Ads 468x60px

Labels

Tuesday, January 5, 2010

- 1st day sekolah

Dua tiga hari ni Chik Na sibuk sikit sampai tak sempat nak lawat blog kawan-kawan blogger...

Hari Jumaat:     readykan segala keperluan anak-anak nak p sekolah sambil tu buat revision sikit.

Hari Sabtu:    ade kenduri kawin adik classmate Chik Na (both suami isteri sebenarnya classmate masa buat engineering dulu) kat Shah Alam.

Hari Ahad:       hantar Ashu register kat BMI

Semalam pulak sibuk urusan persekolahan anak-anak. Sebelah paginya sibuk ngan sekolah KAFA Faiz. Nasib baik la Sufia punya orientasi week start ari ni kalau tak kelam kabut Chik Na nak uruskan anak-anak. Yang kelam kabutnya van yang hantar Faiz ke sekolah kebangsaan datang awal...kul 11.30 pagi da sampai rumah Chik Na nak ambil Faiz. Tahun lalu 12.20 tgh baru ambil Faiz. Van sekolah KAFA pulak kul 11.30am baru sampai rumah bila balik dari KAFA. Chik Na nego la ngan driver bas (agaknya sebab driver bas nih baru kerja) tu agar ambik dlm kul 12 tgh. Sebelah petang ke SK SS1 Bandar Kinrara untuk urusan yuran sekolah keb pulak.



Semasa Chik Na singgah kelas Faiz untuk bayar yuran, Faiz takde kat kelas, rupanya dia tengah berkumpul kat unit Pengawas...biasa la cikgu disiplin tengah bagi briefing kat para pengawas untuk sesi 2010. After Chik Na bayar yuran, sempat la Chik Na snap gambar Faiz dan rakan pengawas. Balik dari sekolah Faiz singgah pulak tadika Sufia ambik uniform sekolah tadikanya.

Pagi ni lak Sufia start tadika barunya..B.E.A.M ways.. tadika brand baru..sebenarnya tadika ni ownernya sama jugak ngan tadika Q-dees tahun lalu cuma dia da keluar dari Q-dees network.. so dia guna brand lain pulak...tadikanya pun pindah ke tempat baru yg lebih dekat ngan rumah Chik Na. Chik Na tak kisah Sufia  tak sekolah Q-dees sebab Chik Na yakin ngan Pn. Siti (pengetua) dan teacher-teacher yang dah berpengalaman lebih 5 tahun dalam mendidik anak-anak tadika. Lagipun bila Chik Na tengok silibus dan buku-buku BEAMways pun lebih kurang ngan silibus Q-dees gak.



Chik Na drop je Sufia kat tadika dia pagi tadi. Dia pun ok sebab kelas 6 years tu kebanyakkan memang kawan-kawan dia yang tahun lepas. Teacher pun teacher yang sama... so lansung takde masalah la.

Alhamdulillah van sekolah kebangsaan Faiz ambik dia macam tahun lepas ..at 12.20 tgh. Kelam kabut gak Chik Na tadi sebab van KAFA hantar balik da kul 11.40 am. Terus suruh Faiz mandi dan pakaikan baju sambil tu suap nasi... tunggu punya tunggu kul 12.20 baru van sekolah kebangsaan datang ambil dia...lega hati Chik Na ..kalau tak, Chik Na da plan ambik sendiri balik dari sekolah KAFA. Harapnya esok semuanya tiada masalah.

13 comments:

Mummy Eysraf said...

ala..dah skolah yer...

iNa said...

dh start sekolah kan..
ibu2 mesti sibuk uruskan anak2.... :)

Chik Na said...

Mummy Esyraf & iNa : chik na jadi sibuk sebab Faiz sekolah kebangsaan belah petang....rasanya kalau sekolah kebangsaan pagi..ok sikit kut..sebab kalu sekolah kafa petang, leh la Faiz rilex sikit...malam kalut ngaji quran lak..

Ibuhani said...

teringat jugak masa anak2 k.ani sekolah dulu. Masa yg sulung,Huda darjah 6 kak ani berhenti kerja so full time housewife jugak 4 almost 2 yrs dgn dia org.....seronok masa tu. Tp skrg ni kena kejelah.....dah sorg jer cari duit.....nak sara anak2..mana nak start decor lg....hehehe. Slmt menghntr anak2 ke sekolah n enjoy the moment while u can :)

Hamizah said...

anak dah sekolah mak pon tkejar2 la ye..

Lady of Leisure said...

amboi smartnya pakai tie...

LiAnA said...

fuh supermom.. berkejar sana sini hehe.. Q-dees ni bagus tak?? minimum umur berapa dia amik?

azi said...

mesti sambil buat kerja dan bekejar sana sini mulut pun pot pet pot pet jugak tegurkan anak2 yer....hehehe

Chik Na said...

Ibuhani: Chik Na pasti anak anak k.ani berterima kasih akan jasa k.ani membesarkan mereka..

Chik Na said...

hamizah: memang sehari dua ni akan berkejar lagi laa..

lady: murid sekarang darjah satu pun dah kena pakai tie...bukan macam dulu-dulu

Chik Na said...

Liana: Chik Na rasa Q-dees ni silibusnya agak bagus..macam smart reader gak... Sufia 5 tahun da boleh baca dan reading quite well jugak lah. Kalau tak silap biasanya tadika sekarang umur 4 tahun depa da terima...

Chik Na said...

Azi: biasa lah ibu..kalu tak pot pet pot pet tu ...macam pelik la pulak

alyyani said...

mcm ni rupenye nak uruskan anak2 sekolah nanti ye. mujur gak la k,mas housewife. senang nak urus. kalau kitorg yg keje i, sure tekocoh kocoh gak. ape pun, faiz jd poengawas ye. mesti good boy dia ni. harap faiz dgn sufia berjaya macam ibu & ayah nye juga :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates