Ads 468x60px

Labels

Wednesday, September 9, 2009

- Terlewat Bangun

Pagi ni lepas anak anak sudah makan sahur, Chik Na decide nak tido kejap memandangkan tak yah sembahyang subuh. Niat nak tido kejap jadi kelam kabut sebab terbangun lambat. Sedar sedar dah 7.20 am, kelam kabut kejutkan faiz bangun dan mandikan dia. Dalam cbuk nak pakaikan baju sekolah KAFA, van sekolah Faiz dah sampai.. tgk jam baru 7.40am, cepat plak van datang ari ni, selalunya between 7.50 - 7.55 baru datang. Agaknya disebabkan minggu ni budak sekolah rendah tak sekolah (direhatkan sebab UPSR) maka van datang awal sket. Nak tak nak Chik terpaksa suruh drebar van tinggalkan Faiz, maka terpaksa la Chik Na hantar sendiri Faiz ari ni. Kalau nak hantar Faiz kena kejutkan Sufia awal. Lagi sekali kelam kabut, Chik Na mandi dulu kemudian kejutkan Sufia lak. Sufia ni kadang bukannya senang nak bangun..nasib baik hari ni mood dia ok. Dia terus bangun and mandi, pakaikan baju, sikatkan rambut panjang mengurai Sufia then hantar they all p sekolah. Sampai sekolah Faiz dah kul 8.15am...lewat la jawabnya. Kemudian seperti biasa hantar Sufia ke tadika Q-dees di belakang pasar borong Selangor.

Sementara tunggu they balik sekolah, Chik Na teringat nak pilih gambar gambar digital untuk dicuci. Rasanya dah dekat setahun tak cuci gambar masukkan dalam album. Sejak kejadian PC kat rumah crash hard disk last time, Chik Na selalu make sure gambar gambar yg menarik hati dihantar kedai untuk dicuci. Masa tu ader beribu ribu gambar dalam PC yg crash tu. Gambar dari Faiz baby sampai Sufia umur 2 tahun. Nasib la En. Zaidi rajin buat back-up gambar gambar, boh dlm CD. Tapi tak semua gambar gambar tu yg ter"back-up." Masa tu sedih sangat, sebab banyak gambar gambar anak anak simpan dalam PC. Nasib setengahnya ader kat gak copy dlm notebook Chik Na & En. Zaidi dan jugak dlm simpanan adik adik Chik Na. Sampai sekarang Sufia selalu complain, nape gambar Abang Faiz masa baby banyak sangat dari gambar adik. Antara beratus gambar yg telah di pilih untuk dicuci.

Jalan jalan kat Putrajaya

Hari Raya 2008

Picnic with Mama's family in Yala, Thailand

Picnic kat Pantai Bisikan Bayu

Jalan jalan K.Trengganu

Ader lagi gambar nak kena pilih nih .. jalan jalan Bangkok, Besday Sufia 2009, Besday Faiz 2009, Sukan Sek Faiz, Majlis Anugerah Cemerlang, Sukan Sekolah Sufia, Balik kampung kedah & KB and gambar saje saje snap kat umah or outing. Waa... banyak nih .. mau beratus RM jugak nak kena bayar kat kedai gambar nih

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates