Walaupun agak manis tapi sedap & crunchy.
Resipi Chocolate Chip (Resipi ihsan dari Myresipi.com)
Bahan-bahan ( 50 biji +- )
1 cwn tepung gandum
3/4 sk baking soda
1/4 sk garam
1/2 cawan butter/marjerin(dicairkan)
1/2 cwn gula perang (SILA RUJUK NOTA DI BAWAH CARA2)
1/3 cwn gula halus
1/2 sk esen vanila
1 cwn choc chip
Cara-cara
- Campurkan tepung, baking soda dan garam ke dlm mangkuk. (saya ayakkan terus).Panaskan oven pada suhu 150'C
- Dlm mangkuk lain, pukul marjerin, gula perang, gula halus dan esen vanila sampai sebati (kelajuan sederhana).
- Masukkan campuran tepung+baking soda+garam tadi dan kacau sampai sebati. Lepas tu, masukkan choc chip dan kacau lagi sampai sebati.
- Lepas tu,letakkan 1 sk adunan ke atas baking sheet. Pastikan jarak antara doh lebih kurang 1.5-2 inci.
- Bakar dalam oven dlm 18-20 minit sampai warna golden brown.
- Lepas bakar, biarkan cookies atas baking sheet tu dlm 3 minit. Then, transfer ke wire racks. simpan dalam bekas kedap udara.
NOTE: Cookies ni mungkin TERLALU manis bagi sesetengah orang. Kalau nak kurangkan manis, guna hanya 1/4 atau 1/3 cwn gula perang (bergantung kepada citarasa masing2).
No comments:
Post a Comment