Pagi ni around 9.30 am Chik Na dan keluarga dah kuar rumah. Mula-mula pergi breakfast roti canai kat kedai berhampiran. Sementara tu En. Zaidi pergi tinggalkan kete untuk dicuci, al-maklumlah kete dah kotor sangat kat bahagian luar dan dalam after kami berjalan sakan dr KL-Kota Kuala Muda- KB- CH- KL. Kami plan hari ni nak ke pejabat lawyer dan LHDN.
Dah habis breakfast kami menuju ke Pandan Indah untuk ke pejabat lawyer nak ambil document berkenaan rumah LP tetapi lawyer in-charge kuar p bank la pulak. So we all decide nak pergi LHDN nak check pasal cukai pendapatan kami di Menara PGRM Cheras, dekat Jusco Taman Maluri. Nasib baik orang tak ramai berurusan di kaunter LHDN... tak ramai sebab bukan musim submitt borang BE lagi. En Zaidi punya account cukai pendapatan takde tunggakkan malah ade lebihan cuma yang Chik Na je perlu submitt balik borang BE 2006. Walaupun ader lebihan tapi tak boleh claim balik lebihan tu selagi Chik Na tak submitt balik BE 2006 tu. Hmmm...nampaknya kena pergi lagi lah Chik Na ke LHDN tu... dah la cari punya cari borang EA 2006 tak jumpa pulak dlm simpanan Chik Na, malas tul nak cari tapi kalau tak cari kena pi ambik salinan EA 2006 kat TM plak... haiii banyak lak nak kena settle ni.
After LHDN kami p lunch dan kemudian sekali lagi ke pejabat lawyer, Yeap & Yong Associates. Alhamdulillah, pejabat tanah telah mengeluarkan dokumen yang mengesahkan rumah yang kami duduki sekarang dah menjadi milik sepenuhnya oleh kami berdua. Dekat setahun jugaklah kami menunggu urusan menukar nama tanah dan rumah kepada nama kami selepas melangsaikan pinjaman perumahan pada Feb 2009. Rumah yang kami duduki ni diberi Sijil Hak Milik Sementara sehingga 2102 sebab rumah di sekitar Puchong ni biasanya dipajakkan selama 99 tahun oleh kerajaan negeri kepada pemilik. Walaupun rumah LP ni dipajakkan kepada kami selama 99 tahun tetapi kami berbangga kerana inilah aset pertama hasil titik peluh kami berdua.
12 comments:
Tumpang gembira atas kejayaan Chi Na sekeluarga
bestnyer dah habis bayar umah......congrat sbb umah dah jd milik penuh Chik Na n famili :)
besnyer da abeh bayar umah.. kami ni masih merangkak2 lagi nk melangsaikan utang rumah. huhuhu..
kmas, kalau dari leasehold bole tuka jadi freehold ke? ke rumah kmas beli tu bukan rumah baru & proses kmas buat tu tuka nama je?
Nida & ibuhani : Tima kasih
Cik Mas: insyallah Lyn & En. Syam pun leh dapat langsaikan cepat rumah u all tu ...
Bacalah tips dari buku Azizi Ali: "Langsaikan pinjaman perumahan anda dlm tempoh 5 tahun atau kurang"
ps: tapi K.Ina ambil masa 7 tahun... :-)
Alya:
Dah jadi milik penuh sebab K.Mas dah abis bayar loan bank. Tapi rumah ni still gak titlenya "leasedhold". Kalau tak silap after 99 years (rasanya k.mas pun da takde kat dunia ni .. :)), kalau kerajaan negeri takde project kat perumahan ni, insyaallah anak cucu K.mas akan dapat title "freehold" la..
lady tumpang gumbira.. rasa senang hati bila dah ada nama kita pada rumah tu kan...
kata org berakit ke hulu berenang ke tepian.. setiap usaha kita pasti membuahkan hasilnya alhamdulillah..
huhuhu rosma lum lagi li umah..dok g kt umah kerajaan nih..untung ade umah kerajaan,lau xde?hu3 menyewala jwbnyer...(rosma ru keje..tgu umur 30 kot)
Tahniah sebab dah selesai satu tanggungjawab...sekarang ni payah nak cari freehold...rumah eynda yg baru tu pun leasehold...
lady: alhamdulillah ... syukur kpd allah swt kerana diberi rezeki utk habiskan loan rumah
rosma: ok la tu ... take advantage dok rumah kerajaan... leh buat simpanan untuk bayar downpayment rumah sendiri nanti
eynda: tul tu susah nak cari yg freehold...adik chik na cbuk cari rumah yg freehold...dia kata ade area sepang or nilai je
Post a Comment