Ads 468x60px

Labels

Sunday, December 27, 2009

- Aktiviti 2,3 hari nih ...

Minggu ni lagi sekali blog Chik Na berabuk .. sejak kiddos takde kat rumah nih... nak update blog pun malas...bukannya ape banyak sangat aktiviti yg Chik Na buat.. sampai kepenatan.

Khamis

Chik Na sibuk ngan segala urusan perbankan, and urusan cancellation PA  insuran yang sepatutnya Chik Na da lama terminate..tapi tak buat-buat .. ni case yg depa call kat handphone, cerita ceriti terus accept la nih... Chik Na ni baik hati, pantang sapa call kempen-kempen terus accept :-). Tu yang sekarang ni kalau nombor yg tak register kat handphone, Chik Na malas nak angkat sebab sekarang ni macam macam org call nak jual package percutian la, insurance la, nak offer credit card la dan macam macam lagi..

Dalam dalam sibuk buat urusan, kawan TM Chik Na call ajak p tengok ex-staff Chik Na bersalin. So dari IOI mall Chik Na terus pergi Kota Damansara...tak sampai 1/2 jam Chik Na da berada kat rumah ex-staff Chik Na tuh...nasib baik la ade GPS kat handphone yg membantu kalu tak mesti sesat barat nak cari rumah Cik Nani..


baby girl yang still tak confirm lagi namanya... baru berusia 3 hari masa Chik Na melawatnya. ps: namanya ade iras-iras nama sufia ..minta maaf cik nani mempamerkan gambo baby tanpa kebenaran ..he he he heh

Jumaat


Banyak habiskan masa dirumah je cuma Chik Na kuar sekejap pergi JJ Equine Park buat pedicure and manicure. Dah lama tak pergi buat pedicure, so rasa kuku kaki macam kusam je...


Kaki sedang direndam ngan garam bagi melembutkan kulit tapak kaki dan kuku so senang sket depa nak sental kuku dan kulit kulit mati di tapak kaki...

Sabtu

Dalam pukul 2.30 ptg Chik Na menuju ke Wangsa Walk di Wangsa Maju sebab nak jumpa kawan sekolah menengah yang dah dekat 20 tahun tak jumpa. First time datang mall yang baru 2 bulan lebih dibuka nih...Nasib baik dr Puchong Chik Na ikut terowong SMART menuju Jln Tun Razak then masuk jalan Ampang ke Jelatek...so boleh dikatakan  jalan agak clear jugaklah...dlm 30 min je da sampai tempat dituju. Sekali lagi terima kasih kat cik GPS Chik Na ... :-)



Pemandangan dari parking belakang Wangsa Walk. Wangsa Walk ni belakang Carrefour Wangsa Maju dan bersebelahan Wangsa Link..

Kawan Chik Na, Cik Suzana ni driving dari Penang semata mata nak jumpa Chik Na dan 2 org kawan sekolah rendah dia. Kami berempat melepak kat kedai Roti Boy dari kul 4 ptg - 7 ptg...bercerita pasal macam-macam dari satu topik ke satu topik....(salah seorg kawan Chik Suzana ni isteri kepada seorang pelakon)

Bila maghrib, dua member sekolah rendah Cik Suzana mintak diri dan kami continue pergi makan di sebuah Restoran Thai..ingat nak snap gambo menu yang kami makan tapi segan la pulak kat Cik Suzana :-). Sambil makan kami continue borak-borak sampai kul 9 pm ..(kebetulan Chik Na cuti sembahyang dan Cik Suzana lak nak sembahyang jamak kat hotel)... hu hu hu...seronok tul jumpa kawan lama nih.. After drop Cik Suzana kat hotel, Chik Na terus memecut balik rumah. sampai rumah dah dekat kul 10pm... Nasib baik la kiddos tu takde kat rumah kalu tak mesti tak boleh lepak lama-lama kalau bawak anak-anak..

19 comments:

Nadiah Sidek said...

rajinnya akk buat pedicure & manicure tu :). brp ye byrnnya?

siti murni said...

erm..padat jugak jadual akak eh. :-) carrefour wangsa maju dah penah sampai...wangsa walk ni belum lg. tgk ada rezeki lg ke ampang thun depan..insyaallah.

Chik Na said...

Nadiah: RM 55 sekali ngan buffering...

Chik Na said...

Siti: silalah (macam la gedung tu akak punya)..besar gak Wangsa Walk nih..ader 2 F.O.S besau ..satu tuk de org dewasa, 1 tuk baby & teen..

Lady of Leisure said...

comel sungguh baby tu...
mesti wangi kan.. hehe...

wah chik na lady pun suka pi buat pedicure and manicure... lama dah tak pi tonyoh kuku2 ni.. hehe..

ibu emy efy eqy said...

bestnya tengok Chik Na buat pedicure dan manicure.

lagipun kat bandar banyak kemudahan... harganya pun ok jugak. taklah mahal sangat.

alyyani said...

anak2 takde, k.mas amik kesempatan jumpa kawan- kawan lama ye. penuh aktiviti. sempat buat pedicure dgn manicur lg tuh. seronok je dgr aktiviti bujang k.mas :)

skang, 1 lg function penting kalau cari hp mesti ade gps. so confident nak gi mana2 kan? :)

Nida said...

Teringin jg nak manjakan diri dengan pedicure & manicure.. tapi tunggu balik sanalah... sini mahal.. :-)

eynda said...

Chik Na...bestnya dah boleh ada masa buat pedicure manicure....bila la eynda nak buat :-)

Hamizah said...

sesekali x kiddos dpt la memanjakan diri & bersama-sama kwn ye..bestnya

rosma said...

comeynyer baby tu..hu3...oo kids xlek lg ek..leh enjoy2kan diri..

Chik Na said...

Lady: chik Na pun suka cium baby yg baru lahir...baunya harum semacam..

Chik Na said...

Alya: ha ah sejak ader GPS kat hp nih ..ianya banyak membantu cari tempat tempat yg K.Mas tak pernah pergi..

Chik Na said...

ibu emy efy eqy: sesekali je pergi buat pedicure & manicure nih

Chik Na said...

Nida: balik sini nanti cubalah try .. seronok gak kadang-kadang org belai belai & urut kaki nih :-)

Chik Na said...

eynda: masa kiddos takde la leh manjakan diri sket..

Chik Na said...

Hamizah: tulah ambik peluang masa anak-anak tak de ...he he he

Chik Na said...

Rosma: memang enjoy sesekali dapat lepak-lepak ngan kawan-kawan ... jarang dapat peluang can nih ..

NURUL IZZA said...

chikna: bestnye g salun2 gitu..nak2 kalau spa urut2 bdan..best nye letih pon xrs..;))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates