Ads 468x60px

Labels

Saturday, December 5, 2009

- Perjalanan yang tak dirancang ... Cameron Highland


Dalam pukul 10.30 pagi kami bertolak dari KB nak balik K.Lumpur … tetapi kami tukar plan bila singgah solat kat Gua Musang. Semasa nak masuk simpang ke masjid Gua Musang, Chik Na terpandang sign board ke Cameron Highland…dalam hati berkata,

 “agaknya jalan tu la yang Arif (ex-staff Chik Na) guna masa balik KL melalui Simpang Pulai”.

After solat, En Zaidi singgah Petronas untuk pump minyak, masa tu dalam hati tergerak nak check kat GPS berapa km dari Gua Musang ke Cameron Highland…. Bila Chik Na check GPS, informasi yang diberi menyatakan hanya 72 km je dari Gua Musang ke Cameron Highland. Chik Na pun bagitau En. Zaidi pasal info yg Chik Na dapat.

Petikan perbualan selepas pump minyak menghala ke KL…

En Zaidi : “nak pergi ke?”
Chik Na : “ntah … ikut drebar laa”
En. Zaidi : “Nak pergi ..boleh”
Chik Na : “ok gak”

En Zaidi terus buat u-turn dan hala ke simpang menuju ke Cameron Highland sambil berkata : “Anak-anak hari ni kita nak ke Cameron Highland

Faiz dan Sufia: “yeay..nak pergi Cameron Highland”…

Dalam pukul 4 petang we all selamat sampai di Cameron Highland dan alhamdulillah dapat check in di Equatorial Hotel, Brinchang walaupun kami main terjah je. Niat di hati nak dok Equatorial apartment tapi semua dah book, bilik hotel yang ade connecting room pun dah penuh, nak tak nak mintak depa extra bed kat bilik. Sepanjang perjalanan tak banyak kenderaan dari Gua Musang ke Cameron Highland dan cuma hujan renyai-renyai.



Sempadan Gua Musang dan Cameron Highland..patutnya gamabr ni diambil sebelah yg bertulis..Selamat Datang tetapi memandangkan kami dah terlepas...so ambik je lah yg di other side.

Pemandangan dari bilik pada pukul 4.30 pm

Around pukul 4.30pm kami keluar makan kat pekan Brinchang. Cuaca dah mula sejuk dan agak berangin. Selepas makan kami terus balik hotel, plan asal nak singgah Cactus Farm tapi terpaksa tukar plan sebab tertinggal sweater anak anak kat hotel...tak sanggup dah nak melayan cuaca yang agak sejuk ..

Pemandangan dari bilik at 6.40 pm

Sampai hotel keadaan dah makin berkabus dan agak sejuk... terkenang pulak cuaca hujung musim panas masa tinggal kat Istanbul dulu...bezanya kat Istanbul tak berkabus je..

Pemandangan dari bilik at 7pm....dah tak nampak ape daa...

Tanpa dirancang, kami bermalam di Cameron Highland malam ni...

Hmm..kadang tu bukan main lagi plan nak pergi bercuti, tapi tak jadi... hari ni pulak tanpa dirancang...kami bercuti di Cameron Highland.


p/s: tak sempat nak ziarah blog kawan kawan minggu ni sebab broadband Chik Na agak slow... balik KL nanti Chik Na ziarah yea..

10 comments:

Ibuhani said...

akhirnya.....gi jugak CH...skrg musim hujan.....cameron bertambah sejuk kan? selalunya yg x rncg tu lah yg jadi :)

rosma said...

wah!bestnyer..rosma dolu ade keje part time kt Equatorial hotel yg akk dok tuh..sambil cuT sek sambil cari ilmu..hu3..rindu lak.sy ade family kt CH tuh...4 buah keluarga...makcik2 sayer..kikiki

Lady of Leisure said...

syok tgk kabus2 tu..
mesti bila malam sejuk yg amat kan..

Mrs. Simplicity said...

waa..last minute nye plan bole sampai ke cameron ye. lama tak pegi. best tak kak mas? skang mesti sejuk kat sana kan?

eynda said...

Sejak kawin tak pernah pegi Cameron Highlands...seronok kalau percutian tak dirancang ni...perasaannyer lain :-)

Nida n' Hanafi said...

Salam Chik Na..
Saya tak berkesempatan lagi ke CH.. Tengok gambar2 yang Chik Na ambil nampak menarik.. pemandangan yg cantik... ni yg tak sabar nak ke CH :-)

Chik Na said...

ibuhani: teramat la sejuk..

rosma: ooo ... rosma pernah sana yea.. anak anak akak suka p cameron... sebab sejuk

Chik Na said...

Lady : teramat sejuk sampai menggigil rasanya ... Chik Na seorg je yg tak bawa sweater ..tu yg menggigil lebih tu

Alya: ha ah.. sekarang a bit sejuk sebab musim hujan..tapi nasib baik masa kami kat sana hujan rintik rintik je

Chik Na said...

Eynda: Chik Na pun first time gak p ngan En. Zaidi .. masa sebelum kawin dulu banyak kali gaks pergi sana...
Seronok kat p tempat tempat sejuk ngan hubby ni ...macam honeymoon laks.. ;-)

Chik Na said...

Nida: Balik dari NZ nanti boleh la bawak anak anak cuti kat Cameron Highland pulak...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates