Ads 468x60px

Labels

Thursday, July 14, 2016

Pengalaman Mengerjakan Ibadah Haji 2015 - persediaan

Assalamualaikum,

Dah lama nak bercerita pasal pengalaman mengerjakan haji pada tahun lepas...2015. Asyik bertangguh je... tiba-tiba teringat nak bercerita pengalaman manis sepanjang mengerjakan haji, al- maklumlah now ni dah nak tiba musim haji lagi...

Chik Na sangat bersyukur kerana Chik Na berpeluang menunaikan haji pada usia yang agak muda iaitu pada umur 43 tahun... perasan muda lak..he he he...yer lah, kalau dibandingkan rata-rata yg mengerjakan haji ni normally melebihi usia 50 tahun. Ramai sahabat yang menyangka kami mengerjakan haji mengikut "Pakej" dengan agensi umrah tertentu kerana dapat pergi menunaikan haji dlm usia yg belum mencecah 50an. Sebenarnya kami pergi dengan Tabung Haji Muasasah shj .. hanya bayar RM 9,980 untuk 46 hari. Kalau menunaikan haji kali ke-2 kosnya RM 16,155. Sebanyak RM6,175 di tanggong oleh pihak Tabung Haji untuk org yg kali pertama mengerjakan haji :D

Kami agak beruntung kerana semasa kami mendaftar haji pada hujung tahun 2006, queue utk mengerjakan haji lebih kurang 8 tahun lebih shj, berbanding sekarang yang terpaksa Q sehingga lebih 70 tahun. Anak buah Chik Na yg berusia setahun, bila di daftar oleh adik Chik Na pd tahun lepas, turn hajinya pd usia 70 tahun. Alhamdulillah kedua anak Chik Na pun dah didaftar beberapa tahun lepas, InsyaAllah Faiz dan Sufia akan mengerjakan haji mereka pd usia awal 40an juga. Seperti iklan Tabung Haji di radio IKIM, menjadi tanggongjawab kita untuk mendaftar haji untuk anak-anak kita.

Akhir December 2014 lagi kami sudah mendapat surat tawaran  untuk mengerjakan haji dari pejabat Tabung Haji Kajang kerana kami tinggal di Seri Kembangan tetapi kami menukar pejabat urusan haji kami ke Tabung Haji Putrajaya memandangkan TH Putrajaya lebih dekat dgn temat tinggal kami, dan kami diberi masa dlm 2 minggu untuk menjawab surat tawaran samada untuk menerima atau menolak tawaran mengerjakan haji. Yang pasti kami memang tak sabar untuk menerima tawaran mengerjakan haji.

Bagi wanita yang berusia 44 tahun ke bawah, dikehendaki mengisi borang sokongan Perakuan mahram, jika pergi bersama suami, salinan surat nikah yang disahkan oleh  jabatan agama perlu dilampirkan semasa menyerahkan surat tawaran haji. Pihak TH akan meminta kita memilih samada untuk ke Madinah dahulu atau nak ke Mekah dahulu. Kami memilih utk penerbangan awal iaitu ke Madinah dahulu memandangkan Sufia akan menghadapi Peperiksaan UPKK pd tahun ini, so sempat la kami pulang utk bersama dia pd hari peperiksaan tersebut. Ini bermakna kami akan megerjakan Haji Tamattuk iaitu menunaikan umrah dahulu dlm musim haji.

2 tahun sebelum tu kami dah mula mengikuti kursus haji di Masjid UPM bersama Ustaz Haji Sapawi Che Mat. Bagi Chik Na, sangat penting untuk kita membuat persediaan awal kerana kita akan mendapat tip-tip dan informasi yang biasanya tidak diberitahu dalam buku-buku mengenai haji yang dibeli atau dibaca. Segala persoalan yang ditanya oleh peserta lain akan menjadi info dan tip yang sangat berguna. Mengerjakan haji bukan setakat mengetahui rukun dan syarat wajib haji sahaja tetapi kita perlu juga mencari ilmu agar mendapat haji yang mabrur dan sempurna. 

Alhamdulillah pada Mac 2012, kami berpeluang pergi menunaikan umrah bersama Andalusia Travel, sedikit sebanyak pengalaman menunaikan umrah amat membantu kami sepanjang kami di Madinah dan Mekah untuk mengerjakan haji pada tahun lepas.

Kami menghadiri Kursus Asas Haji (KAH) di Masjid Kinrara pada setiap hari Ahad bermula 11 Jan 2015 - 3 Mei 2015 dibimbing oleh Ustaz Ibrahim bin Embong dan Ustazah Yusnah bt Yusoff. Untuk info, jika kita telah mendapat surat tawaran menegerjakan haji, kita akan mendapat buku kursus haji secara percuma dan tidak perlu membayar kos minuman ringan yg disediakan pihak masjid kerana pihak tabung haji akan membayar bagi pihak kita tetapi kalau kita masih belum mendapat tawaran haji, normally kita diminta bayar RM 70 untuk minumam ringan yg disediakan / breakfast) sepanjang kursus haji dijalankan dan perlu membeli buku kursus haji bersiri jika kita mahu.

April 2015, pihak Tabung Haji menghantar gelang tangan yang bercetak nama dan ic kita. Gelang ini harus dipakai sepanjang berada di Madinah dan juga Mekah. Untuk memudahkan urusan antara Dhuyufurrahman (tetamu Allah) dgn pihak Tabung Haji, satu grup whatsapp dibuat oleh pihak Tabung Haji Putrajaya. 

gelang tangan ini  dikehendaki pakai sepanjang berada di madinah dan Mekah

Minggu ke 3 Mei, kami membuat  pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9...sepatutnya pd 16 Mei 2015 tetapi kami tidak dapat hadir kerana ada kenduri kawin adinda Chik Na di KB. Yang suspendnya.. pd pemeriksaan kesihatan tu, tahap kesihatan Chik Na tak terus diluluskan sebab tekanan darah dan gula dlm darah slightly tinggi, terpaksa membuat pemeriksaan susulan, alhamdulillah setelah 2x pemeriksaan susulan akhirnya pada 19 June tahap kesihatan Chik Na  diluluskan dan dibenarkan mengambilan suntikan vaksin Meningococcal. Para Dhuyufurrahman juga dinasihatkan utk mengambil vaksin tambahan (Vaxigrip dan Pneumo23) di klinik atau hospital swasta. Alhamdulillah semasa hari penyerahan passpot dan kursus Haji Intensif, pihak TH Putrajaya bekerjasama dgn pihk klinik swasta utk menyediakan khidmat suntikan 2 vaksin tambahan dgn harga RM 190 shj. Dengar khabar, sapa-sapa yg ambik vaksin tambahan di hospital swasta harganya RM 300++. Chik Na ambik vaksin tersebut semasa menyerahan paspot di pejabat TH Putrajaya.


buku kesihatan ini perlu dibawa jika membuat pemekriksaan kesihatan sepanjang berada di Madinah dan Mekah

30-31 Mei 2015 kami menghadiri kusus Haji Intensif di Sekolah Alam Syah Putrajaya. Revision mengenai hal hal berkaitan haji dan praktikal tawaf, saie dan melontar. Pada Akhir June 2015, kami diminta menyerahkan passpot antarabangsa untuk proses mendapatkan visa haji. 


Minggu akhir bulan Ramadhan kami mendapat jadual penerbangan. Chik Na dan suami dikehendaki melapur diri dengan 18 Ogos 2015 dengan penerbangan kumpulan KT11, iaitu hari ketiga penerbangan haji.


Jadual penerbangan Chik Na dan suami
Akhir sekali, para dhuyufurrahman dari wilayah persekutuan dikehendaki menghadiri Kursus Haji Perdana di UIA, Gombak pada 1-2 ogos bermula selepas asar 1 Ogos dan berakhir selepas zohor 2 ogos 2015. Kali ni kena bermalam di masjid UIA, bersama sama qiamullail, praktikal tawaf, saie dan melontar.Kami juga dikehendaki mengambil beg troli tangan yg mengandungi cenderahati, ubat-ubatan dan  buku-buku dari pihak penaja.


... bersambung next episode perjalanan haji pula ... 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates