Ads 468x60px

Labels

Wednesday, September 30, 2009

- Cuti Cuti Tok Bali at Sudara Beach Resort

Sebenarnya dah a few days ago Chik Na upload gambar pasal cuti cuti Tok Bali nih tapi malas nak menaip...still lagi kepenatan travel selama 10 jam dari Kota Bharu pada hari Sabtu yg lepas. Juga kepenatan menguruskan rumah dan kain baju yang melambak sejak balik dari bercuti raya.

Masa raya ke-5 dan ke-6, keluarga Chik Na pergi bermalam dan rilex rilex kat Sudara Beach Resort, Tok Bali. Tak jauh pun dari rumah keluarga Chik Na di Kota Bharu, dalam 45 min drive je. Saje je cuti-cuti masa time raya sebab nak kumpulkan semua adik beradik.. tu pun adik Chik Na yang ke-5 tak dapat ikut sebab dia ada family day kat P.Langkawi. Kami pilih tempat yg dekat sebab tak mau keletihan memandu ke destinasi untuk bercuti.

Kami menginap di "connected" chalet no. 123 dan 124. Chalet kami berdekatan ngan swimming pool (senang nak memantau anak anak mandi pool) dan dari beranda chalet leh nampai pantai.

Check in je kat chalet anak anak terus cbuk mandi swimming pool.. dah abis mandi swimming depa p mandi kat pantai lak... apalagi after that wajah anak anak pun bertukar gelap.


Dalam kul 6 ptg, kami buat barbeku kat tepi pantai. Dalam sibuk dok panggang sotong , ikan, ayam dll tiba tiba hujaaaaan plak..nasib baik rintik rintik je. Kami continue panggang makanan then bawa balik makan kat chalet. Malam tu semua orang tido awal sebab kepenatan mandi pool dan mandi laut.


Pantai kat sini cantik dan bersih. Lagipun private beach so orang tak ramai laa.


Aksi aksi di swimming pool.


Gambar gambar sekitar chalet.

1 comment:

alyyani said...

best nye tgk gmbr kat beach tu. da agak mesti private beach sebab mmg nmpk biru je air dia. budak2 syok la bila dpt berendam kan?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates