Ads 468x60px

Labels

Friday, April 1, 2011

- Apam Snow White

Semalam 1st time Chik Na try buat "Apam Snow White" atau dikenali juga apam nasi. Masa baca kat blog Cik La last week, terus simpan angan-angan nak buat apam ni. Anak-anak Chik Na memang suka apam ni dan everytime p pasar malam mesti dorang minta belikan. Rupanya cara nak buat apam ni amat senang. Kalau la dari dulu Chik Na tau buat apam ni, tak payah la Chik Na beli kat pasar malam :D

Memandang tak ada acuan kueh lompang, Chik Na guna acuan cis tart

Sedap dan sangat gebu... Faiz suka makan tanpa kelapa
Yang ni pula guna acuan muffin... Sufia pula suka makan dengan kelapa

Resepinya :

3 cwn tepung beras
1 cwn tepung gandum
2 cwn gula pasir (Chik Na guna 1 1/2 cawan je)
1 paket mauripan
2 cwn nasi
3 cwn air
1/2 bj kelapa parut putih + gaul ngan sdkt garam

Cara:
- masukkan semua bhn di atas kecuali nasi dan air ke dlm bekas, gaul rata dan ketepikan sebentar. Kelapa tu utk tabur atas yer pada yg berminat. Anak2 chik la tak suka kelapa so chik la tak sediakan kelapa itu.
- kisar nasi dengan air sehingga betul2 hancur
- masukkan campuran kisaran nasi dan air ke dlm bekas tepung tadi, sebatikan
- perap adunan selama minuman 1/2 jam , chik la perap dekat 2 jam
- tutup bekas adunan dengan kain bersih.
- panaskan periuk kukus.  Sapukan sdkt minyak pada acuan lompang 
- kukus acuan ini dahulu utk 3-5min, supaya acuan jadi panas betul dan mudah utk keluarkan kuih nanti.
- masukkan bancuhan separas acuan.
- pada yg nak warna warni boleh la bahagikan adunan tersebut kepada beberapa bahagian ikut berapa warna yg nak buat.
- kukus 10-15 min, api sederhana.

Bila ditanya Faiz, sedap ke tidak apam Chik Na buat dia cakap " Mama buat lagi sedap dari kat pasar malam " :D. Anak-anak Chik ni memang suka puji Chik Na kalu Chik Na masak sesuatu yang baru..hik hik hik

5 comments:

Hamizah said...

wah!semakin bersemangatlah mama ye..
anak2 sy tak suka pula apam..frust bila kita wat x yang nak makan..

azi said...

best & senang kan?...sekarang ni kalau ada nasi lebih dah tau nak buat ape...hehe

kasihredha said...

akak tengok semua dah cuba buat apam guna nasi,
akak pun teringin nak buat...tp x tahu bila.

Teratak Hami said...

saya ni penggemar apam buatan sendiri... mesti try ni!!! Thanks for sharing

noorsafone said...

salam cik Na...sedap nampak apam tu...bahan2 pun senang nk dpt...salam perkenalan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates