Ads 468x60px

Labels

Friday, August 21, 2009

- Laksa Kelantan

Dua tiga hari lepas, Faiz mintak nak makan laksa yg selalu mama tuk buat, tak mau makan laksam yg selalu dibeli. "Faiz nak laksa yg bulat bulat macam mee tu la .. bukan yg leper ni". Memang la boleh beli laksa segera tu & buat kuahnya tapi K.Mas tak suka laksa yg licin mcm plastik tu sebab dah terbiasa makan laksa "fresh". Kat KB laksa beras yg fresh ni boleh beli di pasar bulat Siti Khadijah tu.

Sebenarnya K.Mas pernah nampak bonda in law buat sendiri laksa ni ..macam senang je. So terlintas nak buat laksa sendiri memandangkan acuannya tu dah lama beli kat KB. So hari ni tepon mak and tanya can ne nak buat laksa tu. Alhamdulillah setelah dua kali tepon, jadi jugak laksa tu walaupun laksa tu putus putus. Mak cakap takpe for first timer putus putus tu ..asalkan dah tau can ne nak buat and nanti slowly dapat improve cara buatnya. bila selalu praktis. So happy sebab dah pandai buat laksa sendiri :). Faiz pun puji, laksa mama hari sedap sgt... Dia makan sampai 2 x tambah. Hmm puas hati rasanya dapat melayan kemahuan anak anak.


Ni la rupa laksa setelah masak :)




Ni plak acuan laksa yg dah dibeli lama dulu. Acuan ni boleh gak buat keotew, mee, muruku dll

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates