Ads 468x60px

Labels

Thursday, September 3, 2009

- Dah Terasa Sedih

Hari ini Chik Na dah terasa a bit sedih sebabnya En. Zaidi akan balik bekerja ke Damascus pada awal pagi Sabtu ni. Tahun ni pertama kali setelah 9 tahun berkahwin kami tak beraya Hari Raya Aidil Fitri bersama.... Walaupun dah biasa tak beraya Hari Raya Haji tapi tak dapat beraya puasa bersama terasa amat sedih sekali. Sebenarnya En. Zaidi ajak juga kami sekeluarga beraya di Damascus tapi Chik Na rasa macam tak berbaloi nak bayar tiket flight dlm 11K hanya nak pergi sana dalam seminggu... dan lagi satu sekarang ni tgh musim H1N1. Kalau balik dari Damascus anak anak sakit, tak ke haru Chik Na nanti. Lagipun tahun ni Chik Na berazam nak menambahkan tabungan dan melebihkan investment utk masa depan. Sedih sedih jugak tapi kehidupan harus di teruskan jugak kan!!!!

Semalam, hari yang ditunggu tunggu oleh anak pompuan Chik Na sebabnya dia ader kelas lukisan ngan EGM Studio. Semalam dia lukis bunga kebangsaan. Sejak dia joint art class kat sekolah tadika Q-deesnya, Sufia dah makin rajin mewarna. Sebenarnya dia memang suka melukis & mewarna. Masa Sufia umur 4 tahun kat Tadika An Nur dia pernah dapat no 1 dlm pertandingan mewarna sekolah dia. Masa pengetua sekolah umum nama Sufia sebagai pemenang tempat pertama, macam tak percaya Chik Na dibuatnya :).

Bunga raya yg dilukis anak dara Cik Na

Ni pula lukisan minggu lepas, tajuknya sand art sebabnya gambar yg dilukis di tabur dengan pasir warna warni.


Petang ni Chik Na nak masak simple je..sebab ade faktor x yang bernama "malas" :). Plan nak masak Mint spagetti seafood. Rupanya lebih kurang Mint Spagetti Chicken macam yg pernah Chik Na masak dalam gambar bawah ni, kueh lak - cekodok pisang sebab nak habiskan pisang yg masih banyak (weekend ni kat fly back to Chik Na punya rumah bonda kat KB lak) and buat air sirap bandung cincau. Lastly, Chik Na ucapkan Selamat Berbuka Puasa.


1 comment:

akak_bieza said...

Pandainya anak Cik Na melukis..memang berbakat

spagetti pun spagetti lah Cik Na..janji masuk perot hancor gak

Terima kasih jadi follower Cik Bie

Selamat Berbuka

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates