Ads 468x60px

Labels

Tuesday, April 21, 2015

Haji 2015

Assalamualaikum..wth,

Pagi ni tiba-tida dengar hon motor poslaju, dlm hati berkata "rasanya tak ada barang yang diorder". Cepat-cepat capai tudung n jubah, bila dah sign borang poslaju, adik poslaju beri 2 plastik yg tertera nama Chik Na dan En.Zaidi... Tgk nama pengirim rupanya dari pihak Tabung Haji. Dalam hati berkata lagi "apa yg pihak tabung haji hantar ni... Mcm benda kecil tapi berat"


Bila dibuka rupanya tag gelang pengenalan untuk digunakan sepanjang mengerjakan haji yg akan datang. Begini rupa tag gelang haji, tak pernah tengok. Hati mula berdebar-debar, tinggal beberapa bulan je lagi untuk pergi menunaikan haji. Masih banyak perkara persediaan haji yg belum selesai especially minda ni... Banyak lagi yang nak kena belajar walaupun setiap hari Ahad kami berdua dan kadang kadang Sufia dan Faiz pun ikut sama ke Masjid Al Ehsan di Bandar Kinrara... 

Walaupun dah pernah menunaikan umrah pd tahun 2012, banyak lagi revison yg nak kena buat.. Doa doa pun belum semua dihafal. List apa yg nak didoakan di tempat mustajab doa dan di Arafah juga masih belum di tulis dgn betul.. Masih dalam bentuk point dan draf. Solat tahajud setiap mlm masih belum istiqamah...

"Ya Allah permudahkan segala urusan berkenaan hajiku dan berilah aku haji yang mabrur".


Antara bahan bacaan sampingan.. Buku Travelog Haji baru page 159..

Aduhhh... Hati dah makin berdebar debar... Dengar 1st penerbangan 16 Ogos..gambar visa haji bertudung hitam belum dibuat..asyik lupa je nak pakai tudung gelap everytime keluar rumah

5 comments:

Kakcik Seroja said...

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan yang seterusnya buat Chik Na dan suami. Aamiin...

Kakzakie Purvit said...

Alhamdulillah.. dah sampai. Kena pakai ni Chik Na sepanjang berada di sana. Ada nama kita, IC no dan no. tel mutawif kita di M'sia kan. Kakak punya masih simpan tau. Buat kenangan. Besi aje tapi buat mandi pun tak karat. Cuma beratlah sikit..

Bila lagi suami kita nak pakai gelang kalau tak masa pergi Haji kan hihi...

Azian Elias said...

Semoga ALLAH permudahkan dan mendapat haji mabrur..

Nieda Ramly said...

doakan rezeki saya juga In sya allah dipermudahkan juga...rindunya tanah suci.

Delores Hope said...
This comment has been removed by a blog administrator.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates