Ads 468x60px

Labels

Friday, November 11, 2011

Mood Meroti

Assalamualaikum...wth,

Petang tadi mood nak buat roti menjelma... so dengan segera Chik Na ke blog Dapur Tanpa Sempadan tengok basic resipi roti. Mood tu menjelma bukannya apa, esok anak-anak ada concert sekolah agama kat Uniten dari 12.30 tghari ke 5.30 pm. Makan tengahari sure kena sebelum pergi sana, dlm 11 lebih...so mesti nak kena bawa bekal sebab depa akan kelaparan sementara menunggu majlis selesai dlm pukul 6 ptg.

Dah dapat resipi, cepat-cepat Chik Na masukkan bahan-bahan dlm bread maker untuk menghasilkan doh roti. Dan hasilnya seperti dibawah

 Mini Pizza ... 6 biji

 Mini Sosej Bun .. 3 biji (nak lagi sedap makan dengan sos cili n mayonis)

Another version of Mini Sosej Bun ... 8 biji

Resipinya :-)

Bahan-bahannya

250 gm tepung high protein
50 gm gula castor
1/2 camca teh garam
1 camca besar penuh susu tepung (Chik Na guna everyday)
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softener
6 gm instant yeast
20 gm mentega
30 gm telur (pecahkan 1 biji telur, kacau sedikit dan timbang)
125 gm air suam (kalau guna breahmaker, guna air biasa)

8 batang Sosej; direbus
Sos Pasta atau tomato sos, 
1/2 labu bawang besar ; dimayang
lada bengkali; didadu
keju mozarella /cheedar

Cara Membuatnya: 

Untuk Doh : Larutkan yeast dlm air suam, biar berbuih. satukan semua bahan kecuali mentega, bancuhan yis dan gaul rata sehingga menjadi doh. Tambah mentega dan uli sehingga menjadi doh yang kenyal dan anjal (lebih kurang 20 minit). Bulat-bulatkan doh, letak dlm bekas dan balut dengan plastik bersih. Biarkan 45 min hingga naik.

Kaedah Lain: satukan semua bahan dalam breadmaker, pilih setting untuk "doh" dan tekan "on". Tunggu hingga siap dalam lebih kurang 1 jam setengah.

Untuk buat Mini Sosej Bun: 
Bila doh dah naik, tekan doh untuk buang angin dan canai doh lebih kurang 2-3 cm dan gulung bersama sosej yang telag dipotong 2 dan biar selama 20-30 min sblm dibakar pada suhu 180'C selama 10 - 15 minit. 
p/s cara gulung ikut kreativiti anda :-)

untuk Mini pizza: 
Bila doh dah naik, tekan doh untuk buang angin dan canai dog lebih kurang 2-3 cm. Sapu sos pasta atau sos tomato, susun sosej yg dipotong bulat-bulat, tabur bawang dan lada benggala,last sekali tahur keju. biarkan selama 20- 30 min sblm dibakar pada suhu 180'C selama 10 - 15 min

Selain dari buat sosej bun dan mini pizza, doh tersebut boleh dibuat apa-apa jenis roti yang digemari seperti roti manis, roti kacang, roti kaya, roti kelapa, cinnamon roll dan macam-macam jenis roti lagi termasuk la mexican bun ( bun macam Roti Boy tuh)


8 comments:

Nieda said...

Senang ada BM . Pakai campak2 nak buat roti.Lepas tu boleh buat kerja lain sementara tunggu roti naik.

alyyani said...

mana rupa mini bread maker tu kak? mcm oven ke? gebu gebas roti2 tuh. :)

Teratak Hami said...

ChikNa,
Apa itu bread improver & bread softener tu? 1st time dengar. Cuba tunjuka gambar skit.

Yan said...

anak2 i ni kan.. dapat roti sausage tu, sure licing..

kasihredha said...

wauu...bestnya
rajinnya chik na

Rozita said...

Rajinnya chik na membuat roti. Nampak gebu jer roti tu. Bread maker tu mahal tak harganya ?

Chik Na said...

Nieda:
walaupun boleh main campak-campak tapi kadang chik na ni kurang gak rajin nak meroti tuh

alya:
next time bila Chik Na buat roti lagi, Chik Na postkan sekali gambar breadmaker akak tu yer..

Teratak Hami:
Bread improver tu rupanya macam baking poeder n bread softener tu pulak macam lemak sayuran/shortening

Chik Na said...

Yan:
Memang pun...every time buat yg bersosej, sekejapan je dah habis :D

Kasihredha: :D (malu-malu kena puji)

Rozita:
Kalau tak silap dlm RM 200+..Chik Na punya brand empress (cosway)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates