Dah banyak hari Chik Na plan nak buat muffin tapi mood tak datang-datang. Tadi bila tengok status blogger Sister's Little Diary kat FB pasal dia nak buat muffin, terus mood nak buat muffin datang. Di sokong plak oleh adinda tersayang yang kononnya nak tolong sama-sama buat muffin...(lastly langsung dia tak tolong pun, tolong makan ada la :D
Thanks to Periuk Belanga Zarin sebab sharekan recipe mufin yang lazat ni... Dan yang paling Chik Na suka, resipinya amat mudah sekali... bak kata org main campak-campak je. Bila dah masak, cepat je muffin ni dihilangkan oleh ahli rumah :D. Bukan setakat putera n puteri je yang suka, mama, abah, n uncle-uncle pun suka.
Oreo muffin yang pasti digemari kanak-kanak :D |
Resipinya:
Bahan-bahannya:
250gm butter
1 cawan gula castor
2 cawan tepung naik sendiri - shift
1 tsp baking powder - shift
4 biji telur
1 tsp esen vanila
8 - 10 keping biskut oreo - hancurkan bersama krimnya
Caranya:
- Campurkan semua bahan-bahan kecuali biskut oreo di dlm mangkuk adunan, pukul selama 2 minit.. jangan over beat
- Masukkan oreo yg telah dihancurkan ke dalam adunan dan gaul sekejap
- Pipekan adunan dalam papercup muffin
- Bakar dalam ketukar yang telah dipanaskan dengan suhu 170'C selama 10-15 min
6 comments:
chhiiiikkk naaa
bestnya...tergoda akak.
Resepi zarin sure best kan :)
comelnya muffin tu chikna! nak sikit!! tak tau pesal, but my girls sangat tak suka muffin. i love muffin vanilla yg jual kat jusco, sedap!
mesti sedap muffin chik na tu...letak oreo pulak tu..perghh....dah la memang favorite. warna dia pun nampak menarik je...
kasihredha: chik na pun suka resipi yg zarin sharekan sbb semuanya sedap sedap belaka
Shidah: resipi vanilla muffin zarin punya pun sedap..try la buat
siti: sekejapan je dah abis... puteri chik na minta buatkan lagi :D
Post a Comment