Tengahari tadi Chik Na dapat sms dari best fren Chik Na di TM menyatakan ex-officemate kami di TM telah meninggal dunia kerana sakit jantung. Terkenang Chik Na akan arwah Kak Zariah Ismail ..seorang ibu yang berkulit putih, agak rendah orangnya, lemah lembut, baik hati dan agak pendiam. Arwah Kak Zariah ni rasanya tua 10 tahun or lebih dari Chik Na. Sebenarnya Chik Na mengenali dia sebelum kerja di TM lagi.... kami pernah belajar di ITM semasa buat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan. Malah kami pernah ambil subject yang sama semasa di ITM dulu.
Semasa di TM kami sekali lagi bekerja dibawah satu department di Global Business cuma arwah Kak Zariah ditempatkan di Brickfields bahagian technical dan Chik Na di Damansara Height di bahagian marketing. Walaupun kami berlainan bumbung kami selalu berjumpa setiap kali ade jamuan department kami di Damansara Height or selepas itu di Menara TM. Pendek kata kami selalu berurusan sebab setiap kali customer Chik Na memerlukan pemasangan leased line baru, maka team arwah Kak Zariah yg akan membuat pemasangan, maintenance, testing dan handover kepada customer. Walaupun selepas beberapa ketika kami tidak tidak lagi dibawah satu department, tapi kami tetap sentiasa berurusan kerana team arwah tetap menjaga segala keperluan technical untuk pelanggan bahagian Global Business.Seingat Chik Na arwah pernah membuat pembedahan jantung semasa kami masih satu department dulu.
Semoga roh arwah Kak Zariah dicucuri rahmat olehnya Allah swt. dan semoga keluarga, anak-anak dan menantu beliau tabah mengahadapi dugaan ini. Amin
12 comments:
Al fatihah untuh arwah..
btw, salam ziarah..
:)
Al-Fatihah untuk arwah....
Ye la Na...baru aku teringat kat akak ni..masa tengok gamabr yg depa broadcast dlm email semlm memang rasa cam kenal...kalau ikut email, she's 52 yr
Lady of Leisure : thanks sebab sudi lawat blog Chik Na :)
Eynda: satu peringatan utk kita yg hidup ni.. mati itu pasti.. tak kira muda or tua
Azi: Kak Zariah ni sebenarnya seorang Datin .. tak ramai yang tahu sebab dia ni very humble person
alfatihah........tockgui
AL-FATHAH BUAT ARWAH.. MMG DA LAMA SAKIT KE TIBA2 JE MENINGGAL K.MAS? UMO BAPE TUH? ANAK2 KECIK LG TAK? TAKZIAH BUAT KELUARGA ARWAH..
alya: kalu tak silap k.mas dulu dia pernah buat bypass jantung. Anak anak dah besar..dah ade menantu pun..umur dah 52 tahun...pangkat mak mak la to alya
Semua roh arwah dirahmati Allah.amin...
Chik Na,
mudahan arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman... amin
semoga rohnya dicucuri rahmat. bilalah agaknya turn kita pulak ye.. :(
semoga roh arwah dirahmati Allah.amin
Thank you Chik Na for dedicating this blog to my mother. And also thank you kepada semua yang telah mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat arwah mak saya. It is always nice to know that she had touched so many lives during her days. Semoga tuhan mencucuri rahmat kepada arwah mak saya. Al fatihah
Post a Comment