Last Saturday Chik Na bermalam di hospital menemankan tok wan di hospital bersama mama, uncle dan isterinya. Sebenarnya dah lama Chik Na tak bermalam di hospital .. last kenangan bermalam di hospital semasa menemankan arwah nenek di Hospital Universiti di Kubang Kerian. It is nearly 6 years ago. Malam tu Chik Na tak boleh tido sangat sbb terkenangkan arwah nenek dan arwah baba Chik Na. Suasana di hospital malam tu lebih kurang sama ketika menemankan arwah baba dan arwah nenek di HUSM cuma kali di Hospital Golok, Thailand.
Keadaannya hospital di Msia dan Thailand lebih kurang sama...bersih, teratur dan sunyi sepi pada waktu malamnya. Memandangkan Tok Wan Chik Na dimasukkan ke wad private wing..so wadnya tak berapa ramai pesakit. Kalau tak silap Chik Na tak sampai 10 org pesakit. So kami yg menemankan Tok Wan dapat tido di sofa bed sorang satu..agak selesa jugak lah walaupun bermalam di hospital :-)
View from level 6 private wing Sg. Golok Hospital |
Sesungguhnya bermalam di hospital membuatkan Chik Na insaf dan pentingnya hubungan kekeluargaan yang erat, rapat dan penuh kasih sayang.
11 comments:
Salam Chik Na...
Selesa hospitalnya.. Pasakit pun tenang dan cepat sembuh, kan?
Memang hubungan kekeluargaan yang akrab itu amat penting - sayangnya, ramai yang telah mengabaikannya.... :(
Kakcik: memang selesa..sampaikan bila tertido, lena sampai pagi ;-)
betul chik na...hospital nya nampak selesa..pd pandangan saya nampak lebih selesa nak dibandingkan hospital awam kat tmpt sy ni..*errr..tanaklah sebut hospital apa..
Kalau keluarga rapat, yg sakit pun boleh sembuh cepat :-)
wah sejuk hati tgk hospital macam ni..
Hello Cik Na, The last time I was at Sg. Golok was early '80s. Seeing your pics here I guess the place has changed a lot now.
Hope one day to make a trip there.
Lovely view too.
Have a nice day and keep a song in your heart, Lee.
best jugak hospital kat golok ni...nampak selesa je kan!
Salam Chik Na..
Alhamdulillah dapat bertemu dengan Tok Wan..
Memang apabila sakit.. saudara maralah tempat kita bergantung.. susah dan senang perlu bersama
Ramai keluarga yang menemankan Tok Wan,semoga cepat sembuh.
Kak Zai dah ada rumah baru,jemputlah ke
mamasya2.blogspot.com
Chik Na > Dah lama beno tak mencoret di sini..mmg persekitaran hospital tu nmpk bersih dan tenang..tapi camne plak dengan doktor & staff2 yg lain..kdg2 tempt kita ada gak staff yg kurang mesra alam..
hospital sekarang ni semuanya dah cantik dan bersih,kan?
Post a Comment