Ads 468x60px

Labels

Tuesday, June 19, 2012

- Karnival Haiyaa A'Alaa Falah 2012

Assalamualaikum..wth 

Setelah bercuti selama 3 minggu dari menghantar anak sekolah, minggu ni Chik Na memulakan kembali rutin harian :D... Minggu lepas ada En.Zaidi yang memandu anak-anak sekolah. En.Zaidi dah pun kembali ke Taipei setelah bercuti selama seminggu pada hari Ahad . Bila kembali ke rutin harian, nampak gayanya rumah Chik Na ni akan jarang di-update...

Ada a few draft yang tengah Chik Na edit gambarnya ... tapi tak tahulah samada sempat nak di"edit" gambo-gambo tu ke tak, citer pasal jalan-jalan Taipei tempohari :D. 

Sebenarnya banyak citer yang Chik Na dah draft tapi tak ter"update" entrynya.  Banyak cerita dah basi... contohnya cerita pasal Jalan-jalan Lebanon dan Jalan -jalan Dubai Dec 2010, cuti-cuti Langkawi besama mama n adik beradik Chik Na pada Feb 2012, Umrah Mac 2012 dan macam-macam citer lagi..

Tapi hari ni Chik Na nak bercerita pasal Faiz menyertai pertandingan hafazan  anjuran Surau Al-Falah, sempena Karnival Haiya A'Alaa Falah 2012. Karnival ni berlangsung 2 hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas.

Surau Al-Falah ni terletak bersebelahan taman perumahan Chik Na. Sekolah KAFA Faiz yang pilih agar Faiz menyertai pertandingan ni. Dalam pertandingan ni ada 6 categori, Kanak- kanak tadika  5 - 6 Tahun (lelaki n perempuan), kanak-kanak 7-9 tahun (lelaki n perempuan) dan kategori 10-12 tahun (lelaki n perempuan)

Hadiah utama 2 buah basikal :D

Memandangkan Faiz dah berumur 11 tahun, maka Faiz masuk pertandingan kategori umur 10-12 tahun lelaki. Untuk kategori ni pelajar dikehendaki menghafaz surah-surah berikut; Surah Asy-Syams, Al-Balad, Al-Fajr, Al-Ghasyiyah, Al A'laa, At-Thaariq, Al-Buruj dan An-Insyiqaq 

 Muka pucat sebab dia peserta pertama kategori lelaki 10-12 tahun..

Semasa undian Faiz dikehendaki baca surah Al'A'Ala dan surah Al'Balad... alhamdulillah dua-dua surah tu Faiz memang dah hafaz... cuma masa diuji dia agak panik dah terlupa satu ayat surah al-Balad.

Faiz tak memenangi hadiah dalam pertandingan ni, mungkin kerana tajwidnya yang masih lemah tapi Chik Na bangga sebab Faiz ni memang suka dan sanggup menyertai mana-mana pertandingan yg disuruh oleh guru-gurunya tak kira la samada di sekolah agama ataupun kebangsaan. Dah macam-macam sijil yang dah terkumpul :D. Walaupun Faiz tak menang acara hafazan ni tapi Chik Na bangga sebab Faiz berjaya hafaz surah-surah yang diberi... cuma Chik Na kena pastikan dia mengamalkan surah-surah tersebut dalam solatnya agar dia tidak mudah lupa nanti... 


Tak menang acara hafazan tapi Faiz dapat hadiah color set ni semasa menjawab soalan "kuiz siapa cepat dia dapat " yang diberi...

Soalan Kuiz tersebut : " Dimanakah terletaknya Masjidil-Aqsa?"... senang je kan soklan nya.. Rakan-rakan semua mesti tahu jawapannya :D


 Ini pula hadiah saguhati yang diberi kepada semua peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan hafazan ni.

Baju Faiz dan pengerusi masjid sama kaler :D

 Pemenang utama kategori lelaki 

Pemenang kategori perempuan .. 

 Sijil penyertaan...

Faiz, mama very proud of you....  

6 comments:

Kakcik Seroja said...

Tahniah atas keberanian dan kesungguhan Faiz. :)

Acik Erna said...

Tahniah Faiz..berani..boleh cuba lagi nanti..Insyaallah

Mummy Chubby said...

As salam chik na...mummy back!
sejuk prot chik na ngandungkan si faiz yang bijak ni. jelas nmpk dia pucat la kat pic tuh.hehehee....

Murni Alfathunnisa said...

Congrats faiz..walaupun tak menang tapi rajin & komited sertai pertandingan tu. jangan give-up tau, lepas ni cuba lagi. takde kejayaan tanpa kegagalan.chaiyoook!

chik na..update la cerita jalan2 dubai & lebanon tu...nak jugak 'berjalan' ke sana walaupun melalui entry chik na...:)

Nieda said...

Bestnya dpt besikal

kasihredha said...

tahniah faiz
ada ustaz syed juga ye :)

Masjid Al aqsa...teringin nak kesana

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates