Sepanjang 3 malam di kampung boleh dikatakan hujan sepanjang hari.. bukan hujan renyai renyai tapi hujan yg agak lebat. Sampai banjir belakang rumah mak sebab air tak boleh mengalir ke sungai belakang rumah disebab tebing dari projek mendalamkan sungai dah tinggi.
First day kata kampung, Chik Na ajak En Zaidi p shopping kain baju raya kat Alamoda Sungai Petani. Kata adik adik Chik Na di KB, tahun ni tema raya warna pink. Walaupun baju yg plan nak pakai raya dah siap, and colornya oren maka Chik Na terpaksa la beli lain yg ikut tema pulak. Cari punya cari beli sepasang Italian Silk bertanahkan warna kelabu tapi bunga bunga warna pink. Jalan jalan di deretan kedai di Bandar Baru Sg Petani, En Zaidi beli baju ala ala baju melayu utk dipakai di Damascus masa raya nanti. Lepas tu singgah di Ariani Sg. Petani beli tudung yg sepadan ngan baju raya :). Tak lupa 2,3 helai kain batik buat mak and adik ipar. Disebabkan di Alamoda tak de Chinesse Silk, singgah di Nagoya Sg. Petani beli Chinnesse Silk utk baju raya Sufia...warna pink jugak.
Malamnya berpuka puasa ramai ramai, kebetulan abang En. Zaidi dan anak pun berada di kampung sempena cuti sekolah. Walaupun lauknya simple je tapi seronok. Kueh lak mak masak cucur udang dan goreng cempedak yg dibeli En. Zaidi di pekan Tikam Batu semasa otw balik dari Sg. Petani. Dlm keseronokan berbuka puasa tiba tiba elektrik terpadam. Nasib baik budak budak dah abis makan, kalu tak mesti kelam kabut. Memandangkan tiada elektrik malam tu kami tidur awal.
2nd day, kami ke rumah kakak ipar yg tinggal berdekatan. Rumahnya pun dimasuki hujan bahagian dapur disebabkan hujan yg tak henti henti. Ari ni Chik Na belajar ngan Mak macam mana nak buat kueh lompang or kasuwi. Senang rupanya buat kueh ni. Terkenang masa di ITM dulu, makcik jual kueh kasuwi and nasi lemak. Biasa bila dgr suara makcik ni, automatic bgn dari tido sbb nak kejar nasi lemak/karipap/nasik lemak.... "Nasi lemak, karipap, kasuwi .....". Lauk utama berbuka ikan keli bakar air asam, kerabu taugeh, ikan goreng dll.
Haa semasa di kampung En. Zaidi, Chik Na diperkenalkan dengan sejenis buah buahan yg seumur hidup Chik Na tak pernah tengok dan makan buah tu. Namanya buah "jentik". Korang pernah rasa tak buah ni??? Ni la rupa buah jentik...
Maybe dipanggil buak "jentik" sebab bila nak makan isi buah ni kita kena jentik dulu kulitnya, baru dapat isinya. Buahnya macam rupa buah rambai tapi kecik kecik je dalam 1 - 1.5 cm je diameternya. Isi kat dalam macam buah rambai tapi warna merah. Rasanya masam masam manis.
3rd day kami bertolak dari kampung dalam kul 2 ptg. Memandangkan anak anak nak makan sandwich tuna lagi kami singgah di R&R Simpang Pulai. Sampai rumah dah kul 9 mlm.
No comments:
Post a Comment