Ads 468x60px

Labels

Monday, December 7, 2009

- 8 hari tinggalkan rumah

Alhamdulillah Chik Na selamat sampai di LP 8 dalam pukul 6 ptg setelah meninggalkan rumah untuk balik kampung menziarahi Mak Bashah di Kota Kuala Muda dan Mama Mariam di Kota Bharu....dan percutian tanpa dirancang di Cameron Highland :). Sepanjang perjalanan balik ke KL, selepas je R&R Tapah, boleh dikata hujan agak lebat jugak. Merangkak-rangkak Chik Na pandu kete... kebetulan lak cermin mata Chik Na patah ...(En. Zaidi tak berapa sihat so selepas berenti solat di Tapah, kami tukar drebar). Sampai Bukit Jalil lak jalan jammed giler sebab Jom Heboh...

Ari ni Chik Na agak cbuk laa... mengemas rumah yang dah berhabuk dan menguruskan kain baju untuk dicuci, dijemur dan melipat kain yg dijemur sebelum balik kampung. Huh ...banyak la plak kain baju nak dicuci... padahal masa di KB Chik Na dah dobi baju baju tu kat kedai dobi adik Chik Na, Chik Wah. Hari ni dah 3 round mesin baju... nasib la ade pembantu automatic ni, kalu tak jenuh Chik Na nak mencuci. Tu pun ader lagi yg nak dicuci, tapi kena rehatkan dulu mesin basuh Chik Na tu takut kan semput pulak dia...

Tengahari ni lepas lunch plan nak keluar pulak ngan En. Zaidi dan anak anak, nak p ambik baju raya haji yang tak siap hari tu dan beli barang dapur. Kat fridge tinggal daging korban je... dah muak lak sepanjang raya ni asyik makan daging je.. kesian kat badan...

Lega dapat balik rumah sendiri dan melepak kat blog kawan kawan...


13 comments:

mamamin said...

salam Mas,
mama rindu pada Mas dan anak-anak, tapi mama pun dengan holiday mood jerk ni..
balik kejap untuk teater natrah dan akan pergi bercuti lagi minggu depan, insyaAllah kalau line tenet mengizinkan, mama akan dtg ziarah Mas kat sini ye...

faiz dan sufia mesti seronok tu dpt balik kelantan dan juga kedah.. then naik cameron lagi..

ma pun akan ke cameron esok, nak pegi tengok ladang bunga kat sane, dah lama x pegi.. ma supply fresh flowers juga Mas.

[my best frenz ada ladang bunga dicameron, kalau pegi rasa malas nak turun dah.. sgt suka menghabiskan masa di ladang :)]

**peluk ceom buat faiz dan sufia..
salam ukhwah buat encik zaidi jugak

Azirahman said...

sakan cuti yer...tak pe la sesekali cek abg ade....cuti la puas2.....aku awal2 cuti sek ari tu dah cuti...skrg ni dok bawak budak2 ronda hujung minggu...dekat2 xmas nanti baru cuti panjang balik....hujung2 tahun ni betul2 mood cuti la....he

Murni Alfathunnisa said...

welcome home..akak:-)
biasalah..ibu2 ni..bila balik dr berjln..diorang la yg paling sibuk. walaupun cuti, keje umah x abes..:-) terima dgn redha.
pe2 pun..selamat shopping ye kak..

rosma said...

alhamdulliah selamat sampai ke rumah..camtulah kak lau lek kmpg..same la ngan rosma..ni ru 2 org.lau de baby..xtau nk ampai bj kt ner..huhuhu

Lady of Leisure said...

patut la jalan jam smcm kat nak sampai bukit jalil tu.. rupanya ada jom heboh eh..

Chik Na said...

Mamamin: mas pun rindu gak ngan puisi puisi mama...

waa seronoknya mama ade kawan yang ade ladang bunga..mas tak sempat pergi ladang bunga hari tu..ladang yg kecik kecik je pergi. Lain kali leh la pergi ladang bunga kawan mama tu

Hubby pun dah janji lain kali kalu ade kesempatan balik dr KB leh pergi cameron lagi ..seronok beli fresh flowers and sayur..

Chik Na said...

azi: he he he cik abg cuti 2 minggu je Azi. Tiap kali zaidi cuti mesti balik Kedah punya ..sebab mak pun dah tua, bila anak anak balik menjengok, sihat sikit Mak Bashah tu..

Chik Na said...

Siti murni: ha ah penat shopping baju sekolah faiz SK, KAFA, kasut sekolah dan barang sekolah.

Rosma: tu lah nasib baik lum ade baby baru..kalu tak jenuh cuci baju sebab baby ni kita kena selalu tukar baju ..

Chik Na said...

Lady: Jam sakan, nasib baik nak balik rumah ade banyak jalan alternatif.. Ingat nak masuk lalu Stadium Bukit Jalil, tapi bila nampak jam lencongkan ke arah lain..

Chik Na said...
This comment has been removed by a blog administrator.
eynda said...

Alhamdulillah....home sweet home kan..best cuti2 cemana pun balik rumah mesti rasa best :-)

Chik Na said...

eynda: betul eynda.. bak kata pepatah...rumah ku syurga ku

Mrs. Simplicity said...

8 ari tinggalkan umah paling tak tahan nak kena mendobi kan? nak2 bila cuaca tak menentu membantutkan proses mendobi. heheh..

p/s: husband k.mas da balik eh? patut la gi cuti2.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates