Ads 468x60px

Labels

Thursday, October 25, 2012

- Balik kampung

Assalamualaikum...wth,

Chik Na bersiaran di Lenuhraya Utara Selatan arah Utara ... on the way balik kampung En. Zaidi untuk menyambut Hari Raya Idil Adha bersama Mak tersayang. Sekarang ni kami berada di persimpangan ke Berhampiran Bidor. Keadaan lebuhraya buat masa ni berjalan lancar walaupun kenderaan agak banyak.

Kami bertolak dari rumah kami di Seri Kembangan pada jam 11 pagi... almaklumlah semalam tido agak lambat ... bertungkus lumus menyediakan sate dan kuah kacang. Idea last minute petang semalam, tiba tiba terasa nak makan sate untuk juadah hidangan Aidil Adha. Walau bagaimana pun sate masih belum dicucuk, hanya sempat marinate dan terus disejukbekukan. Insyaallah sesi menyucuk sate akan dijalankan malam ini  :D. Kuah kacang sudah ditumis, kacang dah digoreng, santan sudah dmasak sehingga terbit minyak... cuma tinggal untuk diblend kacang dan dimasak kuahnya je.


Didoakan perjalanan lancar dan semoga kami sempat berbuka puasa dirumah.

Chik Na mengucapkan selamat menyambut aidil adha kepada rakan blogger yg singgah sini. Kepada yang memandu ke kampung halaman, harap memandu dengan berhati hati.

6 comments:

Kesuma Angsana said...

nk wish selamat hari raya aidiladha juga ye

Nieda said...

nak sate jugakkkk!!!

selamat hari raya aidil adha utk cikna sekeluarga

Ibuhani said...

smoga slmt balik kg n slmt kembali ke rumah ye....salam aidil adha chik na!

Nida said...

Salam

Seronokkan balik kg.... :)

Lia said...

yuhuuu... lama tak berblog.. :)

Irfa said...

sejak anak sulung skolah kt kg ni.kerap sikit saya balik kg ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates