Ads 468x60px

Labels

Friday, December 18, 2009

- Hari yang busy


Pukul 11.30 pagi da kuar rumah ambik adik Chik Na di Terminal Subang  Semalam pun dah pi airport jugak tapi LCCT, ambik Mama Mariam datang dari KB. Dari Terminal Subang terus menuju ke Masjid Kota Damansara.....sebenarnya hari ni cousin Chik Na, Ikram nak bernikah. Memandangkan majlis akad nikah bermula pukul 3 pm, so kami terpaksa la kuar rumah awal sebab adik adik  Chik Na yg lelaki nak pergi sembahyang Jumaat dolu. Kalau lepas jumaat baru nak bertolak dari rumah takut tersekat dalam kesesakkan lalulintas pulak ..al-maklumlah jalan dari Seri Kembangan ke Kota Damansara tu biasanya hari minggu agak sesak sebab org ramai akan bersantai dan bershopping ke One Utama atau The Curve.


Sufia on the way p Terminal Subang

Sufia posing ngan Ayah Pih yang kami ambik kat Terminal Subang.

Lepas drop adik adik lelaki Chik Na di Masjid Kota Damansara, kami g Giant Kota Damansara...sementara tunggu habis sembahyang Jumaat. Masuk masuk je Giant, Faiz & Sufia da  nampak J-Co...apalagi cbuk nak donut..sementara tunggu Mama Mariam jalan jalan kami lepak  kat JCo dulu..

Faiz dan Sufia tengah tunggu ice blended chocolate

santai dengan mamatok ..Mama Mariam

Sufia ngan Che Nisa dan Che Ilia... (cousin Chik Na)

Rupa-rupanya Che Su Chik Na dan anak-anak pun lepak kat Giant jugak....apalagi Chik Na ajak depa lepak sama kat JCo. Dalam 2.30 pm kami semua berangkat ke Masjid Kota Damansara...sampai sana da ramai pakcik makcik berkumpul..

Hantaran ni kalau diperhatikan betul betul..ianya dibuat dari lego..dalam peti besi tu ade seutas gelang tangan untuk upacara membatalkan air sembahyang

Duit mas kahwin dibentuk menjadi sejambah bunga ...

Mama Mariam with anak my cousin ..Emir Zidane...Zidane ni ade twinnya Emir Danish

Yang ni plak Emir Danish... Chik Na tak tau can ne nak beza between dua beradik nih... confuse ..

Pengantin perempuan..bakal isteri cousin Chik Na

Ni plak cousin Chik Na.. tengah berdebar menunggu upacara akad nikah...

And this is my little cousin .... baru 1 tahun 2 bln. Sufia, auntie nya pun da 5 tahun...

Majlis akad nikah berjalan dengan lancar dengan sekali lafaz je. After majlis akad nikah, kami dijempaut ke dewan apartment tempat tinggal pengantin perempuan lak....ader makan-makan.Sampai rumah Chik Na da pukul 6.30 ptg... akibat kepenatan Chik Na terlelap jap ...sedar sedar da 7.30pm. Kelam kabut bangun sholat .. lepas tu attend lagi satu wedding kat LP 8 nih... jiran Chik Na buat kenduri kahwin tuk anak saudaranya. Ikutkan hati memang tak mo pergi dah..tapi mengenangkan adat berjiran, Chik Na gagahkan hati Chik Na pergi gak kenduri ngan Mama Mariam. Lagipun dari segi agama, kita mesti pergi kenduri yang dianjurkan oleh jiran kita. Anak-anak dan adik adik Chik Na semua tok mo ikut sebab kepenatan. Depa order pizza makan kat umah.je. Dah gi kenduri lama lak dok sembang ngan jiran-jiran... kul 10.30pm baru lah Chik Na angkat punggung...

huh.....hari yang panjang bagi Chik Na. Esok majlis persandingan di sebelah pengantin perempuan lak..

6 comments:

rosma said...

terasa kepenatan chik na....huhuhu...slmt pengantin baru utk mempelai.smg kekal hingga akhir hayat..

siti murni said...

a'ah kak..sy pun sama...sampaikan salam kat pengantin baru...semoga berpanjangan & berbahagia hendak nya amin...

p/s: tiba2 teringin nk mkn nasi kenduri..ish ish..

Hamizah said...

org yg baca pon penat ni, Che Na..

Lady of Leisure said...

hehe.. padatnya aktiviti.. lady pun baru balik dari kampung kenduri kawin gak ni ha hehe..

alyyani said...

kreatif nye hantran buat dr lego tu. tak nmpk mana gelangnye. heheh.. sufia bulat nye muka dia. suka j-co sama mcm aunty alya gak. :)

NURUL IZZA said...

yaAllah sufia..comeynye...geram nk cubit2 tang pipi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates