Ads 468x60px

Labels

Sunday, September 13, 2009

- Majlis Berbuka Puasa LP 8

Hari ini penduduk perumahan kami, LP 8 sekali lagi menganjurkan majlis berbuka puasa bagi mengeratkan lagi silaturarahim sesama penduduk yg diadakan di hadapan surau baru Taman LP 8. Majlis ni bukan sahaja untuk penduduk beragama Islam tetapi untuk semua kaum... Kita kan 1 Malaysia so apa salahnya bangsa lain join sama...tetapi semalam yang ade cuma a few Chinesse yg hadir, maybe yang lain agak segan untuk menghadiri majlis yg mungkin bagi mereka berkaitan keagamaan. Yelah diantara aturcara majlis adalah tazkirah sebelum berbuka puasa dan sholat maghrib beramai ramai. Selalunya bila majlis rumah terbuka samada Hari Raya atau Chinesse New Year atau Hari Deepavali semua bangsa akan sama sama menghadiri majlis yang dianjurkan.

Majlis berbuka puasa tahun ni dianjurkan dengan kerjasama Bank Islam. Di sebelah pagi para penduduk telah bergotong royong memasak nasi Bukhari, daging rendang, ayam masak merah dan gulai dalca. Kueh mueh, air dan buah buahan disediakan secara "potluck" oleh penduduk. Jalan yang bernombor genap perlu menyediakan kueh mueh, jalan bernombor ganjil sediakan buah buahan dan air muinuman. Jalan rumah Chik Na pula 8/4, so Chik Na pun buat la kueh "onde-onde". Tu nama panggilan bagi org Kelantan macam Chik Na ni tapi nama commercialnya "Buah Melaka" kalau tak silap Chik Na. Mulanya Chik Na ingat jalan Chik Na sepatutnya beli buah, sebelum kluar beli buah, nasib baik Chik Na baca sekali lagi memo yg dihantar... rupanya kena sediakan kueh. Memandangkan masa tu dah pukul 4 ptg, kueh onde onde je lah yg rasanya cepat untuk dibuat.

Ni la rupa onde-onde yang Chik na buat. Chik Na guna 1 paket kecik tepung beras pulut. Dapat la dlm 400 biji..penat jugaklah berdiri masa buat kueh ni.



Ni pulak anak dara Chik Na, Sufia yang berumur 5 tahun yang dah kepenatan menunggu berbuka puasa setelah berpuasa seharian. Masa gambar diambil dah dlm pukul 7 ptg, tu yang melepek tak larat. Al hamdulillah setakat ni baru 3 hari Sufia tinggal puasa.
Anak anak jiran Chik Na

Ni pun anak jiran Chik Na gak


Lupa lak nak ambil gambar makanan yg dihidangkan dan majlis berbuka puasa, al maklumlah sibuk nak berbuka puasa :)





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates