Ads 468x60px

Labels

Tuesday, March 15, 2011

- Hembusan angin di Pantai Merdeka n Pantai Pulau Sayak

Chik Na masih lagi berada di kampung MIL di Kota Kuala Muda. Part of aktivity yang selalu kami buat bila balik kampung adalah bersiar-siar di Pantai Merdeka yang cuma mengambil masa 20 min dengan memandu santai sambil menikmati keindahan pemandangan sawah padi. Kali ni anak-anak tak bermain air di pantai cuma beriadah di playground yang disediakan. 


Pantai yang bersih
Keindahan Pantai Merdeka

Pertama kali Chik Na datang ke Pantai Merdeka ni lebih kurang 10 tahun yang lalu semasa majlis bertandang ke rumah keluarga En. Zaidi dan merupakan pertama kali Chik Na ke kampung suami :) Masa tu Chik Na dan  keluarga berpeluang  menginap di Pantai Merdeka Resort. 10 tahun yang lalu resortnya tak la secantik sekarang tetapi amat selesa dengan setiap chalet yang kami duduki mengandungi 2 bilik tidur. 

Pantai Merdeka resort
Antara kemudahan yang disediakan adalah gerai makanan dan minuman, playground untuk kanak-kanak bermain, bilik mandi dan bilik air. Ada juga "life guard" yang memantau keselamatan pengunjung pantai.
Gerai makanan yang bersih
Afa 2, 3 buah playground
Dah puas anak-anak bermain playground kami sempat meninjau expo yang berlangsung di Pantai Merdeka.

Dan seperti biasa, on the way balik, kami singgah pula di Kampung Pulau Sayak untuk membeli mee udang untuk makan malam. Kadang-kadang jika MIL mengikut kami ke Pantai Merdeka, kami akan terus makan mee udang di sini. Kampung Pulau sayak ni memang terkenal dengan mee udang besar. Terdapat dua tiga kedai menjual mee udang yang lazat nih. Saiz udangnya agak besar, lebih kurang separuh tapak tangan Chik Na ni. Normally terdapat 2 -3 ekor udang dalam setiap bungkus mee. Mee udang disini berharga RM 8 sebungkus. Mee udang ni akan disediakan/dimasak satu persatu bukannya sekaligus, so boleh dikatakan agak lambat sedikit menunggu hidangan yang disediakan tambahan lagi ketika musim cuti sekolah, hari minggu or public holiday.

Sementara menunggu mee udang siap dimasak kami mengambil kesempatan menikmati hembusan angin dari Pantai Pantai Pulau Sayak sambil minum teh ais :)
Pemandangan dari gerai mee udang
Faiz, Sufia n cousins
Anak-anak sempat mengutip cengkeram siput
Pemandangan waktu senja

5 comments:

Mrs. Simplicity said...

lepas ni aktiviti di tepi pantai kena dikurangkan la kan kak.. :)

zarin said...

kat negeri mana ni chik na? ahaha teruknya saya ni...

Chik Na said...

alyyani: mulanya kami tak mo pergi pantai tapi faiz n sufia cbuk gak ajak ke sana, kebetulan smlm hari terang benderang

zarin: Kedah..from Sg. Petani dlm setengah jam je

Cikgu Nurin said...

Chik Na..kiranya macam down to memory lane la yea..mengenang tempat dating kat Pantai merdeka tu..hi hi..tapi pantai tu cantik...

teringat pulak lagu 'cinta kita di pantai merdeka',tak ingat sapa yang nyanyi, tapi band la...

Anonymous said...

telephone service seo inc backlink service 1000 backlinks

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates