Hari Sabtu lepas, kami menghabiskan masa kat Stadium Terbuka MMU sempena hari keluarga sekolah kafa Faiz n Sufia. Family Day bermula pukul 2 pm hingga lebih kurang 6.30pm.
|
First time Firzana Education buat kat MMU untuk hari keluarga... biasanya
buat katStadium Tertutup MPSJ di Serdang |
|
Antara hadiah yang di sediakan |
|
Sufia tengah beratur untuk mendapatkan "tag" bagi rumah hijau, Abu Za |
|
Faiz tengah pakai "tag" bagi rumah biru, Khalid al Walid |
|
Sufia tengah bersedia untuk acara "Halangan Kontractor" |
Sukaneka yang disertai oleh Sufia memang kena dengan namanya "Halangan Kontraktor" sebabnya memang banyak halangan yang terpaksa dihadapi sebelum dapat menyiapkan satu tugasan. Halangan pertama bawa bola dalam sudu dengan menjinjing "bean bag" kat atas kepala sambil meniti kayu.
Kemudian kena jalan pakai "Terompah Plastik"
After that, bawa bola dalam gelung hingga ke bulatan yang ada tin..bawa tin sambil lari then susun tin tersebut dan last sekali repeat balik apa yang dah buat sebelumnya... bawa bola dlm gelung, lari dengan terompah plastik, meniti kayu sambil bawa bola dlm sudu dan diatas kepala kena jinjing "bean bag"... Penat kami tunggu seramai 14 org anak-anak menyiapkan setiap pusingan :D. rRsanya dalam 40 min jugak la tunggu dorang habiskan "Halangan Kontraktor " tu
|
Terkial-kial Sufia membawa bola dalm gelung |
Acara yang Faiz sertai yang paling simple dalam banyak-banyak acara yang di adakan.. beradu kekuatan antara 4 pasukan :)
|
Faiz masuk acara "pahlawan Gagah"... tarik tali la tu :D |
|
Faiz n Sufia dapat tempat kedua. Nasib baik dua-dua dapat silver, kalu tak
nanti bergaduh plak membandingkan hadiah yang mereka dapat :D |
Semasa majlis penyampaian hadiah, ada juga upacara cabutan bertuah dijalankan. Dan kami adalah antara yang bertuah pada hari tu... maybe disebabkan kehadiran En. Zaidi pada hari tu. En. Zaidi selalunya tak dapat hadir kebanyakkan aktiviti yang anak-anak sertai, al-maklumlah banyak berada di luar negara disebakan tugas. Alhamdulillah hampir setengah tahun En. Zaidi berada di tanah air pada tahun ni, so banyak juga la aktiviti anak-anak yang dapat dihadiri oleh En. Zaidi :D.
Insyaallah tahun ni banyak aktiviti anak-anak dan keluarga yang dapat disertai oleh En. Zaidi sebab mulai Mei ni dia mula bekerja di Indonesia. Senang nak ulang-alik pada hari minggu :D
|
Tanpa disangka kami menang cabutan
bertuah |
|
Nombor bertuah kami pada hari tu .. 126 |
On the way balik dan kebetulan dah berada di Cyberjaya bercampur pula penat, kami singgah Restoren Saba, kedai nasi arab untuk tapaw makan malam kami malam tu.
7 comments:
wahh.. besar jugak ye hamper tu.. best2..
anak-anak paling seronok kalau kita dapat hadir kan.
Rezeki tu CikNa dapat cabutan bertuah :)
Bestnya makan nasi arab (rest.saba) tu kan
ooo abe zaidi da dpt keje di indon tu ye.. ok la tu kan.. dekat sikit. ada yg balik tiap2 minggu ni kang.. hehehe
Lia: besar la jugak.. tinggi sampai paras peha chik na :D
kasihredha: restoren saba tu antara feberet kami sekeluarga
OneSimpleMother: tu la lyn..semalam pun abg zaidi ada cakap, rasa macam nak balik je minggu depan
mesti anak2 pun seronok kan sebab ayah dorang dah dekat je now ni ;-)
congrats to sufia n faiz
Post a Comment