Ads 468x60px

Labels

Monday, May 23, 2011

- Blended Orange Cake

Simple, fast n super easy cake recipe!!!!


Bak kata Kak KasihRedha takde mixer pun boleh buat kek ni :D. Chik Na bake kek ni petang semalam... sebenarnya dah teruja nak buat masa tengok resipi ni kat blog Lady Parlour last week. So semalam disebabkan takde apa nak makan masa minum petang, Chik Na pun decide nak buat kek ni. Anak-anak pun tak sedar Chik buat kek ni, tau-tau bau harum limau semerbak di rumah. Sampaikan anak-anak yang sibuk studi kat atas turun tanya mama masak apa nih..

Bahan-bahan:


1 biji buah limau (Chik Na guna oren sunkist)
1 cawan minyak
2 cawan gula halus ( Chik Na hanya guna 1 1/4 cawan :D )
3 biji telur ( Chik Na guna telur size B)
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder*
(* diayak bersama)


Cara-caranya:
  1. Cuci limau bersih-bersih, potong dan buang biji dan urat putih ditengah-tengah. Potong kecil-kecil bersama kulitnya sekali
  2. Masukkan ke dalam blender bersama gula, telur dan minyak dan kisar hingga halus
  3. Tuangkan bahan kisar ke dalam mangkuk kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digris
  5. Bakar pada suhu 170'C selama 40 min atau hingga masak.
Senangkan resipinya. Dalam masa sejam dah boleh dimakan. 

Kek yang gebu... Chik Na suka kalernya yang cukup kuning
buat orang rasa tak sabar nak makan :D

8 comments:

kakcik said...

Baunya pun sudah cukup menyelerakan, ya Chik Na? :)

Lady of Leisure said...

hehe lawa kaler dia kan chik na agaknya sebab blend dengan kulit oren tu skali kan

Chik Na said...

kakcik: baunya memang buat tak sabar nak makan :D

Chik Na said...

Lady: ha ah ..chik na pun rasa macam tu jugak... sebab blend dgn kulit orennya sekali

kasihredha said...

chik na
mula2 akak tak yakin..betul ke kena blender dengan kulit2 sekali.
Takut pahit...tapi ternyata colour dia sungguh menawan :)

Chik Na said...

kasihredha: chik na pun was-was jugak pasal blender dengan kulit tu.. tapi bila baca komen kat myresipi..yakin sikit :D

Teratak Hami said...

Sabar jelah tengok kek ChikNa ni di waktu petang. Walaupun takde depan mata, harumnya terbau sampai ke sini. Almaklumlah tengah nak habiskan puasa ganti ... uwaaaaaa!!!!

siti murni said...

mak pernah buat kek oren masa siti kecik2 dulu...yang siti ingat memang mak parut kulit oren dan masuk sekali dalam adunan kek tu...bahan2 lain dah tak ingat..hehe...
tapi..keharuman kek oren tu memang boleh dibayangkan..sebab yang lama mak buat dulu pun masih terbayang lagi wanginya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates