Ads 468x60px

Labels

Saturday, September 12, 2009

- Make-up baju raya

Semalam Chik Na decide nak menambah bling bling kat baju raya Chik Na and anak dara Chik Na, Sufia. Kebetulan tak banyak benda yang nak kena buat..so Chik Na pun google la fotopages member Chik Na masa kerja kat TM dulu. Azie ni dok Kulim, Chik Na memang agak rapat dengan dia masa kami anak dara dulu sebab satu department kat Global Business kat opis Bukit Damansara dulu. Lepas kahwin, Azie bertukar ke Penang, ikut hubby dia yang kerja ngan Intel . Walaupun dah pindah silaturrahim yang terjalin tetap terjalin walaupun sekarang ni Chik Na dah tak kerja ngan TM lagi :).

Azie memang aktif mengambil upah jahit manik .. tak macam Chik Na, sejak bibik Chik Na berenti kerja Chik Na dah tak mengambil upah jahit manik sebab dah takde masa nak concentrate jahit manik. Urusan kerja rumah & anak-anak tak terhandle Chik Na dibuatnya. Dari fotopages Azie, Chik Na dah dapat idea nak jahit manik. Chik Na pun mula la menggeledah la barang-barang jahitan manik Chik Na, pilih manik mana yang sesuai untuk baju Sufia and Chik Na. Setelah dekat sehari, siap la jahitan manik kat lengan baju Sufia & Chik Na



Yang ni baru kurung Sufia. Sebenarnya yang ni namanya "manik beriringan selapis" tetapi digunakan manik mutiara yang berlainan saiz.. hasilnya agak comel. Bila dijahit di hujung tangan, nampak macam pakai gelang mutiara :).


Yang ni plak dijahit di hujung tangan baju kurung Chik Na. Baju ni sepatutnya baju raya pertama Chik Na tapi disebabkan tema baju raya kat KB tahun ni warna pink so baju ni jadi baju raya hari kedua la nampaknya.

3 comments:

alyyani said...

selalu alya beli baju dah ready ade manik2 tu. tak pnh anta tempah kemudian. lgpun tak bape nak kisah ade manik ke tak. tp tgk gmbr2 tu cam best je. may be bole try gak ni. tap tahun ni tak sempat dah la kan?

ArissaPutri... Moment in My Life said...

Alya,

kalu nak belajar jahit manik leh la datang rumah K.Mas nanti

azi said...

wah.....bestnya namaku disebut2 dlm blog hang...hehhe...tu yg pattern yg paling glamor aku jait tahun nih...cantik dan cepat siap....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates