Ads 468x60px

Labels

Tuesday, April 29, 2014

Muffin Pisang sedap

Lama tak berblog.. hi hi Chik Na cuma nak share resipi Muffin Pisang yang sedap ni.

Muffin Pisang Sedap
Asal: Ana Penang fp
sumber: fp kak Madihaa 

BAHAN A 
400 gm butter cair 
300 gm (6 biji) telur 
200gm susu segar 

BAHAN  B 
600gm pisang dilecek 
400gm gula castor (saya kurangkan sedikit) 
1 tsp garam 

BAHAN C 
550 tepung superfine 
2 tsp baking powder 
2 tsp sodium bikarbonate 

Double boil butter sampai cair dan sejukkan sebentar. Chik Na cairkan dlm micriwave je. Pukul sedikit telur dan campurkan ke dalam susu segar, gaul sebati. Sementara itu lecek pisang dan campurkan gula dan garam. Gaulkan sebati sehingga gula agak hancur. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder. Satukan bahan A dan B dan campurkan ke dalam adunan tepung. Gaul hingga sebati jangan terlalu lama cukup sekadar semuanya bersatu. Sendukkan adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar 180 C selama 20-25minit. 


Nota: Jika ingin membuat marble boleh diasingkan sedikit adunan dan campurkan 2 sudu besar serbuk koko atau adunan kelihatan coklat . Tuangkan ke dalam muffin cup dengan diselang-selikan kedua-dua adunan


1 comment:

Kakcik Seroja said...

Assalamualaikum Chik Na. Lama dah kakcik tak berkunjung ke sini. Semoga Chik Na sekeluarga sihat2 sahaja. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates