Ads 468x60px

Labels

Monday, January 4, 2010

- UniKL - BMI

Semalam Chik Na hantar adik bongsu Chik Na p register masuk UniKL - BMI (British Malaysia Institute) kat Gombak. UniKL BMI ni exactly sebelah UIA....sebelum ni Chik Na bila pergi UIA tak perasan lak UniKL BMI ni cuma bersebelahan je ngan UIA. UniKL BMI ni tak la besar sangat almaklumlah kat sini hanya student yang ambil course yang berkenaan Electical, Electronics & Telecommunication Technology sahaja.

Ashu ambil course Bachelor of Engineering Technology in Mobile Communications.. konon-kononnya nak kerja macam abang ipar tersayang, En. Zaidi. Semasa July hari tu, Ashu di tawarkan course Electrical Engineering di UNIMAS tapi Ashu tak nak pergi sebab katanya jauh sangat. Alhamdulillah dapat pulak tempat di UniKL BMI nih. Ashu seronok dapat UniKL BMI sebab best fren dia kat UIA ..kat sebelah je.

Kami sampai sana dalam pukul 10.pagi, parking kat UniKl  BMI da penuh..so kami diarahkan parking di UIA.



Sufia sempat posing masa tengah tunggu bas kat UIA

Dari UIA, UniKL BMI sediakan bas untuk ke tempat registration. Sufia yang paling seronok naik bas...sebab  jarang sangat naik bas besar.. katanya ni kali ke-3 dia naik bas besar. 1st masa p lawatan sekolah Q-dees ke kilang coklat tahun lepas dan 2nd - masa p concert akhit tahun kat Putrajaya.




Sementara tunggu student register, parent or guardian di arahkan ke Dewan Gemilang dengar briefing berkaitan UniKL, kursus-kursus yang ditawarkan dan kemudahan yang disediakan kepada pelajar dan lain-lain.


Ramai la jugak student yang baru daftar kat sini. After registration kami pergi lunch dulu,  sebelum meninggalkan Ashu di UniKL BMI untuk minggu orientasi selama 6 hari.



Chik Na doakan agar Ashu akan berjaya dengan cemerlang nanti.

13 comments:

Hamizah said...

anak-anak saya pon asyik minta nak naik bas kena bw suatu hari..

LiAnA said...

budak-budak sekrg ni nampak bus mesti excited.. yelah tak penah naik.. cam kita dulu sampai nk termuntah asik turun naik bas keke

Nida said...

Samalah anak Nida pun gitu... pantang nampak bas "Ibu bila kita nak naik bas lagi"

p/s:Al-Fatihah buat mereka yang terkorban dalam kemalangan Bas Ekspres Sani tempoh hari

Ibuhani said...

slmt dtg ke UniKL....smoga Ashu bljr sungguh2 ye...... Gd luck :)

Lady of Leisure said...

hehe.. lady dok nampak BMI ni slalu masa study uia dulu...
:)
depan BMI tu ada gerai makan kan..
:)

alyyani said...

ADIK ALYA BARU LEPAS ABIS SPM NAK MASUK UNI KL GAK. BERIA BETUL DIA. SEBAB COURSE DIA SPESIFIK KAN. TAK UMUM MCM KAT IPTA.

Nadiah Sidek said...

ashu tu adik chik na ke?

ashu said...

x jumpa2 lg la awek2 yg berkenan dihati.. Huhu.. :)

Chik Na said...

hamizah: budak-budak kalau dapat naik bas kan main sronoknya

liana: ha ah... dulu masa jadi student ..tiap kali balik cuti kena naik bas, da mula kerja pun chik na naik bas hari hari... sampai tertido la dalam bas sementara nak sampai opis or rumah...

Chik Na said...

Nida: ntah ape yg bestnya naik bas tu kan!!!

Chik Na said...

ibuhani: tima kasih doakan Ashu

Lady:ha ah depan BMI tu ade gerai makan ..

Chik Na said...

Alya: Ha ah kat UniKL difference coursenya difference tempatnya...
Adik Alya nak ambik course ape?

Chik Na said...

Nadiah: ha ah adik bongsu Chik Na.. Ashu tu singkatan kpd perkataan Ayah Su

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates