Ads 468x60px

Labels

Thursday, January 28, 2010

Cuti cuti syria : Bosra

Hari kedua Chik Na di Damascus, pagi pagi lagi Chik Na dah bangun sebab pagi tu En.Zaidi nak bawa Chik Na pergi jalan-jalan ke citadel di Bosra. Kami bertolak ke Bosra dalam pukul 7 pagi ditemani oleh 4 org student malaysia yang belajar di Syria menaiki sebuah van yang disewa berserta pemandu.  Dua dari mereka memang selalunya jadi tourist guide bila ade org Malaysia nak jalan-jalan di tempat tempat bersejarah di Syria.

On the way p Bosra

Bosra ni 140km ke selatan Damascus. So perjalanan ke sana mengambil masa dalam 2 jam. Bandar Bosra ni adalah salah satu UNESCO World  Heritage Site untuk area middle east. tempat pertama yang dituju setelah sampai ke Bosra adalah "The Theater of Bosra".

Luar amphitheater " The Theater of Bosra" dan pintu gerbang ke runtuhan roman di Bosra

Bahagian dalam amphitheater yang dipanggil juga colliseum
Lagi bahagian runtuhan amphitheater.

Mula dibina pada zaman kerajaan Byzantine, kemudian diubahsuai lagi pada masa kerajaan Rome dan kemudian di ambil alih pulak oleh kerajaan Abassiyah di zaman kegemilangan Islam. Bila tengok runtuhan amphitheater ni teringat cerita Gladiator dan sewaktu dengannya dimana para pahlawan menunjukkan kekuatan mereka.Amphitheater ni juga digunakan untuk membuat persembahan.dan boleh memuatkan around 20 ribu orang pada satu-satu masa. Sesiapa yang membuat pertunjukkan yang tidak disukai oleh penonton akan dihukum pantung di situ juga.


Stage "The theater of Bosra". Bangunan di dalam gambar tersebut dikatakan bahagian VIP atau kerabat diraja

Tuan blog pun nak bergambar gak kat "The Theater of Bosra"

Amphitheater ni panjangnya 48m dan dalamnya 8 meter. Yang Chik Na kagum pasal binaan amphitheater ni sebab sesiapa yang bercakap di bahagian stage dibawah tu boleh kedengaran suaranya hingga ke bahagian atas...(kata org tak yah pakai mic...) dan blok batu batu binaan dipotong menggunakan titisan air. Bayangkan berapa lama theater ini dapat disiapkan. Semasa kami di amphitheater nih ramai gak group pelancong asing seperti Jepun dan Amerika Latin.

lagi gambar sekitar bahagian dalam aphitheater. Batu yg nampak pelik tu adalah batu kisar, maybe depa buat kisar gandum kut...

Selepas tu kami berjalan ke empangan air yang memang jugak dibina pada zaman kerajaan Rome. On the way ke empangan tu ader la gerai-gerai penduduk tempatan menjual pelbagai souvenir. Kami beli satu painting kat kedai artist tempatan. Besar lukisan dalam 2.5 x 1.5 kaki jr . baru teringat Chik Na belum p hantar kedai untuk di"frame"kan. Harganya tak mahal dalam dalam RM 40 je.


Ni plak empangan air yang Chik Na kata tu. Kata student yang bawa Chik Na dan suami, masa 1st time dia datang ke Bosra 3,4 tahun dulu empangan tu airnya still jernih, budak-budak still lagi berenang-renang dalam tu tapi semasa Chik Na pergi tu, airnya macam dah berlumpur dan hijau je. Besar empangan ini adalah 120 x 150m dan dikatakan empangan yang terbesar pernah dibina pada zaman kerajaan Rom.



After melawat Empangan air kami ke runtuhan roman "The Triangular Square" pulak. Semua tempat ni jarak dekat je... boleh berjalan kaki.

The Triangular Square  adalah runtuhan kota yang mengandungi beberapa tempat bersejarah seperti Pintu Gerbang yg dikenali Bab al Hawa, Roman Hammam, Masjid omar (one of the oldest surviving mosque), the Cathedral of Bosra, The Mameluke baths, Jamek Saiyiditina Fatimah, dan Masjid Al Mabrak

Semasa di runtuhan kota kerajaan Rom ni banyak cerita mengenai sirah nabi muhammad s.a.w yang diceritakan kepada Chik Na. Untuk pengetahuan, Nabi Muhammad s.a.w  pernah data berniaga bersama bapa saudaranya semasa kecilnya.

The Cradle of king's daughter. Cerita disebalik runtuhan ni: kononnya ade seorang tukang sihir telah meramal bahawa seorang puteri raja akan mati disengat serangga berbisa. Maka dia telah dikurung di sebuah menara yang tinggi bagai mengelak dari gigitan serangga berbisa. Dia hanya diberi makan buah-buahan, walaupun bagaimanapun akhirnya dia mati juga digigit serangga berbisa yang terdapat dalam buah anggur yang dimakannya.
Di gereja inilah seorang paderi yang bernama Bahira ternampak Nabi Muhammad s.a.w dan bapa saudaranya yang datang berniaga ke Bosra. Semasa bapa saudara Nabi datang berjumpa dengannya, dia dapat melihat dengan jelas sifat sifat kenabian pada Nabi Muhammad s.a.w seperti yang dinyatakan dalam kitab Injil lalu dia menyuruh bapa saudara nabi membawa balik nabi Muhammad s.a.w dengan segera kerana dia bimbang Nabi Muhammad s.a.w akan dibunuh oleh orang-orang Yahudi.

Jamek saiditina Fatimah

Di dalam masjid Al-Mabrak ini dikatakan mempunyai bekas tapak kaki unta Nabi Muhammad semasa beliau berhenti rehat. Di sebelah dalam masjid ini ade ruangan sekolah dimana para ilmuan dan saintis agung islam bernah belajar di sini. Sekolah ini dikatakan dianatara yang terawal di Syria.

Itulah diantara tempat bersejarah yang Chik Na lawati di Bosra. Next entry Chik Na akan bercerita pasal lawatan ke Nawa pulak.

16 comments:

Hamizah said...

wah bestnya ronda2..dah lama nak tgk tempat bersejarah camni..bila la akan tercapai..

Chik Na said...

memang seronok jalan-jalan ke tempat yang berkaitan sirah para nabi ni. Masa tu la teringat pasal sirah par nabi yg pernah dibaca atau dicerita oleh ustazah atau ustaz masa kecik-kecik dulu

Nida said...

salam Chik Na..

Indahnya tinggalan sejarah di sana.. unik dan masih terpelihara

Chik Na said...

Nida: kalau tgk ngan mata kepala sendiri sebenarnya tak terpelihara sangat... kawasan sekitar a bit kotor dan tak banyak signboard yang menceritakan tentang sejarah sebenar

yus said...

bestnya gi jalan yea che na... ada buah tangan x buat yus?

zarin said...

seronoknya jenjalan kat tempat macam ni...bila lah we all akan sampai ke sini ye!

alyyani said...

banyak tempat bersejarah ye k.mas. baca entry ni mcm tgk cite jejak rasul pulak. tu cik abang k,mas ke? baru la nmpk muka.. selalu dengar nama je :)

Ibuhani said...

wah! cantiknya amphitheater tu......ada ala2 roman gitu. Kalaulah k.ani gi situ rasenya satu hr x cukup utk bergmbr.....cantikkan! Beruntung Chik Na dpt gi n syg ye tmpt mcm tu kalau tdk dipreserve ngan baik.....rugi sbb sejarah tdk akan berulang.

Nadiah Sidek said...

bestnya!

Chik Na said...

yus: lain kali akak beli yea :-)

Chik Na said...

zarin: Chik Na berpeluang pergi sana pun sebab suami kerja sana..kalau tak, tak sampai jugak Syria nih ...

Chik Na said...

Alya: he he he sebenarnya En. Zaidi memang tak mo bagi letak gambo dia tu..malu katanya..

Chik Na said...

ibuhani: sebenarnya memang banyak gambar kami berdua posing kat sana .. beratus-ratus...

Lady of Leisure said...

chikna kagum lady tgk keindahan syria...
hope dapat ke sana one day..;

eynda said...

Bertuahnyer chik na sah sampai tempat2 macam ni :-)

pak long said...

salam..
nengok gambor pun dah rasa best..apatah lagi gi sana...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates