Ads 468x60px

Labels

Monday, November 30, 2009

- Gulai Ikan Keli

Ari ini Chik Na sekeluarga berada di kampung En. Zaidi. Kami bertolak dari KL 11 pagi semalam dan selamat sampai dikampung En. Zaidi dalam pukul 5 petang. Alhamdulillah Lebuhraya Utara Selatan  menghala ke utara tidak jammed cuma lebuhraya yang menghala ke selatan ade beberapa tempat yang jammed... orang ramai dah mula balik ke kota sebab ari ni mungkin dah ade yang mula bekerja hari ni.

Anak anak seronok sebab dapat balik kampung berjumpa dan bermain dengan cousin-cousin disini. Riuh rendah rumah Mak Bashah yang kebetulan abang ipar yang tinggal di Sri Serdang & keluarga juga berada di kampung. Masa dinner semalam kami makan nasi dengan asam pedas ikan puyu masak dengan buah lakom. First time Chik Na tengok buah lakom. Buah ni rupanya macam buah anggur tetapi kecik sedikit.
Mengikut kata Mak Bashah buah ni tak boleh makan mentah hanya di gunakan dalam masakan. Buahnya agak masam so sesuai digunakan sebagai pengganti asam keping or asam jawa.

Abang ipar Chik Na yang kat Serdang ni memang rajin pergi mengail or menjala tiap kali balik kampung. Ari ni pagi pagi lagi abang ipar dan isteri pergi memancing. Dalam pukul 11 pagi depa bawa balik hasil tangkapan depa ..... ikan keli yang sangat besar..juga Chik Na tak pernah tengok ikan keli sebesar tu..



Abang ipar & isteri bergambar dengan hasil tangkapan depa..


Ikan keli ni bila ditimbang seberat 1.8kg... besar kan!!!!...Apa lagi Mak Bashah pun suruh weall masak kari ikan keli le untuk lunch hari ni. Sedap sangat makan kari ikan keli yang fresh giler ni...isinya lembut macam ikan keli saiz biasa gak.. dan yang best tak bau macam ikan darat biasa...


2 kali Chik Na tambah makan nasi hari ni...syok makan lauk kampung dan ulam ulaman. Tiap kali balik kampung habis diet Chik Na.. lepas ni jenuh la nak diet balik ...hu hu hu hu ..


Friday, November 27, 2009

- Majlis Korban Lembu LP 8



Sempena Aidil Adha kali ni perumahan tempat Chik Na diami, LP 8 telah mengadakan majlis korban lembu di perkarangan Surau An-Nur. Sebanyak 3 ekor lembu telah disembelih secara gotong royong oleh "pakar pakar" dari LP 8. Semalam, 2 ekor kambing telah disembelih sempena aqiqah oleh salah seorang penduduk taman dan rupanya ada majlis gotong royong memasak daging aqiqah tersebut untuk dimakan sebagai breakfast selepas sembahyang raya di surau kami...



Acara menyembelih lembu diadakan lebih kurang 10 pagi dan alhamdulillah by 12.30 tengahari semua daging selesai dilapah untuk diagih-agihkan.





Yang pakai baju pink tu Faiz ..tengah menyibuk tgk orang lapah lembu..

Tak banyak gambar untuk dikongsikan disini sebab Chik Na pun mengambil bahagian untuk memotong daging yang telah disembelih. Gambar kat atas ni cuma Sufia yang tolong snapkan. Bila suruh snap gambar Chik Na potong daging korban dia tak mahu sebab di kata mama tak cantik :-).

Selepas selesai sembahyang Jumaat, ada gotong royong memasak sup tulang pulak di perkarangan surau tapi Chik Na tak pergi tolong sebab dah agak kepenatan untuk acara sebelah paginya. Lenguh jugaklah tangan ni memotong-motong daging korban tu .. he he he. Walaupun tak pergi makan sup tulang tapi sahabat Chik Na merangkap jiran Chik Na, Zuha tolong tapaukan sedikit sup tulang tu... so merasa jugaklah kami sekeluarga sup daging korban tu  :-)

Thursday, November 26, 2009

- Selamat Hari Raya Aidil Adha

Kepada Rakan Blogger yang mengunjungi blog Chik Na, Chik Na ucapkan
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA
Maaf Zahir dan Batin..

Kepada yang memandu pulang ke kampung halaman dan  pergi beraya, berhati-hati di jalan raya
 and drive safely.

As for Chik Na, tahun ni raya pertama & kedua beraya di Seri Kembangan sebabnya
En Zaidi hanya akan sampai ke Msia pada raya kedua.
Raya ke-3 baru balik Kedah dan dua tiga hari selepas tu balik ke Kota Bharu plak.

So mood nak raya memang tak de leee... tambah tambah lagi baru yg nak dipakai raya pun tukang jahit tak siapkan ..bertuah punya Ah Moi.. dah berapa kali call asyik cakap ini hari mau potong ..
Malas  nak gaduh ngan dia..agaknya tu lah pertama kali & terakhir hantar baju kat dia..

Tuesday, November 24, 2009

- Kecik kecik dah pandai bertelefon

Petang smlm lebih kurang dlm 5.30 pm tiba tiba handphone Chik Na menyanyi nyanyi ...Tengok no macam kod area seri kembangan...dlm hati berdetik sapa la plak ni...teragak-agak Chik Na nak angkat handphone... sebenarnya Chik Na ni jenis malas nak angkat handphone kalau number yg dipaparkan tak register kat handphone Chik Na.... sebab sekarang ni macam macam org call untuk buat bisness... especially yg nak jual bermacam jenis insuran, pakej percutian dll....

Anyway, memandang no yang dipaparkan lebih kurang no rumah Chik Na, Chik Na pun angkat la jugak..

"Hello, May I speak to Sufia Aleesha"..... terkedu kejap Chik Na mendengar suara kanak kanak di hujung talian... biar betul ni.....cari Sufia, anak Chik Na yang baru 5 tahun ++ tu...

Memandangkan kawan Sufia tu cakap omputih, Chik Na pun jawab .. "who is this??"

"I'm Natalie...." tanpa soal panjang Chik Na lari naik ke tingkat atas rumah Chik Na bagi hp kat Sufia..Bukan main seronok dia bercakap cakap ngan kawan dia.. cakap campur BM and English sebab Sufia ni tak seterror Natalie lagi cakap omputihnya...tapi sejak sekolah tadika Q-dees ni bahasa omputih Sufia dah improve a lot..

Bila dengar depa sembang tepon... dalam hati Chik Na terdetik... kecik kecik dah pandai gayut tepon... dah besar sikit lagi mintak hp laa plak tu ...

Bila Sufia dah habis cakap tepon, Chik Na pun tanya sufia..."Mana Nat tau no. hp mama tu ..."

"Apa la mama ni... lupa ke... kan kat tag beg adik ade tulis no hp mama" .. ..he he he pandai lak dia ambik no hp Chik Na bagi kat kawan kawan dia... rupanya tadi bila Chik Na check buku conteng dia, ade banyak no hp parent kawan kawan dia...Nat, Fitri, lokman,Hurin ... bla bla bla...cuma setakat ni dia belum pernah mintak nak call kawan kawan dia laa.... Sikit hari lagi sure sibuk nak call kawan kawan tambah tambah start khamis ni Sufia dah start cuti sekolah...

Monday, November 23, 2009

- Cuti Sekolah dah tiba

Ari ni cuti sekolah dah bermula .. Orang yang bekerja mesti seronok sebab jalan sure dah kurang jammed. Bagi Chik Na lak, cuti sekolah belum betul betul bermula sebab tadika Q-dees tempat Sufia belajar masih belum bercuti lagi sehingga lah hari rabu ni. Result final exam untuk Sufia pun belum dapat lagi ..

Lepas ambik Sufia dari sekolah, Chik Na balik lunch kat rumah jap then pergi rumah sister in law kat Taman Desa Mewah, Semenyih, sebab cousin cousin Faiz nak datang lepak rumah. Sepatut SIL yg dtg hantar tetapi disebabkan SIL Chik Na sakit mata, nak drive tak berapa nampak, so Chik Na pun pergi la ambil cousin cousin Faiz & Sufia tu. Sepatutnya semalam lagi depa datang rumah. Dah jadi kebiasaan Farhan (darjah 1) dan kakaknya, Kak Teh (darjah 3) datang rumah Chik Na everytime cuti sekolah. Faiz ni memang suka cousin cousin dia datang tido rumah tapi bila nak suruh dia tido rumah depa, dia tak mau la plak .... Esok maybe pakcik Zaim lak datang tido rumah Chik Na. Zaim ni sebenarnya cousin Chik Na tapi lebih kurang sebaya Faiz .. darjah 3.


Lepak ... Sufia & Faiz  tgh main congkak kat bilik Faiz. Congkak tu siap bawa balik dari rumah Tam (kakak ipar Chik Na).. Kak Teh & Farhan lak tengah layan movie kartun kat PC.


Bilik pun dah jadi tongkang pecah ...tak kisah lah...bukannya selalu. Lagipun dapat mengeratkan lagi kasih sayang diantara sepupu sepupu.

Sunday, November 22, 2009

- Cuma baca blog je

Dua tiga hari ni Chik Na malas nak menulis kat blog ni ... mood menulis ntah lari ke mana, padahal kalau ikutkan banyak cerita yg boleh ditaip ..kekekekek
Cuma rajin ziarah blog favourite and buat komen je :)
Tag dr Alya pun belum berjawab lagi ...

Tapi yang pasti ..Chik Na kerinduan yang amat sangat ....
Tak sabar tunggu raya haji nih...

Thursday, November 19, 2009

- Tag dari Eynda

Chik Na ade 2 tag yg nak kena jawab nih... satu dari blogger Eynda dan lagi satu dari Alya. Hari ni jawab Eynda dulu sebab eynda punya senang kerja sikit..Alya punya .. sok sok lak..sebab banyak kojo nak kena buat berkenaan tag dari Alya..


a. Write five (5) interesting facts about the person who gaves you this award.


  1. ade sepasang anak..satu lelaki, satu pompuan... (macam Chik Na gak)
  2. surirumah yg tak buta IT (sama cam Chik Na gak)
  3. rajin buat workout ( yg ni tak sama ngan Chik Na :)   )
  4. sedang diet cabaran 99 hari tanpa nasi (yang ni pun tak sama macam chik Na, salute sama eynda)
  5. baru dapat camera DSLR D5000 
b. Jot down ten (10) interesting facts about yourself and your hobbies...
  1. suka tenet
  2. suka baca buku/newspaper sebelum tido
  3. suka shopping
  4. ade satu anak lelaki, satu anak pompuan
  5. selalu kena tinggal suami sebab bekerja diluar negara
  6. suka jalan jalan makan angin
  7. sensitive
  8. suka jahit manik
  9. berasal dari kota bharu
  10. bercita-cita nak further study
c. pick your ten (10) more deserving recipients and the describe them 
  1. mamamin - suka berpuisi
  2. cik mas (meet auntie mas) - tengah menunggu cahayamata pertama
  3. Alya ( me, myself & I ) - sedang menunggu cahayamata kedua
  4. azi (journey of Life) - hobi jahit manik
  5. Hamizah (From the deep inside of me) - tinggal kat perth 
  6. Ibu Hani (Me and my 3 girls) -  baru balik yogyakarta
  7. Liana  (Inilah dunia kita) - ade online shop, Hasya, Muslimah shop
  8. Siti Murni (Sister's little diary) - bekerja kat property developmeny
  9. Rosma ( Memories of us Rosma) - suka main bowling
  10. Shida (Gorgeous mama Diaries) - ade sapasang anak
So kepada yg terpilih kali ni sila la jawab tag dari Chik Na yea!!!!

      Wednesday, November 18, 2009

      - Sufia Art Class 18 Nov 2009



      Lukisan Sufia untuk final exam hari ni... the test is based on what they have learn throughout the year in art class..
      Tajuk: The Garden
      So untuk test ni Sufia dapat A with 7 star

      Monday, November 16, 2009

      - Perginya seorang "officemate" aka "coursemate"

      Tengahari tadi Chik Na dapat sms dari best fren Chik Na di TM menyatakan ex-officemate kami di TM telah meninggal dunia kerana sakit jantung. Terkenang Chik Na akan arwah Kak Zariah Ismail ..seorang ibu yang berkulit putih, agak rendah orangnya, lemah lembut, baik hati dan agak pendiam. Arwah Kak Zariah ni rasanya tua 10 tahun or lebih dari Chik Na. Sebenarnya Chik Na mengenali dia sebelum kerja di TM lagi.... kami pernah belajar di ITM semasa buat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan. Malah kami pernah ambil subject yang sama semasa di ITM dulu.

      Semasa  di TM kami sekali lagi bekerja dibawah satu department di Global Business cuma arwah Kak Zariah ditempatkan di Brickfields bahagian technical dan Chik Na di Damansara Height di bahagian marketing. Walaupun kami berlainan bumbung kami selalu berjumpa setiap kali ade jamuan department kami di Damansara Height or selepas itu di Menara TM. Pendek kata kami selalu berurusan sebab setiap kali customer Chik Na memerlukan pemasangan leased line baru, maka team arwah Kak Zariah yg akan membuat pemasangan, maintenance, testing dan handover kepada customer. Walaupun selepas beberapa ketika kami tidak tidak lagi dibawah satu department, tapi kami tetap sentiasa berurusan kerana team arwah tetap menjaga segala keperluan technical untuk pelanggan bahagian Global Business.Seingat Chik Na arwah pernah membuat pembedahan jantung semasa kami masih satu department dulu.

      Semoga roh arwah Kak Zariah dicucuri rahmat olehnya Allah swt. dan semoga keluarga, anak-anak dan menantu beliau tabah mengahadapi dugaan ini. Amin

      Sunday, November 15, 2009

      - Sudahkah anda mendaftar untuk mengerjakan haji???

      Pagi tadi semasa Chik Na melayari Facebook Chik Na ade sesuatu yg membuat Chik Na agak terkejut. Kawan kepada kawan Cik Na menulis comment dia pasal dia mendaftar Haji di Tabung Haji. Yang buat Chik Na terkejut, dia punya turn untuk buat Haji ialah pada tahun 2027 , itupun dia mendaftar 3 bulan lalu.. Dalam hati Chik Na berkata kata ..wow lamanya lagi , about 17 years nak kena tunggu. Kalau sekarang umur 35 tahun, maknanya ketika berumur 52 tahun baru dia berpeluang mengerjakan haji...so kepada rakan rakan blogger yang belum menunaikan haji dan berazam untuk mengerjakan haji, Chik Na sarankan baik daftar sekarang kerana kemungkinan your turn will be next 17 or 18 years akan datang. Kalau yg belum bersedia sekarang pun, insyaallah next 17 years anda telah bersedia. Itulah yg Chik Na bagitau kepada adik adik Chik Na yang dah lebih umur 30 tahun supaya cepat cepat mendaftar haji

      Alhamdulillah Chik Na dan suami dah mendaftar untuk mengerjakan haji .. kalau tak silap, kami mendaftar awal tahun 2007 dan insyaallah turn kami suami isteri nanti tahun 2015. Masa kami daftar tu pun kami rasa masa menunggu yg lebih kurang 8 tahun tu dah begitu lama inikan pulak 17 tahun lagi. So.. daftarlah sekarang dan mula menabung didalam akaun Tabung Haji kerana mungkin anda terpaksa menunggu lebih 20 tahun kalau anda tangguhkan pendaftaran haji pada tahun depan.

      Friday, November 13, 2009

      - Cordless phone dari TM

      Pagi ni ketika Chik Na pergi membuat urusan perbankan kat bank bank di area IOI Puchong tu, Chik Na teringat nak singgah kat TM Point Puchong. Tujuan nak singgah sana sebab nak ambil tepon cordless pree dari TM. Walaupun Chik Na dah ade cordless phone brand panasonic kat rumah tapi memandangkan TM nak bagi free tepon cordless lain..Chik Na p je lah ambik kat TM point tuh. Nanti boleh la bagi mak mertua Chik Na. Senang sikit mak Bashah .. tak yah jalan ke tempat tepon kalu anak menantu tepon dia. Rumah mama Chik Na kat KB memang dah ade tepon cordless yang memang sebijik macam ni.

      Tepon ni dapat pree sebab Chik Na subcribe to package RM 10 sebulan, bercakap tanpa had seluruh Malaysia tak kira masa. Tapi call tu hanya boleh dibuat di antara fixed line to fixed line je lah.... so dapat la Chik Na berjimat sikit sebab Chik Na ni boleh dikatakan setiap hari bergayut ngan kawan kawan dan agak kerap call kampung. Pastu bila bercakap tak ingat dunia .. tau tau dah sejam bercakap. Syarat yg paling utama untuk subcribe package RM 10 ni, kena ader fixed line kat rumah & subcribe to streamyx combo package.

      So sapa sapa yg nak tepon cordless free..subcribe lah to streamyx combo package ... he he he buat promosi lak kat ex-majikan Chik Na.


      Thursday, November 12, 2009

      - Hilang rasa bersalah kat Faiz


      ha ha ha.. hilang rasa bersalah kat Faiz sebab marahkan dia pasal pensel khat hari tu ... sebabnya bila dia bawak balik result sekolah KAFAnya, semuanya (6 subject) dapat A. Malah ade yang dapat 100%, maknanya dia tak ambik pot la Chik Na marahkan dia hari tu. Alhamdulillah. Pencapaiannya pun agak Chik Na bangga tahun ni.. dah abis hafaz "yassin" and dah abis hafaz juz "Amma'.... mama dia pun tak hafaz :)

      Tadi dia dah tanya Chik Na 1 A dapat berapa RM... sebab tahun lepas, masa final exam kami bagi 1A, RM 10. Banyak jugak la dia dapat tahun lepas .. sekolah KAFA + sekolah SK Faiz dapat rasanya dekat RM 200 sebab ade bonus dapat no 2 dalam kelas sekolah SK. Dah dapat duit tu Faiz ajak p mall nak beli mainan transformer "Starscream". Punyalah lama dia pilih mainan tu ..lebih 2 jam.. nak tahu kenapa??? Sebab dia sayang nak guna duit dia tu tuk beli mainan ... asyik tanya ChikNa "kalu beli yg ni..berapa lagi tinggal duit Faiz". Tau pulak dia sayang nak guna duit dia sendiri. Starscream yg dia berkenan tu reganya lebih dari duit yg dia dapat..Last last sebab dah lama sgt pilih .. En. Zaidi offer tambahkan duit abah tuk beli robot Transformer tu.

      Sejak dari hari tu, selalunya duit yg dia dapat dia tak beli mainan dah..dia suruh Chik Na simpan kat akaun tabung haji or ASD dia. Dan dia jarang mintak belikan mainan yang mahal mahal dah :). Sekarang ni pun Chik Na amalkan kalu nak mainan beli guna duit tabung depa. So bila beli guna duit they all, they all tak beli yg mahal mahal or tak mau beli.. kekekekek. Bukannya apa kena train they all ni supaya tau berjimat cermat. Lagipun dah bertong-tong mainan they all nih . Pening dah mana nak simpan.. Now ni hanya dapat hadiah mainan dari kami masa occasion tertentu je.. Kecuali kalau En. Zaidi baik hati belikan present everytime dia balik dari obersea :)


      Wednesday, November 11, 2009

      - Penat try "rumah" baru

      hmmm.... da penat try macam macam template tuk rumah baru ..still rasa tak puas hati lagi ..tapi kena stop dulu .. nak masak dinner dulu..


      - Nak bina "rumah baru"

      Pagi ni hajat di hati nak tukar template baru, macam dah boring lak ngan "rumah" lama, lagipun teruja tengok semua kawan blogger tukar "rumah". Tapi tiba tiba lak tenet rumah ni slow plak, tensen dibuatnya ... So nak tak nak Chik Na pilih je standard template dari blogger dulu. Kalau rajin malam nanti Chik Na tukau wajah baru yea... tu pun kalau rajin laa... Semangat yg dah terkobar-kobar tadi dah..tinggal sikit je :)

      Hmmm..setelah di preview, template ni pun nampak comel gak..putih..bersih ... tapi cam kurang ceria lak ...hmmm.. agak agaknya template pree "brand" ape yg patut Chik Na guna yea..

      Tuesday, November 10, 2009

      - Sufia Art Class

      Dua tiga hari ni Chik Na takde mood nak menaip N3 kat blog ni .. ntah kenapa lately Chik Na rasa macam kesedihan je .... maybe sebab dah nak periode kut .. mood jadi kurang ceria..

      Apa pun takut blog Chik Na ni bersawang, Chik Na nak share lukisan sufia yang minggu lepas, 4 Nov 2009 .. Tajuknya "Panda in the Bamboo"


      Yang ni plak craft yang Sufia buat on 28 Oct 2009. Boleh dijadikan book stand or letter holder. Kraftangan ni biasanya dibuat sebulan sekali .. dah macam macam Sufia buat ..

      Saturday, November 7, 2009

      - 1st day anak-anak p Mental Arithmetic class

      Hah .. rasa aman sket bila anak-anak takde kat rumah ni ... tapi 2 jam je laa..

      Ari ni 1st day anak anak p class mental arithmetic. Last Saturday Chik Na hantar Faiz & Sufia pergi trial class. Mulanya Faiz macam tak nak masuk class sebab ramai budak budak cina kat situ tapi after teacher Chin pujuk.. Faiz pun masuk. Sufia takde masalah, dia memang looking forward nak pergi tuisyen he he he ... Dah abis trial class , Faiz dah tak sabar sabar lak nak p class tu .. dia kata seronok. So hari selasa lepas Chik Na pun p la register class mental arithmetic ni .. Registration fee RM 30 dan monthly fee RM 88 setiap seorang. Kelas seminggu sekali selama 2 jam.


      Dah register setiap seorang, dapat la sehelai baju , beg dan alat mengira, abacus. Yang kelakarnya saiz baju untuk Sufia lagi besar dari untuk Faiz.., perut buncit sangat Sufia ni .. lepas puasa ari tu dah kurus sket ni dah naik balik. Hai nampak gayanya cuti sekolah ni nak kena p jogging ari ari la ngan Sufia.

      Buku kat atas tu untuk Sufia. Dia join class untuk "kinder programme".Kinder programme ni untuk budak budak bawah 7 tahun. Harga set buku tu lak RM 50. Jangan terkejut lak tgk buku buku tu bertajuk bahasa cina. Sebenarnya center kat Faiz & Sufia pergi tu ramai kanak kanak Cina, so teachernya hanya ade stock buku berbahasa Cina, teacher lum dapat stock buku bahasa Inggeris . Kat dalamnya soklan mathematic je.

      Buku untuk Faiz lak, RM 61 satu set. Faiz lak join class Primary programme. kelas ni untuk kanak kanak berumur 7 - 13 tahun. Sebelum tu they all kena buat simple test untuk tentukan level mana yang they all should start. Tebal tebal gak buku untuk latihan depa ni. They all juga akan di beri username & password untuk buat latihan online.

      Salah satu sebab hantar depa p class ni sebab nak bagi they all focus dan concentrate masa belajar. Kelas mental arithmetic ni kaedah pembelajaran akan melibatkan kegunaan kedua dua otak kiri dan kanan.. so they have tu focus untuk dapat buat soalan yg diberi dengan masa tertentu.

      Bukannya apa Chik Na tgk Faiz macam kurang focus dlm pembelajaran walaupun so far Chik Na rasa dia agak cemerlang kat sekolah tapi selalu buat mistake yg tak sepatutnya. Soklan susah boleh buat, soklan senang lak salah. Cikgu pun pernah komplen kadang Faiz ni suka main main kat kelas. Chik Na rasa tak padan ngan jadi pengawas kat sekolah :-)

      Antara faedah join kelas mental arithmetic(yg Chik Na petik dari pamplet) ni adalah untuk :
      • more developed left & right brain
      • improve concentration and absorption power
      • improve analytical and logical skill
      • improved calculation skill
      • improve endurance
      • keener sence of sight,hearing and feeling
      • more self confidence
      • more self reliant
      • sharpen observation capabilities

      Harapnya after join this class, Faiz will be more focus ...

      Thursday, November 5, 2009

      - Bahan bacaan bulan ini

      Tengahari tadi lepas ambik Sufia dari tadika terus pergi Alamanda untuk membeli barang keperluan dapur di pasaraya Carrefour. Chik Na memang selalunya membeli keperluan dapur di Carrefour tapi kadang kalau malas pergi Putrajaya, beli jugak di Jusco berdekatan rumah. Banyak hinggit jugak Chik Na habiskan untuk barang dapur hari ni.. padahal tgk barang cam tak penuh pun satu troli..Yea lah ..susu anak-anak, 5 kotak pun dah RM 100++, belum campur susu mamanya lagi :)

      Sebelum p carrefour, Chik Na and Sufia singgah MPH dulu. MPH ni memang tempat yg wajib disinggah bila pergi Alamanda...tambah tambah awal awal bulan cam ni. Bukannya ape, cari bahan bacaan untuk Chik Na dan anak-anak. RM 100++ jugaklah berbelanja kat MPH ari ni.

      Untuk santapan rohani Chik Na beli majalah Solusi dan Anis. Majalah solusi ni Chik Na jatuh cinta masa pertama kali baca kat Tabung Haji Putrajaya dua tiga bulan lalu. Majalah ni bagi Chik Na lengkap untuk orang islam, ade rencana motivasi, ade fardhu ain, ada pasal kewangan dan macam macam lagi berkaitan kehidupan yg berlandaskan agama islam. Kolumnisnya pun orang yg hebat hebat antaranya Ustaz Hj Zahazan, Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah, Ustaz Zaharuddin, Dato' Siti Nor Bahyah, Dr Irfan Khairi dan lain-lain lagi.

      Anis lak..bukan selalu Chik Na beli, kalau topic menarik hati baru la beli. Isu bln ni byk pasal mengerjakan Haji .. saje je nak baca tambahkan ilmu di dada. Insyaallah kalau ikut turn Tabung Haji, tahun 2015 nanti Chik Na boleh la mengerjakan haji..harapnya sblm tu dapat mengerjakan umrah dulu.

      Majalah ID ni pulak antara feberet Chik Na untuk hiasan dalaman rumah selain drpd majalah Anjung Seri, Impiana, Dapur, Laman dll. Majalah hiasan dalaman ni pun Chik Na beli based on topic gak..bukan nya tiap tiap bulan. Saje je nak cari idea sebab plan nak pindah rumah lagi satu.... bukannya rumah baru tapi rumah yg dah beberapakali disewakan. Ingat nak tukar angin lak..lagi pun tenant dah pindah hujung Oct hari tu.


      Smart Investor & Personal Money pulak untuk meluaskan pengetahuan dlm bidang pelaburan dan kewangan.


      Buku dari Hajah Rohani ni plak Chik Na beli sebab topic topic yang diutarakan banyak mengajar pasal tips nak berjimat cermat, merancang kewangan keluarga dan pelaburan dengan lebih islamik. Bila Chik Na dah baca, nanti Chik Na share isi kandungan dengan kawan-kawan blogger.


      Yang ni pulak komik berbahasa english feberet Faiz. Dah banyak kali dia pesan suruh Chik Na belikan komik nih.

      Bawah ni plak Sufia punya. Walaupun nampak banyak belikan buku tuk Sufia, tapi reganya lagi murah dari 2 buah komik Faiz tu . Semasa Chik Na tgh menaip N3 ni, Sufia dah tgh sibuk membuat latihan kat salah satu buku kat bawah ni :)

      - Mood rajin Sufia

      Balik sekolah tengahari semalam Sufia terus nak buat homework. Katanya homework dia banyak sebab hari Selasa tu Sufia Cik Na pontengkan sekolah sebab nak hantar mamatok pagi pagi lagi. Tanpa tukar baju sekolah dia terus ambik beg sekolah buat homeworknya. Bila Chik Na check memang banyak kerja sekolah dia.


      Sufia ni memang suka buat homework sambil meniarap... tak suka buat homework kat meja. Dia ni kalau ade kerja sekolah selalunya dari dalam kereta on the way balik rumah dia dah bagitau siap siap dia ada homework. Tak macam abangnya, Faiz...tiap tiap hari nak kena tanya..kadang bila tanya pun Faiz akan cakap tak ingat ..so salah satu rutin Chik Na kena check buku sekolah Faiz dulu after lepas dinner.
      Chik Na notice Sufia ni tak payah suruh suruh utk buat kerja sekolah. Kalau ade homework dia akan buat homework dulu sebelum tgk cartoon or main games. Orang kata anak pompuan ni rajin sikit compare to anak lelaki ..sebab anak lelaki asyik ingat nak tgk cartoon or main computer games or lain lain games like PSP or PS2. Selalunya bila 2 minggu sebelum exam, Chik Na dah siap siap simpan segala jenis games yg ada.


      Haa.. bila dah penat meniarap, Sufia ambik meja kecik dia lak buat homework. Bila tanya pasal lunch, dia jawab "tak mau makan lagi la mama, homework adik ni banyak lagi"


      Lepas lunch sambil Chik Na lipat kain, Sufia ambik buku buku kat rumah lak main.. Sufia ni memang suka bermain ngan buku buku dia.. kadang bukan dia baca pun.. dia ambik susun kat atas meja kecik dia or boh dlm paperbag. Kadang tu Chik Na notice dia suka cakap sorang sorang kononnya dia ajar kawan kawan dia buat exercise or ajar baca buku .. Bila kita pandang dia tersipu sipu malu. Kadang Chik Na risau gak, sebab Chik Na pernah baca budak budak ni memang dia ada teman imagination dia .. bukannya apa takut terbawa-bawa sampai besar.

      Bila tanya pasal cita-cita dia..mesti dia jawab nak jadi Cikgu Doktor. Mulanya Chik Na pelik gak.. apa benda la cikgu doktor tu. Rupa-rupanya bila tanya lagi, dia explain cikgu doktor tu cikgu yg ajar orang jadi doktor la .... he he he .. nak jadi lecturer to bakal bakal doktor rupanya. Gitulah telatah anak anak kecik kitakan, setiap hari ade je yang menarik perhatian kita...


      Wednesday, November 4, 2009

      - Perihal Pensel Khat

      Hari ni pagi pagi lagi Faiz buat Chik Na mengamuk. Dah lama Chik na tak mengamuk ngan anak-anak ni. Ari ni Faiz ade exam subject jawi kat sekolah KAFA. Rupanya exam jawi kali ni salah satu soklannya kena tulis , tulisan Khat. So nak tulis tulisan khat tu kena ader pensil khas untuk tulis Khat tu. Pensil tu bukannya Faiz takde tapi dah hilang..tak tau letak mana. Yang buat Chik Na geram tu sebab baru pagi ni Faiz bagitau pensil khat dia tu hilang.. maunya Chik Na tak mengamuk, nak cari mana pensil tu pagi pagi buta, semua kedai tutup lagi. Bila tanya kenapa tak bagitau semalam, dia cakap dia lupa. :(

      Nasib la tak de rotan kat rumah ni..kalau tak memang dah kena la Faiz pagi ni. Tu la salah satu sebab Chik Na tak simpan rotan kat rumah, takut out off control, nanti tak pasal pasal anak anak kena rotan...silap silap Chik Na lak yang kena masuk lokap :-)

      Lepas marahkan Faiz pagi tadi, Chik Na terus naik bilik, mandi dan nangis kat dalam bilik air. Nyesal marahkan Faiz pagi pagi, dah la nak exam pagi ni. Keluar bilik air istighfar panjang-panjang... bila hati dah sejuk, baru dapat akal nak selesaikan masalah tu. Chik Na rasa boleh beli kat kedai cina stationary kat rumah Chik Na tu atau kat kedai buku mamak kat Equine Park tu. Selalunya kedai kedai tu buka awal pagi. Memandangkan jam dah dekat 7.30 am, macam tak sempat nak pergi beli sebelum van sekolah kafa datang ambik Faiz. So Chik Na bagi Faiz RM 10, kut kut kat sekolah KAFA ade jual pensel tu.. Lagipun exam start pukul 9.30am, so masih sempat la nak hantar kat Faiz nanti. Dalam hati dah niat sebelum hantar Sufia ke tadika nak singgah kedai cari pensel dan hantar kat Faiz .

      Cepat cepat Chik Na kejutkan Sufia dan siapkan dia untuk ke sekolah. Nasib baik dia tak buat perangai, kalau tak, ade lagi sekali mamanya mengamuk. Lepas siapkan Sufia, cepat cepat pergi kedai stationary, tapi masih tutup lagi..awal sgt kut sbb masa tu baru kul 8 am. Dlm hati berharap kedai mamak kat Equine tu dah buka. Alhamdulillah, kedai mamak tu dah buka..so dapat la pensil khat tu. Chik Na siap beli 2 batang sekali ..bukannya ape, satu simpan untuk spare...kalau kalau hilang lagi. Betul la kata mama Chik Na.. "seorang ibu tu akan melakukan ape saje demi kebaikan anak-anaknya..."

      Masa Chik Na singgah hantar pensel khat kat Faiz, Faiz salam Chik Na dan mintak maaf. Masa tu sungguh terharu, dalam hati berkata "tau lak mintak maaf". Mesti sebelum tu Faiz susah hati sebab Chik Na marahkan dia.. Alhamdulillah dapat hantar pensel tu. Harapnya dia dapat buat exam dengan baik.

      Ni la rupanya pensil khat yang buat Chik Na pagi pagi dah mengamuk. Bentuk pensil mechanical biasa cuma pencil leadnya bersaiz 1.8 mm berbanding yg biasa o.5 mm or 0.7 mm


      Bila pikir balik, tak berbaloi betul mengamuk ngan Faiz hanya kerana pensil yang berharga RM 2.90 per set.

      Tuesday, November 3, 2009

      - Nilai Square

      Kejap je dah hari Selasa, dua tiga hari ni Chik Na agak sibuk dirumah tak sempat nak check email or update blog. Nak upload gambar or video Sufia menari bollywood pun tak sempat lagi. Bukannya ape, kebetulan mama Chik Na ada kat rumah Chik Na, so malas la nak ber "blogging". Mama datang sebab nak tengok concert Sufia hari Sabtu hari tu dan nak beli stok kain cadar untuk perusahaan kecil kecilan cadar siap jahit kat KB.

      So semalam Chik Na sempat la bawa mama Chik Na belikan kain cadar tu kat sebuah kedai feberet mama di Nilai Square. Lepas lunch kami terus pergi Nilai tapi kali ni mama Chik Na tak borong banyak sangat, datang kenduri Disember nanti baru dia nak beli banyak sket. Dalam tak banyak pun dekat 80 meter jugak la mama beli. Chik Na pun beli dalam 3 meter yang kain broked jalur jalur warna coklat muda utk buat cadar "flat". Chik Na selalunya beli cadar "flat" berbanding yang "fitted" sebab kalau ramai tetamu datang, cadar "flat" tu boleh dijadikan selimut :)

      Pagi ni mama Chik Na dah pun balik KB. Biasa la mama selalunya kalau datang kejap-kejap je, tengok cucu sambil tu pergi beli kain kat Nilai 3 or Nilai Square. Mama tu kalau datang rumah Chik Na tak dok lama-lama, dia bosan sebab duduk je kat rumah tak buat ape. Kalau kat KB, dia banyak aktiviti, uruskan kedai baju & cadar dia, pergi ngaji Quran kat masjid dengan kawan kawan, maghrib & isyak lak boleh pergi surau. Lagipun biasanya orang tua ni memang dia tak betah dok rumah anak lama lama.. mesti teringat kat rumah depa sendiri.. mother in law pun macam tu jugak. Teringat kat arwah nenek Chik Na, dia pun sama macam tu jugak ..kalau datang KL lebih seminggu, mulanya sibuk suruh beli tiket nak balik KB. Agaknya Chik Na nanti pun macam tu jugak bila dah tua nanti ....... "Rumahku, Syurgaku"


      LinkWithin

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
       

      Followers

      Latest Comments

      Visitor

      Free Counter

      Pageviews last month

       
      Blogger Templates