Ads 468x60px

Labels

Wednesday, January 27, 2010

Cuti-cuti di Syria



Dah lama Chik Na nak buat entry pasal Syria ni nih tapi memandangkan line tenet kat umah Chik Na ni agak slow 4,5 hari ni maka mood nak buat N3 ni jadi M.A.L.A.S. Nak guna portable broadband, adik bongsu Chik Na pinjam bawak balik BMI last Sunday. So ari ni after hantar anak-anak ke sekolah, Chik Na call  streamyx mengadu pasal line tenet yg slow nih. Bila problem line tenet dah solve, semangat la sikit Chik Na nak buat N3 pasal cuti-cuti Syria ari tu.

Chik Na selamat sampai kat Damascus International Airpot dalam pukul 2 pm waktu tempatan, hari Sabtu, 9 Jan 2010. After cop passport dan ambik luggage, semangat betul Chik keluar dari arrival hall sebab tak sabar sabar nak jumpa suami tersayang. Cari punya cari tak nampak batang hidung En. Zaidi padahal Chik Na dah sms dia masa Chik Na memula masuk terminal. Dah cari tak nampak batang hidung dia, Chik Na pun call la En. Zaidi, (nasib baik la line hp chik na ni ade roaming facilities) rupanya dia still kat rumah lagi sebab dia tak perasan sms Chik Na. Lagipun sepatutnya flight Chik Na sampai 2.45 pm. So dia bajet dalam 3.30pm baru Chik Na akan keluar dari arrival hall. Nak tak nak terpaksa la Chik Na tunggu En. Zaidi dalam 40 minit...dah la masa tu teramat dahaga, nak beli air mineral Chik Na tak jumpa cari money changer nak tukar duit...

Ni la rupanya Damascus International Airport.

Kecik je airport Damascus ni..Dengar cerita depa tengah  buat airport baru yang di"award"kan kepada kontraktor dari Malaysia. Kat arrival hall pun ade 1 kedai + restaurant je. Betapa bangganya Chik Na bila terkenangkan KLIA...yang jauh lebih besar.

Keadaan cuaca kat Damascus agak sejuk jugak dalam 15'C. so terpaksa la Chik Na keluarkan winter coat tuk cover kesejukkan Chik Na yang tak biasa sgt nagn cuaca sejuk nih. After 40 min tunggu, maka muncullah En. Zaidi. Sampai rumah dah pun waktu maghrib. Memandangkan musim sejuk, waktu maghrib kat sini dalam pukul 4.40 pm. Isyak dalam 6.20 pm, Subuh 5.10 am, Zohor 11.40 am dan asar 2.20pm.Rumah sewa En. Zaidi ni tak sebesar mana, cuma ade 1 bilik, 1 ruang tamu, 1 toilet & 1 dapur... rumah bujang la katakan..


Gambar yang di snap sepanjang perjalanan balik ke rumah sewa hubby Chik Na. Kat sini apartmentnya nampak macam tak sudah je sebab semuanya warna simen or tanah je... dan nampak kusam.

Malam tu memandangkan En. Zaidi kata Chik Na ni tetamu dia, maka En. Zaidi masakkan feberet makanan dia kat Chik Na...spagetti bolognesse tapi kuahnya agak berair sikit... En. Zaidi kata 3 hari je dia nak layan Chik Na as tetamu...after 3 hari nanti Chik na punya turn la pulak masak...

Sedap gak spagetti En.Zaidi ni...ha ha ha ..kalau Chik Na tak puji sapa lagi nak puji kan :-). Malam tu Chik Na tido awal, kepenatan mengharungi waktu travel yg panjang.


16 comments:

zarin said...

wah! bagus jugak layanan tuan rumah tu ye! hihi..sesekali makan masakn suami pun best jugak ye!

Chik Na said...

zarin: masak spagetti je suami chik na expert he he he...alamak..ade lagi satu, nasi goreng dia pun sedap gak

iNa said...

chik na..
seronoknya jln2 syria....
bile la ina dpt pegi plak... :)

Chik Na said...

ina: insyaalah kalau diizikanNya, sampai la Ina ke sana ;-)

Nadiah Sidek said...

wah..best la dilayan macam tuan puteri ;)

Chik Na said...

Nadiah: jadi tuan puteri tuk 3 hari je ;-)

Lady of Leisure said...

syoknya syria.. teringin nak honeymoon ke sana..
:)

NURUL IZZA said...

chik na, kalau suhu 15 C tu..sini dh panas dah..org 2 sini dh keluar siap pakai baju sukan (read: baju sukan yang hanya bra dan seluar pendek) dan beriadah.
hhihihi..

mmg hubby chik na keje sane eh? bestla..selalu dpt g sane.. huhu nak g jugakk

Ibuhani said...

sronok dilayan mcm puteri ye Chik Na....w/pun 3 hr jer :) nanti citer apa yg best kat Syria....

Chik Na said...

Lady: tahun ni lady pergi honeymoon kat syria lak...leh pergi Jordan sekali sebab Jordan tu hubby kata dalam 3,4 jam perjalanan je...Chik na tak sempat pergi hari tu..

Chik Na said...

Izza: hubby freelance engineer kat syria buat masa ni...harapnya lama lagi la dia dok sana sebab chik na tak habis menjelajah lagi bumi syria tu, lagipun teringin nak g Jordan....(tu pun kalu ade rezeki lebih lagi la tahun ni)

Chik Na said...

Ibuhani: nanti chik Na continue cerita syria part 2 pulak yea...

hajarus said...

wah.. bestnyer chik na layanannyer... biler la agaknyer rezeki hajar nak ke syria.. huhuhu.. bestnyer...

siti murni ishak said...

romantik nyer...hubby masak...mesti chik na teruja sgt2 time tu..:-)

Chik Na said...

hajar: ade la rezeki tu :-)

siti: tak teruja sgt hubby masak sebab bila dia balik sini pun selalu gak isteri dia ni buli dia suruh masak :-)

azi said...

aku dah tengok gambar2 kat dlm facebook hang....nak dengar cite laks...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates