brownies.html#ixzz2wSyRtcMO


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates