Ads 468x60px

Labels

Wednesday, September 2, 2009

- 9th Anniversary

Semalam En. Zaidi & Chik Na meraikan ulangtahun perkahwinan yg ke-9. Al hamdulillah sepanjang 9 tahun berkahwin, seingat Chik Na tak pernah kami bergaduh besar, bergaduh kecik kecik tu biasa la dalam melayari rumahtangga. Maybe disebabkan kami selalu berjauhan, menyebabkan kami jarang sangat bergaduh, rindu rinduan yang lebih banyak :). Kalu gaduh pun thru sms je. Semenjak Sufia dilahirkan En.Zaidi dah permanently menukar kerjaya ke freelance Telecommunication Engineer di luar negara. Kadang terpikir bagus gak dok berjauhan ni sbb boleh selalu cakap "I love U" and "I miss U" sebab kalu tiap tiap hari jumpa mesti tak selalu cakap macam tu...maybe "I love U' tu sekali sekali je..tambah tambah bila usia perkahwinan dah menjangkau lebih 5 tahun. Tapi ade gak yg tak bagusnya dok jauh jauh ni sbb segala urusan rumahtangga, anak- anak & kekeluargaan Chik Na kena buat sendiri. Kadang terasa janggal bila terpaksa pergi kenduri kendara keluarga ngan anak anak je especially yg melibatkan keluarga belah En. Zaidi. Tapi terpaksa la Chik Na berkorban demi untuk kesenangan akan datang dan masa depan anak anak.

To celebrate 9th anniversary, kami kuar berbuka puasa kat luar..tak jauh pun sbb nak balik cepat. Kat KRR di Jusco Equine Park. Kebetulan En. Zaidi nak beli seluar baru. Tahun ni Chik Na tak beli apa-apa hadiah pun kat Chik Zaidi, tapi Chik Na bertuah sebab Chik Na dapat hadiah netbook, gantikan notebook Chik Na yg dah uzur and banyak problem. Sebenarnya dah byk kali En. Zaidi nak beli yg baru tapi Chik Na yg tak mahu sebab sayang lagi kat notebook yg dah uzur tu. So last week masa pergi Alamanda yg kebetulan lak ade pameran IT kat ruang legar, Chik Na saje je tengok tengok netbook tu. Tiba tiba En. Zaidi offer nak beli netbook tu. Apalagi terus je Chik Na setuju le .... :). Kiranya dapat hadiah anniversary advanced seminggu la. Yang paling Chik Na suka pasal netbook ni sebab ia ade card reader so bertambah senang la Chik Na nak upload gambar kat blog or facebook nanti.Masukkan je memory card digital camera, dah leh upload gambar.

Ni la rupa netbook S10 Chik Na tu.

Terima kasih banyak banyak Chik Na ucapkan kepada En. Zaidi tersayang.

2 comments:

OneSimpleMother said...

hepi 9th anniversary to kak ina and abe zaidi. smoga ikatan ini kekal hingga ke akhir hayat.. :)

Chik Na said...

Tq Cik Mas .. Aminnnnn

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates