Petang semalam Chik Na ke pesta lagi ... kali ni ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pula yang sedang berlangsung sehingga Ahad ini, 28 Mac. Tiap-tiap tahun memang Chik Na tak pernah missed ke pesta buku, sebab membaca adalah antara hobi Chik Na. Lagipun masa ni la boleh beli buku dengan harga sehingga 70% diskaun. Tiap-tiap hari, kebiasaannya sebelum tidur Chik Na akan memperuntukkan sedikit masa untuk membaca... tak kiralah buku samada novel or buku ilmiah, magazine or surat khabar (kalu tak sempat baca masa siangnya ). Membacakan part of menuntut ilmu jugak kan dan kita digalakkan menuntut ilmu sampai bila-bila :-)
Semalam Chik Na keluar rumah lepas zohor, so dlm kul 2 pm dah sampai PWTC. Alhamdulillah orang tak berapa ramai tapi jenuh jugak la nak cari parking sampai kena parking kat Hentian Bas Putra. Chik Na sengaja pilih pergi hari bekerja sebab kalau hujung minggu terlalu ramai sampai nak jalan pun tak boleh :-). Tanpa sedar rupanya 4 jam masa berlalu dengan cepat, tu pun Chik Na hanya sempat visit 3 dari 5 hall yang disediakan.
Tahun ni tak banyak sangat buku yg Chik Na beli, sebab banyak buat survey buku or program education untuk kanak-kanak. Bila sampai rumah baru perasan kebanyakkan buku yang dibeli hanya untuk anak-anak je....untuk diri sendiri takde sebiji pun. Ingat kalau ade masa nak pergi lagi sekali petang esok or Jumaat beli buku untuk diri sendiri plak.
Yang ni plak education toy untuk Faiz dan Sufia untuk galakkan anak-anak jadi inventor ;-). Chik Na tau Faiz memang suka benda-benda cam ni. Terpikir nak simpan sampai besday Faiz bulan May nanti baru nak bagi tapi Chik Na lak tak sabar sabar nak main benda nih ;-). Terkenang simple project yang Chik Na buat masa belajar engineering dulu-dulu.
Kepada semua blogger yg membaca blog ini dan berada disekitar Lembah Klang, Chik Na sarankan anda semua ke pesta buku ni... rugi kalau tak pergi. Untuk mengenai lebih lanjut silalah ke laman web Pesta Buku Kuala Lumpur.