Sambungan cerita bercuti di Damascus.... After ke Muzium National Damascus kami ke Souk Al-Hamideye. Tapi disebabkan hari minggu most of the souk tutup, ada la satu dua kedai yang buka. Sebenarnya kami bukan nak ke souk tapi nak ke "The Great Mosque of Damascus" atau lebih dikenali dengan Masjid Umayyad, nak singgah solat. For info, kebanyakkan jamek atau masjid atau surau di Syria ni akan ditutup setengah jam after waktu solat cuma Masjid Umayyad di Damascus dan di Aleppo yang dibuka sepanjang masa sehingga habis waktu sembahyang isyak. So, sesiapa yang nak ke Damascus atau Syria perlu ingat sebaik kedengaran azan, cepat-cepat lah menunaikan solat walaupun nak solat jamak.
Masjid Umayyad adalah salah satu masjid yang tertua dan terbesar di dunia. Masjid ini telah mula diubahsuai pada zaman pemerintahan khalifah Al-Walid bin Abdul Malek dan siap sepenuhnya pada zaman pemerintahan khalifah Sulaiman bin Abd Al-Malek.
|
Masjid Umayyad di Damascus .. cantikkan gambar di waktu senja |
Pada hari minggu Masjid Umayyad di Damascus dipenuhi orang ramai yang akan datang melepak bersama ahli keluarga di datarannya.
|
The dome of treasury |
|
Keindahan architechure dinding mozak |
|
Terdapat makam kepala Nabi Yahya a.s yang dipancung oleh yahudi di dalam dewan sembahyang Masjid Umayyad |
|
coridor sepanjang tempat wuduk |
|
Dewan sembahyang, dalam masjid |
For info dewan sembahyang untuk perempuan tiada ruang tertutup, disediakan di bahagian belakang dewan sembahyang secara terbuka. Tiap kali Chik Na solat di jamek or masjid di Damascus semua orang akan melihat Chik Na dengan pelik sebab Chik Na menggunakan telekung sembahyang sedangkan mereka hanya menggunakan tudung dan jubah harian mereka serta berstoking sahaja. Try gak nak solat pakai jubah di khalayak ramai cam tu tapi rasa tak selesa sbb tak biasa :). Tu yang Chik Na seronok bila travel di negara orang, dapat mengenali budaya dan cara hidup bangsa lain.
|
Masjid Umayyad di waktu malam ... menenangkan.... |
p/s: Tengah siap-siap nak balik kampung Kedah, so doakan kami selamat di perjalanan yer !!! Happy holiday kepada sesiapa yang berholiday sempena cuti sekolah ni.
13 comments:
assalamualaikum chikna,
terima kasih si=nggah blog saya. sy pun suka jahit manik sptmana minat saya mengait tp tak pandai sgt. asyik x sama je manik tu. huhuu knp chikna dh tak jahit manik lg skrg?
Selamat Bercuti CikNa ...
Saya berharap kita boleh berkawan di alam siber ini :-)
Selamat Chik Na...bestnya Kedah....suka tengok sawah padi kat sana...
*post entri gambar sawah padi boleh?*:)
cantiknya masjid2 tu..
sukanya tengok gambar pertama & terakhir tu...cantiknya :)
cantik senibina masjid kat sana. seronok ya chik na..pengalaman berharga di bumi orang..dapat solat kat sana, saya kira satu pengalaman cukup manis kan..:)
selamat bercuti kat kampung, singgah lah penang chik na...:)
wahh teruja tgk architecture kat sana.. yg waktu malam tu best:)
cantinmya cikna...
salam perkenalan
rose disini, rose n family cdng nk ke syiria sdikit masa lagi...bestnyer.anyway,rose follow n link.jemputla ke fizarose
marinahunny: dulu ada maid boleh con centrate jahit, bila dah takde maid tak terkejar kejar rumah n jadi drebar anak-anak sekolah tapi still layan jugak permintaan kawan-kawan rapat
Teratak Hami: Chik na pun seronok dapat jadi TM kawan siber :)
Cikgu Nurin: now ni kat area rumah MIL sawah padi baru dituai so scenarynya tak berapa cantik
Hamizah: Chik Na suka bila dapat peluang melawat masjid-masjid di zaman kegemilangan islam .. architurenya memang mengkagumkan
kasihredha: chik na pun suka gambar-gambar tu
siti: otw balik kampung kami saja je naik jambatan Penang dan balik semula ke bagan naik feri
maya amir: :D
etiey erywan: senibina lama memang mengkagumkan
rose@ila: chik na dah follow kembali
Post a Comment