Ads 468x60px

Labels

Monday, January 10, 2011

Kembali Berblog

Assalamualaikum..wth..

Selamat Tahun Baru 2011... walaupun dah terlewat still jugak nak ucap tahun baru untuk pengunjung blog Chik Na. Chik Na dah pun berada di bumi Msia tercinta sejak 18 Dec yang lalu... tapi disebabkan keadaan kesihatan yang tak berapa sihat (package 3 serangkai.. :D ..demam, selsema dan batuk), nak kena settle rumah yg lama ditinggalkan, kain baju, winter cloth yang tak termanage dan jugak kelam kabut hal-hal persekolahan anak-anak maka Chik Na terpaksa "delay" update blog yang dah lama ditinggalkan. Alhamdulillah, hari ni baru boleh mula berblog kembali

Plan asal balik Msia awal sebab nak sunatkan Faiz sebelum buka sekolah. Tapi bila balik sini susah pula nak cari klinik yang available untuk bersunat disekitar perumahan yang Chik Na duduk ni..Kebanyakkannya dah penuh di"booking". Chik Na ingat ke bila dah akhir cuti ni tak ramai yang sunatkan anak bujang mereka. Nampak gayanya Chik Na terpaksa la sunatkan Faiz pada next cuti sekolah or maybe masa cuti Chinesse New Year nanti...itupun kalau En. Zaidi berada di  Msia . Bercerita pasal sunat ni, di Syria semuanya kanak-kanak lelaki disunatkan sebelum berumur 45 hari. Ada seorang ustaz bercerita, one of student Msia kena marah oleh doktor kerana bawa anaknya untuk disunatkan ketika berusia 3 bulan.

Sejak balik sini, Chik Na sibuk menyediakan keperluan sekolah anak-anak dan mengambil kesempatan balik kampung in-law sebelum buka sekolah. Nasib baik la mama Chik Na datang melawat kami masa kami balik dari Syria ari tu, kalu tak, kena balik KB la jugak.

Tahun ni anak dara Chik Na, Sufia dah masuk darjah 1. Chik Na pulak terlebih excited bila anak dara Chik Na mula bersekolah. Sufia bersekolah sesi petang di SK Bandar Kinrara Seksyen 1. Nasib baik sekolah petang, so tak la dia moody sangat pagi-pagi untuk bangun awal. Alhamdulillah,  masa 1st day Sufia ke sekolah, Sufia tak banyak ragam dan tak perlu temankan di sekolahnya. Cuma mamanya yg sibuk nak tunggu sekejap buah hatinya yang mula bersekolah.

Wajah ceria Sufia nak ke sekolah
Routine harian Chik Na pun dah berubah tahun ni... Faiz sekolah sesi pagi dan Sufia sekolah sesi petang. Susah la Chik Na nak lepak dengan kawan-kawan lepas ni..hu hu hu. jadual "kerja " Chik Na dah a bit packed la..  Paling lewat 5.30 am dah kena bangun .. pukul 10 baru berakhir "tugas" Chik Na. Now ni kira ok lagi sebab Chik Na ada assistant  kat rumah kerana En. Zaidi (terbalik plak..en zaidi yg jadi assistant..he he he) masih berada di Msia sementara menunggu kontrak kerja yang baru.

9 comments:

kakcik said...

Selamat kembali berblog, Chik Na. :)

Lia said...

selamat berblog jugak Chik Na.. (",)

siti murni said...

welcome back chik na..:)
dah mish chik na dah...mish nak baca entry chik na...

Chik Na said...

Lia: tima kasih bagi semangat..

Siti: lately macam x sempat je nak update blog.. bz tahap melampau nih..

zarin said...

selamat kembali n selamat masuk dat=rjah satu ye sofia ;-)

Nadiah Sidek said...

selamat kembali berblog chik na! :)

OneSimpleMother said...

selamat tahun baru kak ina. en. zaidi lama bercuti ke kak ina..?

iNa said...

salam thn br kak..
slmat kembali berblog..

Chik Na said...

Zarin: dah besar puteri Chik Na tu :)

Nadiah: tima kasih kerana masih sudi jenguk blog Chik Na

One Simple Mother: En. Zaidi dah abis kontrak kat Syria..tgh tunggu project baru.. maybe lepas CNY kut baru start tugas baru..

Ina: thanks jenguk blog akak.. barulah bertenaga nak update blog selalu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates