Ads 468x60px

Labels

Wednesday, April 18, 2012

- Our dinner last night

Assalamualaikum..wth,

Semalam Chik Na buat Lamb Chop untuk dinner. Sufia suka sangat makan lamb chop, asyik ajak makan lamb chop je... mau kempis purse mamanya kalau asyik nak makan lamb chop aje. Sekali makan satu hidangan dah dua tiga puluh hinggit. Bila buat sendiri, costnya cuma lebih kurang RM 25. Boleh makan 3 beranak... jimat banyak duit mama :-).

Maka semalam Chik Na merajinkan diri untuk buat sendiri lamb chop kesukaan anak-anak, kebetulan pulak dah ada muffin jagung yg dah buat sehari sebelumnya :-)

Resipi Lamb Chop
Sufia cakap lepas ni tak payah makan kat kedai..mama buat lg sedap... "pandai anak mama bodek yer"
Cara buat lamb chop.

Tumis bawang putih dengan olive oil kemudian ditumbuk bersama 1 sudu teh daun rosemary kering dan 1 sudu teh lada hitam.Kemudian dicampurr bersama 2 sudu besar sos tiram, 1 sudu teh gula perang, 1 sudu teh garam, 2 sudu teh kicap.Kemudian lumur bahan tadi pada kepingan daging biri-biri semalaman.  1/2 jam sebelum makan boleh la digrill dalam oven.

Untuk sosnya:

Tumis  2,3 ulas bawang putih dengan 2 sudu besar butter. Kemudian masukkan cendawan. Bila cendawan dah agak layu masukkan tepung gandum. Masukkan lebihan minyak dari daging yg digrill tadi dan gaul rata Kemudian masukkan air mengikut kelikatan yg anda suka. Tutup api dan tuang diatas daging biri-biri yg telag digrill.


Faiz cakap rasanya macam coleslaw KFC
Homemade Coleslaw

Bahan A:
1/2 kg kubis
1/2 cawan carrot

Bahan B

1 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
3 sudu besar mayonis
1 sudu teh garam
1 sudu besar cuka ( Chik Na guna apple cider)

Caranya:-


  1. Potong halus bahan A dan gaul rata.Gaul bahan B sehingga sebati dalam tupperware bertutup (pastikan boleh muat bahan A)
  2. Kemudian masukkan 1/2 bahan A dalam tupperware kemudian disimpan dalam peti sejuk selama 3-4 jam atau sehingga nampak berair.
  3. Bila hendak makan, campurkan separuh lagi bahan A dan gaul rata.
  4. Kemudian bolehlah dihidang berama lamb chop tadi.

Muffin jagung ala kenny rogers....

Muffin Jagung ala Kenny Rogers

Bahan-bahannya:

1/2 cawan butter
1/4 cawan honey
2/3 cawan gula castor
2 biji telur
1/2 tsp garam
1 1/2 cawan tepung gandum*
3/4 cawan cornmeal
1/2 tsp baking powder*
1/2  cawan susu segar
3/4 cawan jagung beku

*diayak bersama

Cara:-

  1. Preheat oven pada suhu 180 darjah
  2. Mix butter, madu, gula, telur n garam sehingga sebati di dlm mangkuk besar
  3. Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder dan cornmeal berselalng seli dengan susu, hanya kaup balik balik menggunakan spatula
  4. Masukkan jagung beku dan kaup balik hingga rata
  5. Kemudian masukkan dalam cawan muffin dan bakar selama 20-25 minit




12 comments:

Mummy Chubby said...

lapar tgk menu chik na nih...huhuhuuu

kakcik said...

Rajinnya Chik Na. Mesti puas hati anak2 dapat makan makanan yang dimasak dengan penuh kasih sayang oleh mama mereka sendiri. :)

Ibuhani said...

suka lamb chop tp skrg x leh makan dah.....bila makan akan sakit belkg tengkuk....aduihhh...ruginya!

Nieda said...

Wah , boleh buka kedai ni!

Rozita said...

Lunch time tengok menu ni sedapnya chik na.

marinahunny said...

mak ai sedapnyeeeeeee.dah la pose ni tgk cikna masak sedap hahaha

Chik Na said...

mummy chubby: bila lapar ajak laa kawan-kawan p makan..

Chik Na said...

kakcik: memang puashati bila tgk anak-anak makan dengan berselera sekali

Chik Na said...

ibuhani: sufia macam abahnya suka makan kambing/lamb

Chik Na said...

nieda: amatur lagi x boleh buka restoren..tiap kali masak, rasanya lain-lain..

Chik Na said...

rozita: saje je post dekat time lunch ;-)

Chik Na said...

marinahunny: alamak!!! akak pun belum habis ganti pose ni..plan minggu ni tapi cuti plak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates