Berseri-seri rupa kedua anakanda Chik Na pagi ni sebab kuih kegemaran depa mamanya dah buat :D petang semalam. Tu pun setelah abah pun cakap dah lama mama tak buat kuih seri muka. Kuih Seri Muka ni antara kuih tradisional feberet ahli keluarga Chik Na.
Lagi lebih seronok makan sebab Chik Na terapkan kuih seri muka ni dengan "cookie cutter" berbentuk bintang dan juga "love". Thanks to Periukbelangazarin sebab bagi idea buat can ni kat blog dia suatu ketika dulu :D.
Bak kata Ibuhani kat FB... Seri Bintang Hati |
Anak-anak seronok makan seri muka yang berbentuk "Love" ni |
Bahan-bahannya:-
Lapisan Bawah (Pulut):
2 cawan Pulut
2 cawan santan pekat
1/2 sudu kecil garam
Lapisan Atas (Yang warna hijau tu)
6 - 10 helai daun pandan diblend dengan secawan air, kemudian ditapis, ambil airnya sahaja
1 1/2 cawan santan pekat
3 biji telur
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula pasir
secubit garam
2-3 titik pewarna hijau
Cara-cara:-
- Untuk lapisan pulut, rendam pulut selama 1 jam. Toskan dan masukkan pulut dalam periuk bersama santan dan garam.
- Masak di atas dapur, bila beras dah sedikit likat tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 25 min.
- Selepas 25min, mampatkan pulut yang dikukus. Pastikan betul-betul mampat.
- Kemudian kukus lagi selama 10 min.
- Sementara tunggu pulut dikukus kali ke-2, sediakan lapisan atas yang berwarna hijau.
- Masukkan semua bahan untuk lapisan atas di dlm blender dan blend bahan tersebut sehingga sebati.
- After 15 min, angkat pulut dan mampatkan sekali lagi.
- Kemudian masukkan bahan lapisan atas di dalam periuk dan masak sehingga ianya mula likat.
- Bila mula likat, cepat-cepat tuangkan ke atas pulut yg telah dikukus dan kukus lagi selama 40 min.
- Sejukkan dan boleh lah di makan :D
* Boleh skip no. 8 dan 9 dengan memasukkan terus bahan lapisan hijau ke dalam pulut yg telah dimampatkan (tanpa dimasak) kemudian dikukus selama 50 min.
Anak-anak mengeluh sebab buat 1 bekas pyrex ni je.... depa kata tak sempat la bawa bekal p sekolah esok |
ps: Hubby siap bawa bekal ke Jakarta petang tadi :D
14 comments:
Salam Cik Na,
Selamat kembali dengan resepi baru ... bestnya...
Nampak Chik Na masak/ buat kuih macam senang jer kan tapi sendiri nak buat rasa macam M sahaja.
wow wee.. kalau kat pasar ramadhan ni sy amik yg star2 gitu. mmg nmpk lain dr yg lain :)
cantiknya..mesti anak teruja kan..
nak try ler resepi ni nnti..heheh
cantiknya cik na potong... :)
Nenek sy pandai buat seri muka ni, hari ada suggest kat dia suh pakai cutter. Dia xmau kata rugi. Heehe
nadiah pun suka kuih seri muka! baru je buat minggu lps ;)
comelnya serimuka chikna..
sedapnya nengok :D..kna try ni
wahh.. ciutnya bentuk..hehe
Teratak Hami: Chik Na pun kena penyakit M jugak... tapi bila anakanda n hubby bersungut, terpaksa la buat :-)
Alya: kalu ada jual kat pasar ramadhan maunya RM 1, seketul :D
Bionic women: Try la.. insyaallah sedap
kasihredha: thanks to zarin sbb Chik Na copy idea dia
ADIA : terpaksa la Chik Na makan yg lebih dari cookie cutter tuh
Nadiah: senang je kan :D
Lady: tima kasih :D
aiezza sue : try jangan tak try
Lia: Lia pun buat la can gitu jugak.. mesti khalid suka
kecur air liur tengok kuih seri muka a.k.a seri hati chik na nih...thanx bagi resipi skali..kalau rajin leh la cuba nanti...
saya cuba jugak cari kuih seri muka kat kedai lepas tengok pic kat fb chik na hari tu..tapi..mengecewakan lah..time nak makan, mesti tak ada..huhu
Post a Comment