Ads 468x60px

Labels

Friday, March 30, 2012

Umrah with Andalusia Travel and Tours

Assalamualaikum wth,

Alhamdulillah Chik Na dah selamat balik ke M'sia pada 19 Mac lalu after mengerjakan umrah di Mekah Al-Mukarramah. Alhamdulillah juga dengan berkat doa dari keluarga, kawan-kawan dan rakan maya, semua urusan dipermudahkan. 

Chik Na mengerjakan umrah dengan khidmat dari Andalusia Travel & Tour Sdn Bhd. Alhamdulillah Chik Na sangat berpuas hati dengan segala servis (bilik hotel, makanan dan perkhidmatan mutawif) yang disediakan oleh pihak Andalusia. 

Pihak Andalusia juga menyediakan kelas atau ceramah mengenai umrah dan haji untuk bakal tetamu Allah setiap minggu, hari Sabtu dan Ahad bermula pukul 9 am - 1 pm di Wisma Andalusia di Kampung Pandan bagi bakal tetamu allah yang berada di Lembah Klang. Sesiapa saja boleh menghadiri kelas tersebut samada yang dah mendaftar untuk mengerjakan umrah ataupun yang belum mendaftar. Dalam jam 10.30am kelas akan berehat sekejap dan tetamu yang datang akan diberi makan nasi lemak free :-). Tapi kalau nak ke sana kena pergi awal sedikit sebab kelasnya sangat padat... silap-silap kena dok atas tangga pulak. Nak dapat parking pun susah...

Bagi Chik Na, menghadiri kelas tersebut sangat penting kerana kita akan mendapat tip-tip yang biasanya tidak diberitahu dalam buku-buku umrah atau haji yang dibeli dan dibaca. Segala persoalan boleh ditanya direct dengan penceramah supaya segala kemusykilan kita terjawab. Mengerjakan umrah bukan setakat mengetahui mengenai rukun dan syarat wajib umrah sahaja tetapi kita perlu juga mencari lebih ilmu agar mendapat umrah yang mabrur. Alhamdulillah setiap kali Chik Na ke kelas tersebut penceramahnya adalah Dato' Ustaz Hj Mohd Daud bin Che Ngah sendiri (owner of Andalusia dan mantan pengurus besar bimbingan haji, tabung Haji). Ceramahnya dipenuhi dengan gelak ketawa dan tip-tip berguna dan kisah tauladan sepanjang hampir 25 tahun ustaz menguruskan jemaah haji dan umrah.

Beg-beg dan buku panduan diatas diberi percuma untuk bakal tetamu allah swt yg mendaftar dengan Andalusia travel

Sepanjang di Madinah dan Mekah juga, diadakan pengisian agama seperti ceramah berkaitan umrah oleh ustaz-ustaz. Harga pakej yang kami pilih sebanyak RM 5890 untuk 4 org sebilik Chik Na rasa amat berpatutan. Harga pakej tersebut termasuklah ;
  • tiket penerbangan pergi balik dan cukai lapangan terbang
  • penginapan di Tanah Suci (madinah/Mekah)
  • makanan dan minuman (makan 4 x sehari n free flow minuman sejuk dan panas sepanjang hari)
  • kenderaan semasa di tanah Suci (bas berhawa dingin)
  • lawatan dan ziarah tempat bersejarah di Makkah dan Madinah)
  • khidmat mutawif
  • kursus dan bimbingan sebelum/semasa di Tanah Suci
  • visa Umrah
  • takaful berkelompok
  • air zam-zam 10 liter
Pendek kata Chik Na amat berpuashati dengan servis yang ditawarkan oleh pihak Andalusia Travel n Tours. haiii.... hari ni entry buat iklan pree kat Andalusia la plak..insyallah next entry Chik Na sertakan pula foto-foto kami di Madinah dan Mekah

Tuesday, March 6, 2012

Mohon Kemaafan

Assalamualaikum..wth

Dengan izin Allah, hari ini Chik Na dan suami serta beberapa ahli keluarga En. Zaidi termasuk mak mertua akan bertolak ke Madinah dan kemudian akan mengerjakan umrah pada hari Jumaat, 9 Mac 2012. Oleh itu Chik Na memohon kemaafan dan keampunan sekira selama berkenalan di alam maya ada kata-kata Chik Na yg terguris perasaan dan terkasar bahasa.

Doakan Chik Na serta keluarga memperolehi umrah yang mabrur dan dapat mengerjakan umrah dengan sempurna.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates