Ads 468x60px

Labels

Sunday, April 3, 2011

- Muffin Oreo

Dah banyak hari Chik Na plan nak buat muffin tapi mood tak datang-datang. Tadi bila tengok status blogger Sister's Little Diary kat FB pasal dia nak buat muffin, terus mood nak buat muffin datang. Di sokong plak oleh adinda tersayang yang kononnya nak tolong sama-sama buat muffin...(lastly langsung dia tak tolong pun, tolong makan ada la :D

Thanks to Periuk Belanga Zarin sebab sharekan recipe mufin yang lazat ni... Dan yang paling Chik Na suka, resipinya amat mudah sekali... bak kata org main campak-campak je.  Bila dah masak, cepat je muffin ni dihilangkan oleh ahli rumah :D. Bukan setakat putera n puteri je yang suka, mama, abah, n uncle-uncle pun suka.

Oreo muffin yang pasti digemari kanak-kanak :D

Resipinya:

Bahan-bahannya:
250gm butter
1 cawan gula castor
2 cawan tepung naik sendiri - shift
1 tsp baking powder - shift
4 biji telur
1 tsp esen vanila
8 - 10 keping biskut oreo - hancurkan bersama krimnya

Caranya: 
  1. Campurkan semua bahan-bahan kecuali biskut oreo di dlm mangkuk adunan, pukul selama 2 minit.. jangan over beat
  2. Masukkan oreo yg telah dihancurkan ke dalam adunan dan gaul sekejap
  3. Pipekan adunan dalam papercup muffin
  4. Bakar dalam ketukar yang telah dipanaskan dengan suhu 170'C selama 10-15 min

Chik Na dapat dlm 30 biji cupcakes saiz sederhana

6 comments:

kasihredha said...

chhiiiikkk naaa
bestnya...tergoda akak.
Resepi zarin sure best kan :)

Sizuka said...

comelnya muffin tu chikna! nak sikit!! tak tau pesal, but my girls sangat tak suka muffin. i love muffin vanilla yg jual kat jusco, sedap!

Murni Alfathunnisa said...

mesti sedap muffin chik na tu...letak oreo pulak tu..perghh....dah la memang favorite. warna dia pun nampak menarik je...

Chik Na said...

kasihredha: chik na pun suka resipi yg zarin sharekan sbb semuanya sedap sedap belaka

Chik Na said...

Shidah: resipi vanilla muffin zarin punya pun sedap..try la buat

Chik Na said...

siti: sekejapan je dah abis... puteri chik na minta buatkan lagi :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates