Semalam selepas Chik Na post entry pasal hamper, En. Zaidi call beritahu sebenarnya dia baru dapat tahu dari bos dia yang opis they all cuti selama seminggu sempena Aidil Fitri ... Tensen Chik Na mendengar perkhabaran tu, sebab sebelum ni En. Zaidi cakap dia hanya dapat cuti 2 hari je untuk Aidil Fitri kali ni. En. Zaidi cakap kerana terlalu short notice, nak cari tiket nak balik Msia pun dah fully book. Hati Chik Na menangis meronta ronta, kalu they all bagitau awal awal, dah tentu kami sekeluarga dapat beraya bersama sama. Dalam sedih, Chik Na continue jugak pack baju-baju dan kueh mueh untuk balik Kota Bharu... tapi dalam hati still tak puas hati dengan perkhabaran dari cik abg Chik Na tu..
Pagi tadi kami bertolak ke Kota Bharu pukul 6 pagi.. ikut plan 4 pagi, tapi adik Chik Na, Ayah Ri agak penat so tido terbabas sampai 4.30 pagi. Nasib baik sampai tol Gombak tak jammed tapi kete agak banyak jugak di jalanan. Sepanjang perjalanan ader la jammed di a few tempat disebabkan accident dan mungkin disebabkan kete slow kat depan. Anak -anak Chik Na membebel la jugak sebab lambat sampai. Sufia silap pesan lain kali kita tak yah balik dengan kete, naik aeroplane je. anyak la songel anak anak chik Na..So After 10 jam diperjalanan kami selamat sampai di rumah bonda Chik Na.
No comments:
Post a Comment