Ads 468x60px

Labels

Thursday, April 29, 2010

- Lunch : Meisan Szechuan Restaurant, Quality Hotel

Semalam, Chik Na pergi lunch with of one my gud fren masa kat TM dulu... kami makan Dim Sum kat Meisan Szechuan Restaurant, kat Hotel Quality KL. Kawan Chik Na ni suka makan dim sum.Kami pilih restoren ni sebab ianya antara restoren dim sum yg halal yg kami tau :-)

Quality City Centre Hotel Kuala Lumpur - Meisan Szechuan Restaurant  - The various meticulously prepared authentic Szechuan and Cantonese cuisine are the forte of the restaurant, together with a spacious and soothing interior, which will make a comfortable and enjoyable dining experience.
Suasana kat Meisan ..gambar ihsan dari En. Google

Chik Na sampai Quality Hotel around 12.45 pm... nasib baik la jalan dari rumah ke KL tak jammed. Chik Na keluar after Faiz pergi sekolah around 12.20pm. Dan disebabkan nak kuar lunch ngan member Chik Na ni, Sufia balik rumah babysitter after school time. Kadang bila Chik Na ade urusan personal yg perlu diuruskan, Sufia akan balik with babysitter yang kebetulan sebelah paginya babysitter tu bekerja di kindie tempat Sufia belajar.
Antara Dim Sum yg kami makan... lupa plak nak snap gambar satu dim sum bersup yg enak rasanya.

Fyi, buffet lunch Dim Sum kat sini harganya RM 29.50 per head. Mula dari 12 tengahari hingga 2.30pm. 

After 2.30pm dan da abis makan Dim Sum..kami pindah ke coffee house, The Benteng plak. Kali ni kami minum teh tarik plak.. sambil sambung bersembang.. Al-maklumlah jarang-jarang jumpa bila sesekali jumpa macam macam citer nak dikongsi...especially pasal anak-anak.

Quality City Centre Hotel Kuala Lumpur - The Benteng-Coffee House - This outlet is the place to go for good food, to chat over a meal, or to just unwind. Savour the distinctive tastes of local and international cuisine, fine pastries, and tantalizing ice-cream with sumptuous desserts.
The Benteng..ihsan dari En. Google

Sambung sembang sampai pukul 3.30pm...bekejar balik sebab tak solat zuhur lagi.Mula tu nak sholat kat rumah tapi bila mengenangkan takut terlalu lewat, Chik Na singgah solat kat Petronas Bukit Jalil. Rilex jap kat surau petronas then singgah jemput Sufia. After ambil sufia pergi plak ke Jusco Equine Park beli barang dapur untuk dinner.


Wednesday, April 28, 2010

Award from shida lagi..


Award yang kat atas ni plak Chik Na dapat dari Shida lagi... terima kasih buat Shida yg rajin bagi award kat Chik Na yea..


Perkara yang perlu dilakukan bila terima award nih :-

1) bagi ucapan terima kasih pada saper yang bagi award ni dan postkan award ni dalam blog masing-masing... Terima kasih banyak banyak kat Shida.... Gorgeous Mama Diaries kerana sudi bagi award nih kat Chik Na
2) List kan tarikh lahir anak yg 1st dan seterusnya letak sekali nama anak yg ke 2,3,4....dan seterusnya(kalau ada lagi..sila berbuat demikian, ya..!!)


Nama : Muhammad Faiz Najmi bin Ahmad Zaidi
D.O.B : 28 Mei 2001


 Nama : Sufia Aleesha binti Ahmad Zaidi
D.O.B : 5 Feb 2004

3) Sesiapa yang pregnant boleh letak gambar pregnant yer..
- Ketika N3 ni dibuat Chik Na masih belum pregnant...
4) Sila serahkan award kat sape2 yang anda rasa hot mama

- Dah macam terlewat lak nak bagi award ni ..rasanya dah ramai yang dah dapat this award... so sapa yg belum dapat award nih ..boleh la ambik yea..
Kepada semua mama/ibu/umi/mummy/mak yang rajin singgah sini korang semua sememangnya HOT MAMA..

Tuesday, April 27, 2010

- Firzana Family Day

Last Saturday, sekolah agama tempat Faiz belajar mengadakan Family Day. Seperti juga tahun lepas, Family Day Firzana ni diadakan di Stdium Tertutup MPSJ di Serdang. Tujuannya untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dikalangan ibubapa pelajar...masa ni Chik Na ambil peluang mengenali ibubapa kawan-kawan Faiz di sekolah. 

Family Day ni bukan hanya untuk KAFA Integrasi Al- Firzana di Equine Park sahaja tetapi digabungkan dengan  KAFA Integrafi Ibnu Sina di Puncak Jalil dan Firzana Babyland Care. FYI Firzana Babyland Care pula dibahagikan kpd 2 iaitu nursery dan juga kindergarden. Firzana Educare juga menyediakan perkhidmatan van sekolah dan perkhidmatan transit anak anak ke sekolah sebelum atau selepas balik sekolah. Basically depa ni menyediakan total solution untuk ibubapa yg bekerja. eh eh ehhhh ..buat promosi pulak Chik Na ni...

Berbalik kepada Family Day tadi.. acara bermula pada pukul 8 pagi dengan pendaftaran ibubapa..masa pendaftaran ni parents dapat number untuk cabutan bertuah.

 Aturcara sukaneka...Faiz masuk acara Langkah Pak Malau...langkah Pak Malau ni dimulakan dengan lari sambil berskipping kemudian di pertengahan jalan ambil bola dalam bakul kemudian melompat sambil mengepit bola di lutut hingga ke garisan penamat.

Suasana di Firzana family Day
Faiz bersama kawan-kawan

Di akhir majlis diadakan majlis penyampaian, cabutan bertuah... banyak keluarga juga yg bertuah ari tu cuma chik Na je yang tak bertuah dan hadiah untuk spot the car number with Firzana sticker. Group Faiz dapat pingat emas..bukan main suka dia sebab bertambahlah medal collection dia :-). Dan setiap anak-anak yg mengambil bahagian juga dapat sebuah note book/diary berkarektor kartun popular.

Sunday, April 25, 2010

- Nasi lemak beras basmathi dan udang besar

Breakfast pagi ni Chik Na sediakan Nasi lemak dari beras basmathi yg En. Zaidi bawa balik dari Syria dan Sambal Udang yg udangnya diberi oleh K. Aishah tempohari. 
Punyalah lama peram udang tu sebab kalu masak hari weekdays nanti takde sapa nak makan..
Hanya weekend rumah Chik Na ni meriah ngan ahli keluarga :-)

Saturday, April 24, 2010

- Tag dari Alya

Petang ni Chik Na nak langsaikan hutang tag dari Alyyani, Mrs. Simplicity. Dah lama Chik Na peram tag nih. Anyway, nak ucapkan terima kasih buat Alya sebab bagi tag nih.. Alya jangan serik bagi lagi tag lain walaupun lambat akak tetap akan buat tag yg diberi.

1. siapakah anda dirumah?
Part-time isteri ( he he he  ade ke part time isteri.. Chik Na lah tu sebab En. Zaidi hanya on off berada kat Msia), mama dan jugak kakak (nasib baik ada adinda tersayang, Ari yg sudi menemankan Chik Na 3 beranak)

2. siapakah diri anda disamping rakan?
Sure la rakan jugak kan ....

3. 5 benda yang anda idamkan tapi masih belum tercapai?
1. Dapat bersama dengan suami tersayang setiap hari :-)
2. Menunaikan Umrah / Haji di Mekah
3. Nak rumah yg lebih besar  ...besar sikit dari sekarang je, kalu bole nak rumah yg bilik bawah a bit ke depan so that bila my mum or MIL datang rumah x la nampak macam dok bilik tepi dapur...
4. Nak ade company sendiri
5. Nak bawa anak pergi Disneyland tak kiralah Disneyland negara mana pun..

4. siapakah nama pasangan anda?
Ahmad Zaidi Hassan

5. ceritakan 5 perkara yang paling anda suka tentang pasangan anda?
1. very responsible
2. tak kedekut ...
3. romantic.. in his own way
4. rajin layan kerenah anak-anak
5. rajin menolong hal-hal rumah especially mop lantai

6. bila tarikh couple?
sama macam Alya ... tak ingat!

7. kenangan pahit anda bersama rakan anda?
Rasanya takde kut

8. lagu tema cinta anda?
Celine Dion - Because U Loved Me

9. apa perubahan yang anda ingin lihat pada pasangan anda?
Tak mau dia berubah...like him seadanya seperti sekarang

10. Tag 10 rakan lain:
 
1. zarin
2. eynda
3. liana
4. Nida
5. hamizah
6. Izza
7. Nadiah
8. Cik Mas
9. Azi
10. Lia

Kepada rakan blogger lain jangan kecewa tak dapat tag dari Chik Na insyaalah nanti Chik Na pass kat korang plak :-)

Kepada kawan-kawan yg kena tag sila la buat yea..

Friday, April 23, 2010

- Award from E-na lovely kitchen


Terima kasih kepada E-na Lovely Kitchen kerana bagi award kepada semua followernya.

Wednesday, April 21, 2010

- Power Steering Pump Belt

Pagi tadi semasa Chik Na jemput Faiz balik dari sekolah KAFA, tiba-tiba je kereta Chik Na bunyi pelik. It's happen bila Chik Na pusing steering buat sharp turn masa nak parking... suspen sangat sebab bila Chik Na try turn ke kiri dan ke kanan bunyinya agak kuat dan nyaring. Masa nak kuar parking pun bunyi jugak.Nak bawa kereta masa nak balik rumah pun takut..manalah tau tiba-tiba jadi apa-apa plak kat jalan.  Tapi masa memandu kat jalan tak bunyi lak. Dalam hati berkata-kata " masa En. Zaidi tak de ni lah benda-benda can gini nak jadi." Faiz siap pesan kat Chik Na supaya bawak kete perlahan-lahan je.

Masa nak masuk gate parking kat rumah pun bunyi jugak. Disebabkan risau, terus Chik Na call mekanik kat Global Amity dan cerita pasal kereta Chik Na tu .. perasan lak bukannya kereta Chik Na tapi kereta En. Zaidi lah..he he he... tapi sejak beli Chik Na lebih paham pasal kete nih sebab Chik Na yg  lebih banyak memandunya dari tuan nya tuh.. melalut plak.

After discuss ngan mekanik, Chik Na decide nak pergi check tengahari after ambil Sufia dari kindie. Chik Na sampai Global Amity dalam pukul 1 tghari. Alang-alang dah pergi service center, Chik Na minta mekanik check sekali battery kete sebab kadang pagi kete susah nak start. After setengah jam, mekanik call bagitau (padahal Chik Na ade kat customer lounge di tingkat 1 he he he) masalah bunyi tu disebabkan Power steering Pump Belt , tepinya dah koyak-koyak...dan bab susah nak start tu disebabkan voltage battery dah low... Apalagi terpaksa la Chik Na suruh depa tukar apa yang patut..

 Q number yang ke 45..mak aii mula tgk nombor tu ingatkan kena tunggu lama rupanya dlm kul 3 pm kete dah siap :-)

Sufia yang kebosanan sedang melukis kat scrapbooknya

Disebabkan curious nak tahu rupa power steering pump belt tuh..Chik Na google kat tenet ..Ni la rupanya...... gambar ihsan En. google

Tuesday, April 20, 2010

- lama tak update blog

Dekat seminggu Chik Na menghilang yea...sebenarnya sejak Friday last week Chik Na tak berapa sihat, mulanya rasa cam nak demam tapi tak demam...tapi yang nyata badan dah rasa lesu, sakit dan gatal tekak...dan selera makan pun hilang. Start with Faiz on Monday (12 April). Disebabkan suhu badan Faiz a bit high 38.5, doktor bagi mc untuk hari Isnin tuh. Walaupun makan ubat, kejap Faiz ok, kejap dia tak ok,.sampai 2 kali jugak la Chik Na p clinic sebab risau sangat. Sekarang ni kan musim denggi dan jugak kembalinya virus H1N1 . Hari Khamis, after Faiz dah recover sikit Sufia lak start demam so Jumaat tu dua-dua putera & puteri Chik Na direhatkan dari pergi sekolah. Lagipun Chik Na pun da mula rasa tak sedap badan. Bila drebar tak sihat maka anak-anak pun tak pergi sekolah la :-) dan hari Sabtu malam, Chik Na pulak terkena tempiasnya. 

Bila dah tak sihat, nak berblog pun mood hilang... langsung tak on netbook Chik Na tuh....cuma check email dan buka FB kat handphone je. Sampai nak chat ngan En. Zaidi pun malas

Alhamdulillah hari ni dah sihat wal'afiat :-)... dan selera Chik Na dah kembali...he he he. So pagi ni Chik Na buat Spinach Frittata.

 Spinach Frittata

Faiz pun dibekalkan ngan frittata ke sekolah hari nih :-)

- Award Top Blogger 2010

Da dekat seminggu tak update blog ... Pagi ni cuma nak tempek award yang lama dah Chik Na dapat dan tak berkesempatan nak publish ... dan nak bagitau rakan blogger yang Chik Na masih lagi wujud :-)

Award ni Chik Na terima dari Sister's little diary, Shida dan juga Nadiah





1) Thank & Link the person who awarded you this award!

Tima kasih banyak banyak kat Siti Murni dari Penang, Shida dr Ganu dan jugak Nadiah yg kat US....lain kali bagi award lagi yea :-) Mintak maaf la sebab lambat publish award nih. Really appreciate it!


2) Pass this onto 20 Bloggers that you've recently discovered and think are fantastic!

Chik Na tau ramai yg dah dapat award nih.... tapi Chik Na still nak pass award ni kepada semua rakan blogger yang rajin baca blog Chik Na nih.  U all semuanya fantastic blogger :-) dan mana-mana rakan blogger yg belum dapat award ni, korang ambik lah yea...



Thursday, April 15, 2010

- Cupcake buat K.Aisyah

Last Friday, sehari sebelum pergi rumah K.Aishah di Sendayan Chik Na buat some cupcakes sebab nak pulangkan tupperware K.Aishah yg bagi udang besar masa Dec hari tu. Takkan Chik Na nak pulangkan kosong tupperware tuh kan.....dah la bagi udang besau besau yang kalau beli sendiri maunya RM 45 to 60 sekilo. Juga untuk mintak maaf sebab dah 4 bulan peram Tupperware K.Aishah baru nak pulangkan..he he he 


Ada 2 version cupcake..plain vanilla dan vanilla chocolate chip. Yang vanilla chocolate chip tu untuk makan without letak buttercream

Tujuan asal buat cupcakes ni sebab nak praktis main ngan buttercream dan buat mini fondant :-)

Ni la cupcakes yang Chik Na buat untuk Kak Aishah.

Dan terima kasih buat suami tersayang sebab pagi-pagi lepas subuh Chik Na dah mintak tolong En.Zaidi tolong sapukan buttercream putih kat cupcakes tu.


Tuesday, April 13, 2010

- Dia kembali bertugas..

Very early  in the morning hari Ahad, kami 3 beranak hantar abah ke KLIA lagi ... dan al-hamdulillah En Zaidi da selamat sampai pukul 8.30 am hari Ahad waktu Damascus. Katanya balik mandi terus pergi kerja, nasib baik opis tak jauh sangat dari rumah sewa En. Zaidi. Kat Syria hujung minggu bermakna hari Jumaat dan Sabtu.

Malas nak buat N3 panjang-panjang, masih terasa sedih ditinggalkan lagi ..bila la berakhir hubungan jarak jauh kami nih. Tiap kali En Zaidi pergi bekerja di luar negara, hati Chik Na jadi tak keruan. Kadang terasa susah bila segalanya kena urus sendirian di sini. Alhamdulillah ada adik lelaki yg tinggal bersama serta kaum keluarga yg berdekatan. Nak ikut serta di sana susahkan anak-anak yg da mula bersekolah sebab kerja En Zaidi based on project dan contract kerjanya on renewal every 3 month. Buat sementara kena bertahan demi anak-anak. Tak mau depa keciciran pelajaran kalau asyik bertukar negara. Lagipun Chik Na tau En. Zaidi tengah berusaha mencari long term project or mencari permanent kerja di Malaysia yg bersesuaian.

Kadang rasa ok gak dok jauh-jauh ni... bila sesekali jumpa macam orang bercinta, berkepit ke sana-ke mari macam belangkas. Kadang tiap malam bergayut kat handphone dan boleh dikatakan setiap hari boleh dengar atau baca sms si dia cakap rindu dan sayang. Moga allah swt lindungi dan berkati perkahwinan kami ini walaupun buat masa ini kami sentiasa berjauhan.

Lastly layan je lah gambar gambar kat airport nih..

Seperti biasa...wajah wajah ceria Faiz dan Sufia ketika hantar abah kat KLIA.... 

Monday, April 12, 2010

- Sabtu yang sibuk

Hari Sabtu hari tu, sepanjang hari kami berkereta ke sana-sini. Pagi-pagi after breakfast kami ke Bandar Baru Sri Sendayan, nearby Seremban, rumah housemate En. Zaidi di Damascus. Menjadi kebiasaan bila En. Zaidi nak balik bertugas di Damascus, kami akan mengambil kiriman dari K.Aisyah buat suami tersayang. Begitulah sebaliknya..bila turn suami Kak Aisyah cuti, Chik Na pulak sibuk kirimkan barang makanan untuk En Zaidi :-).

Kalau pergi ambik barang kat rumah K.Aisyah ni mesti kami pun dapat habuan sama, kali ni kami dapat lagi udang besar, 2 biji kuih bakar dan anak anak dapat seplastik coklat coklat mini seperti mars, toblerone, mini lockers dll. Saiz udangnya lebih kurang yg kami dapat sebelum ni..nak tgk sila ke link ini.

After that kami bekejar ke birthday party anak my cousin kat rumah my uncle di Seksyen 5, Wangsa Maju. Plan asal tak nak pergi sana tapi mengenangkan dah dapat jemputan terasa bersalah pulak kalau tak pergi.
Birthday boys... tak sempat nak snap gambo majlis hari lahir. Gambar ini cilok dari FB my cousin.

Sebelum ke rumah uncle kami singgah jap di Selangor Pewter. Housemate En. Zaidi kirim beli pewter nak bagi souvenir buat teman-teman di Syria. Dia mintak belikan kat airport je tapi memandangkan kami dah ke Wangsa Maju, so kami decide nak singgah beli kat Selangor Pewter HQ. Kat sana lebih banyak pilihan yg bercirikan Malaysia. Ikutkan nak beli untuk housemate En. Zaidi je, tapi En Zaidi pun sibuk beli jugak untuk opismate dia di Syria.

Sempat posing kat Selangor Pewter ..kalau nak buat lawatan canmana pewter dibuat dan diukir pun boleh..admision free je.

Dewan pameran untuk belian amat besar, macam-macam ade. Ingat nak kecek frame gambar dari En.Zaidi tapi tak jadi plak sebab rasanya sejak En. Zaidi balik cuti dah macam macam dia berbelanja untuk kami 3 beranak... Tapi intinct seorang suami, dia offer jugak Chik Na untuk beli something tapi dengan baik hatinya Chik Na menolak.." Lain kali je lah abang"... Bila dah balik rumah nyesal lak tak beli frame tu.. 

After rumah uncle, bekejar balik sebab anak-anak ade class mental arithmetic plak kul 2 pm. Ingat nak ponteng tapi memandangkan minggu sebelum dah ponteng, kami batalkan hasrat memontengkan anak-anak. Lagipun Faiz ada exam mental arithmetic minggu depan, kut-kut teacher nak bagi tip-tips untuk exam nanti.

Lepas ambik anak-anak dari kelas kami ke Putrajaya plak. En Zaidi nak ambil kiriman dari parent student yang dok nearby rumah En. Zaidi di Damascus. Sementara tunggu orang yang nak jumpa kami singgah sholat dulu kat Masjid Tuanku Mizan atau dikenali jugak ngan Masjid besi di Presint 2. 


Bila jumpa K.Pah, suami dan anak-anaknya, kami lepak kat food court kat souk nearby Masjid Putra sambil borak dan minum minum. almaklumlah dah dekat 2 tahun K.Pah tak jumpa anak dan menantunya so macam macam la dia nak tanya berkenaan Syria.

Then kami singgah plak Alamanda sebab En.Zaidi nak beli belah a few thing sebelum berangkat ke Damascus. Apalagi Chik Na pun tumpang shopping sama la :-). Sampai rumah dah dekat kul 8 lebih mlm, terus prepare for dinner. Nasib baik sebelum ke Putrajaya Chik Na dah masak sup tulang dlm pressure cooker automatic dan semasa kat Alamanda minta tolong adik bujang Chik Na masakkan nasi.

Hmmm..mesti penat korang baca N3 Chik Na kali nih... dah lama tak update blog..bila update panjang berjela.. :-)

Thursday, April 8, 2010

- Ketika Cinta Bertasbih

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta
(lirik lagu Ketika Cinta Bertasbih by Melly Goeslaw Feat Amee)

Memandangkan cerita atau buku ni agak popular dan ramai juga blogger yang beri komen menarik pasal cerita ni maka Chik Na pun teruja juga la nak baca dan tengok movie Ketika Cinta Bertasbih nih.  Sebelum tengok cerita ni Chik Na beli dulu kedua-dua episode bukunya kat MPH Alamanda.  Dah sebulan lalu Chik Na baca bukunya tapi baru minggu ni Chik Na berkesempatan menonton DVD copy cerita ni.

Bagi Chik Na jalan cerita dalam buku Ketika Cinta Bertasbih lebih menarik dari menonton movienya. Rasanya bila dlm movie, banyak cerita yg telah diringkaskan...tapi kalau tak diringkas ceritanya maunya kena tgk movie sampai 6 jam kut ... Nak habiskan 4 jam setengah pun sampai 2,3 kali Chik Na sambung tengok citernya.


Kepada yg belum menonton atau membaca bukunya, ia mengenai seorang mahasiswa Al-Azhar University yg  gigih. Terpaksa menghabiskan degreenya dlm masa 9 tahun kerana terpaksa menyara ibu dan 3 adiknya yg berada di Indonesia dengan menjual bakso dan tempe di Kota Cairo selepas kematian bapanya. Diselitkan juga sedikit kisah percintaan yg berlandaskan keislaman.

Monday, April 5, 2010

- Lama Menghilang

Dah dekat 2 minggu Chik Na tak sempat nak update blog Chik Na nih walaupun macam-macam nak cerita dan nak tulis kat sini.Tersangat lah sibuknya.... especially uruskan anak-anak, ditambah pulak En. Zaidi balik bercuti. Chik Na ni kalau En. Zaidi ade kat rumah mesti sibuk sikit.. bukannya sibuk apa ..sibuk ikut dia pergi sana-sini.En. Zaidi ni kadang nak jemput anak sekolah pun nak berteman. Kata kakak ipar macam belangkas ..he he he.. yer lah kan jarang-jarang jumpa .. sesekali jumpa asyik nak berkepit je :-)

Masa En. Zaidi balik ni lah Chik Na akan listkan hal-hal yg perlukan di"settle"kan sebelum dia kembali balik bertugas di Damascus. Kebetulan lak listnya pada kali ni agak panjang sedikit, tu yang buat Chik Na sibuk.Kepada rakan blogger minta maaf lah sebab tak sempat nak melawat blog korang. Kadang tu Chik Na melawat jugak blog korang tapi tak tinggal comment ape-ape.

Insyallah bila ade masa Chik Na akan update blog Chik Na lagi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates