Ads 468x60px

Labels

Friday, November 11, 2011

Nasi Lemak RM 1

Assalamualaikum..wth,

Nasi lemak, RM 1 ni kalau pergi around 8 am memang confirm tak dapat beli la...  HABIS jawabnya. Chik Na rasa ianya laku bukan disebabkan sedap sangat tapi rasanya disebabkan RM 1. Chik Na pun suka beli nasi lemak ni sebab dan siap bungkus dan ianya tak banyak sangat..just nice untuk makan pagi n alas perut sampai tengahari. Dalam seminggu ada la 2,3 kali beli nasi lemak ni. Kalau rajin, balik rumah Chik Na rebus telur untuk buat lauk tambahan.

Nasi lemak RM 1

Sufia pulak suka makan nasi lemak ni bila balik dari KAFA, kiranya makan tengahari before p sekolah kebangsaan. Pernah sekali tu Sufia mengamuk selama 1 jam sebab tak beli nasi lemak ni. Kebetulan hari tu pakcik yang jual nasi lemak ni tak berniaga.Ingat ke bila beli nasi lemak lain dia ok rupanya nak nasi lemak pakcik ni jugak.

Apam ni dijual 3 biji for RM 1

Ketayap ni pun RM 1 jugak :-)

Disamping tu pakcik ni jual kuih-muih. Antaranya karipap, cucur badak, seri muka, talam keladi, talam cendol, talam ubikayu n kuih lapis. Semua kuih dijual 3biji  untuk RM 1. Semua kuih ni dah di pre-pack macam kuih ketayap kat atas tu... senang kan!!! pilih n ambik jerk. Ada juga pack kuih yang kuihnya dah dicampur sebijik sejenis kuih.

Kuih yang paling keluarga kami suka ialah karipap.. sedap... Lagi satu yg Chik Na suka kuih cucur badaknya... memang sedap pastu boleh tahan sampai petang. Tapi kalau nak makan karipap dan cucur badak pakcik ni kena datang beli sebelum pukul 7.30 am :-)

10 comments:

OneSimpleMother said...

enak nampaknya ketayap itu. kalau berintikan durian lagi maveles.. :)

Yan said...

paling suka ketayap.. anak2 pun ikut..

Chik Na said...

OneSimpleMother: kalau inti durian tak dapat la beli gamaknya ngan harga RM 1 untuk 3 biji :-)

Chik Na said...

Yan: anak-anak chik na pun suka kuih ketayap

Hamizah said...

bestnya ketayap dah lama xmkn..mujr xmengidam..

Ibuhani said...

hehehe....breakfast tunjuk jer senang kan. Janji sedap! Nasi lomak tu yg nmpk mengancam sgt tu... :))))

Teratak Hami said...

ChikNa,
Saya memang suka makan nasi lemak yang dibungkus ciput2 gitu. Kekadang bukan RM1. Sebab ciput (kang org kata jaga badan pulak), saya akan makan berbungkus-bungkus. Memang lagi nikmatnya walaupun sikit.

Chik Na said...

Ibuhani: kalu buat sendiri costnya pasti lebih RM 3...malas nak buat bila weekdays..kalau weekend, adik-adik chik na ada kat rumah :-)

Chik Na said...

Teratak Hami: sama lah ngan Chik Na, kalau tak dinner heavy mlm sblmnya, keesokkan pagi boleh makan nasi lemak tu sampai berbungkus-bungkus :-)

Chik Na said...

hamizah: kalu mengidam kena la buat sendiri :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates