Ads 468x60px

Labels

Friday, February 5, 2010

- Happy birthday Sayangku, Sufia Aleesha

Hari ni anak ke-2 Chik Na, Sufia Aleesha menyambut hari lahir yang ke-6. Pagi ni sebelum kul 6 pagi lagi dia dah bangun, lega hati Chik Na sebab tak payah kejutkan dia (sebab kalu tak kena gaya, pagi-pagi dia akan buat hal)....maybe excited nak celebrate birthday dengan kawan-kawan kat sekolah.

Wajah ceria Sufia Aleesha pagi ni

Sufia dilahirkan pada hari Khamis, 5 February 2004 bersamaan 14 Zulhijjah 1424, jam 3.51 pm di Hospital Ampang Putri. Dilahirkan seberat 3.01kg. Al-hamdulillah, sama seperti melahirkan abangnya, Chik Na tak menahan sakit yang lama semasa proses melahirkannya. Seperti juga nak melahirkan Faiz, hanya pergi ke hospital dengan tujuan untuk weekly check-up. Bila doktor check, laluan dah terbuka 4-5 cm, apalagi doktor terus suruh ke labour room. Sebenarnya malam tu Chik Na dah terpikir mungkin dah nak deliver nih sebab dah rasa lain macam je belakang Chik Na... rasa macam nak periode. Tapi tak rasa sakit pun. Bila cakap ngan En Zaidi, dia ajak p hospital cuma Chik Na je yang malas nak pergi sebabnya baru minggu yang ke -38 lagipun memang esoknya nak kena jumpa doktor.

Bila da masuk labour room pun still tak rasa sakit, siap leh tengok TV lagi. Dalam kul 12 lebih doktor datang check bukaan dah dlm 6 cm, sakit cuma mild je..sakit yg tak menggangu Chik Na pun. Doktor pun apa lagi pecahkan water bag dan induce le. After dah induce dalam 40 minit mula la Chik Na terasa sakit nak bersalin dan Alhamdulillah tak sakit lama dan dalam pukul 3.51 pm Chik Na pun selamat melahirkan puteri tersayang Chik Na.

Bersama abang Faiz pagi nih... siap tanya abg bagi hadiah apa tuk adik?

Sepanjang membesarkannya pun, Sufia tak banyak kerenah dan jarang demam or sakit. Cuma jangan buat dia marah sebab Sufia ni agak baran sikit. Bila baran dia akan mengamuk, dan tak tau nak stop kalu tak dekat setengah jam. Dulu kami panggil dia Aleesha tapi disebab dia baran seorang orang alim suggest suruh tukar panggil Sufia kerana nama Aleesha tu agak berat untuk dirinya. Aleesha tu bermakna "yang dilindunginya Allah".

Sufia ni bila orang tanya nak jadi bila besar nanti. Dia akan jawab nak jadi "cikgu doktor"...Chik Na pun confuse mula tu, rupanya dia nak jadi pengajar kepada doktor-doktor tu.... ha ha ha..Chik Na pun explain la kat dia, kalu nak jadi cikgu kepada doktor , maknanya Sufia kena la jadi doktor dulu, barulah boleh ajar orang jadi doktor :-) .

Walaupun apa pun cita-cita Sufia, Mama dan Abah doakan semoga Sufia menjadi anak yang solehah, mendengar kata, berjaya dalam hidup, ceria selalu dan senantiasa diberkati Allah swt hendaknya. Amin.

selingan... gambar-gambar semasa memasukkan barang-barang dalam goody bag untuk birthday party kat sekolah nanti


14 comments:

alyyani said...

happy birthday to sufia aleesha. senang nye kak mas bersalin ye. syok pulak baca.

harap sufia membesar jadi anak yg solehah kepada mama & abah ye :)

kakcikseroja said...

Selamat hari ulang tahun kelahiran Sufia.. semoga terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah...

LiAnA said...

Happy Birthday Sufia.... moga jadi anak yang menyenangkan hati.. amin..

eynda said...

Happy Birthday Sufia...moga menjadi anak yg solehah dunia akhirat :-)

siti murni ishak said...

Happy birthday Sufia! Akak nak goodie bag satu..boleh??? ;-) Mudah2an Sufia jadi anak yang solehah & berjaya mencapai cita2 jadi 'cikgu doktor' ya..:-)

Lady of Leisure said...

happy birthday sufia..
moga sentiasa diberkati Allah..

Ibuhani said...

happy b'day sufia.....smoga diberkati Allah SWT, dimurahkn rezeki n happy selalu hendaknya :)

aNa SuZaNa said...

selamat hari lahir sufia aleesha.. dah besarr dah anak dara akak yee.. =)

Nadiah Sidek said...

happy birthday sufia!

rosma said...

happpy bday sufia..hope jadik anak yg baik soleh n dengar kata mama k..

Nida said...

Alamak Sufia, sorilah auntie lambat wish...

Semoga Sufia jadi anak yg membahagiakan ibu dan ayah tau. Jangan nakal2 nanti auntie cubit.. hehe

Chik Na said...

Terima kasih kepada semua yang memberi ucapan lahir lahir buat sufia

azi said...

birthday wish juga utk sufia...besar dah ye anak dara mama..kena bagi soklan cepumas ni...bila sufia nak buleh adik?..hehhe

iNa said...

happy birthday sufia....
moga murah2 rezeki slalu ya..
jd anak yg solehah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates