Ads 468x60px

Labels

Monday, April 12, 2010

- Sabtu yang sibuk

Hari Sabtu hari tu, sepanjang hari kami berkereta ke sana-sini. Pagi-pagi after breakfast kami ke Bandar Baru Sri Sendayan, nearby Seremban, rumah housemate En. Zaidi di Damascus. Menjadi kebiasaan bila En. Zaidi nak balik bertugas di Damascus, kami akan mengambil kiriman dari K.Aisyah buat suami tersayang. Begitulah sebaliknya..bila turn suami Kak Aisyah cuti, Chik Na pulak sibuk kirimkan barang makanan untuk En Zaidi :-).

Kalau pergi ambik barang kat rumah K.Aisyah ni mesti kami pun dapat habuan sama, kali ni kami dapat lagi udang besar, 2 biji kuih bakar dan anak anak dapat seplastik coklat coklat mini seperti mars, toblerone, mini lockers dll. Saiz udangnya lebih kurang yg kami dapat sebelum ni..nak tgk sila ke link ini.

After that kami bekejar ke birthday party anak my cousin kat rumah my uncle di Seksyen 5, Wangsa Maju. Plan asal tak nak pergi sana tapi mengenangkan dah dapat jemputan terasa bersalah pulak kalau tak pergi.
Birthday boys... tak sempat nak snap gambo majlis hari lahir. Gambar ini cilok dari FB my cousin.

Sebelum ke rumah uncle kami singgah jap di Selangor Pewter. Housemate En. Zaidi kirim beli pewter nak bagi souvenir buat teman-teman di Syria. Dia mintak belikan kat airport je tapi memandangkan kami dah ke Wangsa Maju, so kami decide nak singgah beli kat Selangor Pewter HQ. Kat sana lebih banyak pilihan yg bercirikan Malaysia. Ikutkan nak beli untuk housemate En. Zaidi je, tapi En Zaidi pun sibuk beli jugak untuk opismate dia di Syria.

Sempat posing kat Selangor Pewter ..kalau nak buat lawatan canmana pewter dibuat dan diukir pun boleh..admision free je.

Dewan pameran untuk belian amat besar, macam-macam ade. Ingat nak kecek frame gambar dari En.Zaidi tapi tak jadi plak sebab rasanya sejak En. Zaidi balik cuti dah macam macam dia berbelanja untuk kami 3 beranak... Tapi intinct seorang suami, dia offer jugak Chik Na untuk beli something tapi dengan baik hatinya Chik Na menolak.." Lain kali je lah abang"... Bila dah balik rumah nyesal lak tak beli frame tu.. 

After rumah uncle, bekejar balik sebab anak-anak ade class mental arithmetic plak kul 2 pm. Ingat nak ponteng tapi memandangkan minggu sebelum dah ponteng, kami batalkan hasrat memontengkan anak-anak. Lagipun Faiz ada exam mental arithmetic minggu depan, kut-kut teacher nak bagi tip-tips untuk exam nanti.

Lepas ambik anak-anak dari kelas kami ke Putrajaya plak. En Zaidi nak ambil kiriman dari parent student yang dok nearby rumah En. Zaidi di Damascus. Sementara tunggu orang yang nak jumpa kami singgah sholat dulu kat Masjid Tuanku Mizan atau dikenali jugak ngan Masjid besi di Presint 2. 


Bila jumpa K.Pah, suami dan anak-anaknya, kami lepak kat food court kat souk nearby Masjid Putra sambil borak dan minum minum. almaklumlah dah dekat 2 tahun K.Pah tak jumpa anak dan menantunya so macam macam la dia nak tanya berkenaan Syria.

Then kami singgah plak Alamanda sebab En.Zaidi nak beli belah a few thing sebelum berangkat ke Damascus. Apalagi Chik Na pun tumpang shopping sama la :-). Sampai rumah dah dekat kul 8 lebih mlm, terus prepare for dinner. Nasib baik sebelum ke Putrajaya Chik Na dah masak sup tulang dlm pressure cooker automatic dan semasa kat Alamanda minta tolong adik bujang Chik Na masakkan nasi.

Hmmm..mesti penat korang baca N3 Chik Na kali nih... dah lama tak update blog..bila update panjang berjela.. :-)

7 comments:

Ibuhani said...

hehehe.....menyesal x beli frame selangor pewter tu ye....tulah Chik Na, lain kali jgn jual mahal....tp x per...cik abang dia akan offer lg lain kali tu....slmt menghabiskn cuti dgn En. Zaidi :)

zarin said...

nak pesan olives oil buleh? hahaha
anyway, lain kali bila suami offer, terima je chik na,...lain kali yang lain pulak..

Chik Na said...

Ibuhani: En zaidi da pergi Damascus dah pun semalam

Chik Na said...

zarin: nak pesan olive oil buleh, nanti next cuti en zaidi yea..

Nadiah Sidek said...

seronoknya chik na hubby balik bercuti :). lama ke suami chik na cuti?

Chik Na said...

Nadiah: tak lama...2 minggu lebih je...dah balik pun

eynda said...

Sibuk ye weekend :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates