Ads 468x60px

Labels

Thursday, December 31, 2009

- Tahun Baru Menjelma lagi ....

Esok tahun baru menjelma kembali ...  bermakna sudah 3 tahun Chik Na menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Banyak kenangan manis yang Chik Na lalui sepanjang tahun 2009 ni dan Al-hamdulillah tiada kenangan duka yang Chik Na lalui tahun 2009 nih... tapi banyak lagi azam tahun 2009 yang belum Chik Na langsaikan... tapi tak pe Chik akan berusaha menunaikan azam tahun 2009 di tahun 2010 pula.

Faiz dan Sufia pun da balik sini tengahari tadi ngan Ashu... Gembiranya hati Chik Na dapat menatap anak-anak kesayangan Chik Na tu. Dari LCCT  kami terus ke Alamanda untuk lunch. Masuk je dalam kete macam macam Faiz dan Sufia bercerita...sampai gaduh gaduh sebab nak berebut nak cerita ngan mama dulu..



Singgah kat jualan MPH di center court Alamanda. Tak beli ape pun..Faiz sekadar cari buku komik Ben-10 siri 10 tapi tak de pulak. Lagipun sepanjang depa balik KB, Chik Na da belikan buku Ben10 siri  8 dan 9... so baca je dulu yg Chik Na dah beli.  So rasanya ni la cerita terakhir , Moment in My Life untuk tahun 2009. Jumpa lagi di tahun 2010...

Dikesempatan ini, Chik Na nak mengucapkan Selamat Menyambut Tahun baru 2010 kepada rakan blogger yg singgah blog Chik Na.

Wednesday, December 30, 2009

- Persediaan Buka Sekolah

Tinggal beberapa hari lagi sekolah da nak buka , maka Chik Na akan kembali ke rutin harian Chik Na mulai minggu depan. Kiddos pun akan balik dari KB tengahari esok...dah tak sabar nak peluk and cium Faiz & Sufia.

Alhamdulillah semua persediaan untuk sekolah pun da ready...baju sekolah da basuh dan iron, buku-buku sekolah da beli dan balut, kasut sekolah da ready dan alat tulis pun da beli... Tinggal nak collect baju sekolah Sufia kat tadika dan beli buku sekolah KAFA Faiz... tak buat lagi sebab cikgu-cikgu suruh datang after 1 Jan 2010.




Semalam da settle hal-hal persediaan sekolah, Chik Na keluar minum and borak ngan another fren dari TM, Cik Lyn. Cik Lyn antara close friend Chik Na .. kiranya kawan yg selalunya Chik Na akan share berita gembira or duka or tempat mencurahkan perasaan Chik Na. Chik Na ade gak seorang lagi close fren kat TM tu... ari tu kami sama-sama p tengok anak ex-staff Chik Na kat Kota Damansara. Cik Lyn tak dapat join pergi IKEA sebab dia baru lepas operation lututnya...so tak boleh jalan banyak la..

Kali ni Chik Na dan Cik Lyn lepak kat A&W lak. Makan waffle & minum double scoop rootbeer float. Dok borak sampai 3 jam. Cik Lyn sampai tambah air .. haus bercerita...biasalah da dekat 2 bln tak jumpa ngan Cik Lyn ..macam macam kami update each-other.



Sampai rumah da maghrib... semalam Chik Na tido awal sebab da beberapa hari berjalan sakan..


Tuesday, December 29, 2009

- Lepak Again

Sekali lagi Chik Na melepak ngan kawan-kawan Chik Na, kali ni ngan kawan-kawan TM pulak. Sepatutnya geng kami kat TM ni 10 orang tapi hanya 5 orang je yang dapat datang berkumpul pada kali nih. Janji 9.30 pagi berada kat IKEA tapi biasa la janji melayu .... one of the group member, Cik Nojie terlambat bangun.. nak tak nak Cik Asma dan Cik Filzah terpaksa la menjemput Cik Nojie kat rumahnya.

So sementara tunggu yang ber-3 tu sampai Chik Na minum dan bergossip dulu ngan Cik Jija kat cafe near IKEA.

Chik Na minum milo panas dan makan kueh ketayap (salah satu kueh faberet Faiz). Sebenarnya janji nak breakfast sama-sama tapi terpaksa la tukar agenda sebab perut Chik Na pun da kelaparan. Punyalah mahal kueh ketayap kat Ikano nih, RM 2.30 tuk 3 keping...kalu kat area rumah Chik Na, 3 keping for RM 1.


Sebelum start merayap kat dalam Ikea, member bertiga yang lambat sampai tu breakfast dulu kat cafe di IKEA...but a quick breakfast laa. Tiap kali p IKEA nih mesti nak beli macam macam. Seronok jalan dalam IKEA nih, dapat banyak idea nak hias rumah... dan design barang-barangnya boleh dikatakan agak praktikal. Da penat jalan dan shopping kat IKEA kami berenti rehat jap...solat then makan-makan kat Fish Manhattan.

After da makan, kami continue shopping lagi kat Ikano, The Curve dan Tesco. Then last sekali lepak kat kedai mamak Kayu kat bawah Tesco...Safely arrive home bout 8 pm...penat dan sakit kaki tapi really have fun....
Next gathering maybe nak pergi jalan-jalan Bandung or Jakarta ... konon-konon la :-)

Sunday, December 27, 2009

- Aktiviti 2,3 hari nih ...

Minggu ni lagi sekali blog Chik Na berabuk .. sejak kiddos takde kat rumah nih... nak update blog pun malas...bukannya ape banyak sangat aktiviti yg Chik Na buat.. sampai kepenatan.

Khamis

Chik Na sibuk ngan segala urusan perbankan, and urusan cancellation PA  insuran yang sepatutnya Chik Na da lama terminate..tapi tak buat-buat .. ni case yg depa call kat handphone, cerita ceriti terus accept la nih... Chik Na ni baik hati, pantang sapa call kempen-kempen terus accept :-). Tu yang sekarang ni kalau nombor yg tak register kat handphone, Chik Na malas nak angkat sebab sekarang ni macam macam org call nak jual package percutian la, insurance la, nak offer credit card la dan macam macam lagi..

Dalam dalam sibuk buat urusan, kawan TM Chik Na call ajak p tengok ex-staff Chik Na bersalin. So dari IOI mall Chik Na terus pergi Kota Damansara...tak sampai 1/2 jam Chik Na da berada kat rumah ex-staff Chik Na tuh...nasib baik la ade GPS kat handphone yg membantu kalu tak mesti sesat barat nak cari rumah Cik Nani..


baby girl yang still tak confirm lagi namanya... baru berusia 3 hari masa Chik Na melawatnya. ps: namanya ade iras-iras nama sufia ..minta maaf cik nani mempamerkan gambo baby tanpa kebenaran ..he he he heh

Jumaat


Banyak habiskan masa dirumah je cuma Chik Na kuar sekejap pergi JJ Equine Park buat pedicure and manicure. Dah lama tak pergi buat pedicure, so rasa kuku kaki macam kusam je...


Kaki sedang direndam ngan garam bagi melembutkan kulit tapak kaki dan kuku so senang sket depa nak sental kuku dan kulit kulit mati di tapak kaki...

Sabtu

Dalam pukul 2.30 ptg Chik Na menuju ke Wangsa Walk di Wangsa Maju sebab nak jumpa kawan sekolah menengah yang dah dekat 20 tahun tak jumpa. First time datang mall yang baru 2 bulan lebih dibuka nih...Nasib baik dr Puchong Chik Na ikut terowong SMART menuju Jln Tun Razak then masuk jalan Ampang ke Jelatek...so boleh dikatakan  jalan agak clear jugaklah...dlm 30 min je da sampai tempat dituju. Sekali lagi terima kasih kat cik GPS Chik Na ... :-)



Pemandangan dari parking belakang Wangsa Walk. Wangsa Walk ni belakang Carrefour Wangsa Maju dan bersebelahan Wangsa Link..

Kawan Chik Na, Cik Suzana ni driving dari Penang semata mata nak jumpa Chik Na dan 2 org kawan sekolah rendah dia. Kami berempat melepak kat kedai Roti Boy dari kul 4 ptg - 7 ptg...bercerita pasal macam-macam dari satu topik ke satu topik....(salah seorg kawan Chik Suzana ni isteri kepada seorang pelakon)

Bila maghrib, dua member sekolah rendah Cik Suzana mintak diri dan kami continue pergi makan di sebuah Restoran Thai..ingat nak snap gambo menu yang kami makan tapi segan la pulak kat Cik Suzana :-). Sambil makan kami continue borak-borak sampai kul 9 pm ..(kebetulan Chik Na cuti sembahyang dan Cik Suzana lak nak sembahyang jamak kat hotel)... hu hu hu...seronok tul jumpa kawan lama nih.. After drop Cik Suzana kat hotel, Chik Na terus memecut balik rumah. sampai rumah dah dekat kul 10pm... Nasib baik la kiddos tu takde kat rumah kalu tak mesti tak boleh lepak lama-lama kalau bawak anak-anak..

Wednesday, December 23, 2009

- Home Alone

Ari ni Chik Na kat umah sorang sorang sebab the kiddos, Faiz & Sufia ikut Mama Mariam balik KB.
Sebelum depa balik KB rasa cam seronok sebab dapat la Chik Na ambik leave,
 leh la rilex rilex kat umah..sambil tu buat a few urusan yg nak kena Chik Na selesaikan,
nak baca buku-buku yang melambak tak baca tuh
dan lepak-lepak ngan kawan-kawan TM
tapi
bila depa takde kat rumah sunyi je plak rasanya
tak dengar suara gelak ketawa depa
or suara dua beradik tu bergaduh berebut mainan or
berebut channel cartoon,
berebut computer games,
berebut psp walaupun psp da ade sorang satu,
or usik mengusik,
Rumah kemas je... takde orang buat sepah...
Sesungguhnya I missed my kiddos...
baru satu hari balik Kb...hu hu hu
31 Dec 2009 baru la Faiz & Sufia balik sini


Kat LCCT..masa hantar depa balik KB semalam...sob sob sob

Tuesday, December 22, 2009

- Kenduri Kawin My Cousin

Da berabuk da blog Chik Na nih. Sebenarnya Chik Na agak kesibukkan. 19 dan 20 Dec continue menyibukkan diri kat kenduri kawin sepupu Chik Na. Malas nak tulis banyak banyak...seluruh badan Chik Na still lagi sakit sebab berdiri menyambut tetamu kat majlis persandingan belah uncle Chik Na...nampak sangat diri ni da tua..kekekekek... Da makan ubat sakit urat pun masih lum reda lagi sakit badan Chik Na nih... so layan je lah gambar gambar sekitar majlis perkahwinan cousin Chik Na yea..

Gambar yang disnap semasa kenduri belah isteri cousin Chik Na di Kota Damansara pada 19 Dec 2009. Wakil dari belah lelaki pakai baju berwarna  coklat or Kuning keemasan

Balik dari kenduri kat Kota Damansara, keluarga Chik Na dan Che Su singgah One Utama (OU) tuk celebrate uncle nya besday yang jatuh pada hari tuh .. we all makan pizaaa kat pizza hut...
 
Yang ni plak kenduri belah cousin Chik Na di Wangsa Maju..semua keluarga terdekat pakai warna merah or merun...

Alhamdulillah majlis akad nikah dan kenduri kahwin kedua-dua belah semuanya berjalan lancar. Selamat Pengantin Baru buat cousin Chik Na, Ikram dan Wawa...semoga berbahagia ke akhir hayat..amin...

Friday, December 18, 2009

- Hari yang busy


Pukul 11.30 pagi da kuar rumah ambik adik Chik Na di Terminal Subang  Semalam pun dah pi airport jugak tapi LCCT, ambik Mama Mariam datang dari KB. Dari Terminal Subang terus menuju ke Masjid Kota Damansara.....sebenarnya hari ni cousin Chik Na, Ikram nak bernikah. Memandangkan majlis akad nikah bermula pukul 3 pm, so kami terpaksa la kuar rumah awal sebab adik adik  Chik Na yg lelaki nak pergi sembahyang Jumaat dolu. Kalau lepas jumaat baru nak bertolak dari rumah takut tersekat dalam kesesakkan lalulintas pulak ..al-maklumlah jalan dari Seri Kembangan ke Kota Damansara tu biasanya hari minggu agak sesak sebab org ramai akan bersantai dan bershopping ke One Utama atau The Curve.


Sufia on the way p Terminal Subang

Sufia posing ngan Ayah Pih yang kami ambik kat Terminal Subang.

Lepas drop adik adik lelaki Chik Na di Masjid Kota Damansara, kami g Giant Kota Damansara...sementara tunggu habis sembahyang Jumaat. Masuk masuk je Giant, Faiz & Sufia da  nampak J-Co...apalagi cbuk nak donut..sementara tunggu Mama Mariam jalan jalan kami lepak  kat JCo dulu..

Faiz dan Sufia tengah tunggu ice blended chocolate

santai dengan mamatok ..Mama Mariam

Sufia ngan Che Nisa dan Che Ilia... (cousin Chik Na)

Rupa-rupanya Che Su Chik Na dan anak-anak pun lepak kat Giant jugak....apalagi Chik Na ajak depa lepak sama kat JCo. Dalam 2.30 pm kami semua berangkat ke Masjid Kota Damansara...sampai sana da ramai pakcik makcik berkumpul..

Hantaran ni kalau diperhatikan betul betul..ianya dibuat dari lego..dalam peti besi tu ade seutas gelang tangan untuk upacara membatalkan air sembahyang

Duit mas kahwin dibentuk menjadi sejambah bunga ...

Mama Mariam with anak my cousin ..Emir Zidane...Zidane ni ade twinnya Emir Danish

Yang ni plak Emir Danish... Chik Na tak tau can ne nak beza between dua beradik nih... confuse ..

Pengantin perempuan..bakal isteri cousin Chik Na

Ni plak cousin Chik Na.. tengah berdebar menunggu upacara akad nikah...

And this is my little cousin .... baru 1 tahun 2 bln. Sufia, auntie nya pun da 5 tahun...

Majlis akad nikah berjalan dengan lancar dengan sekali lafaz je. After majlis akad nikah, kami dijempaut ke dewan apartment tempat tinggal pengantin perempuan lak....ader makan-makan.Sampai rumah Chik Na da pukul 6.30 ptg... akibat kepenatan Chik Na terlelap jap ...sedar sedar da 7.30pm. Kelam kabut bangun sholat .. lepas tu attend lagi satu wedding kat LP 8 nih... jiran Chik Na buat kenduri kahwin tuk anak saudaranya. Ikutkan hati memang tak mo pergi dah..tapi mengenangkan adat berjiran, Chik Na gagahkan hati Chik Na pergi gak kenduri ngan Mama Mariam. Lagipun dari segi agama, kita mesti pergi kenduri yang dianjurkan oleh jiran kita. Anak-anak dan adik adik Chik Na semua tok mo ikut sebab kepenatan. Depa order pizza makan kat umah.je. Dah gi kenduri lama lak dok sembang ngan jiran-jiran... kul 10.30pm baru lah Chik Na angkat punggung...

huh.....hari yang panjang bagi Chik Na. Esok majlis persandingan di sebelah pengantin perempuan lak..

Thursday, December 17, 2009

- Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH
Chik Na ucapkan kepada semua rakan blogger dan sesiapa saje yang menjengok blog Chik Na nih.

Disini Chik Na nak kongsi amalan di dalam bulan Muharam yang Chik Na dapat dari email:

AMALAN BULAN MUHARAM 

  •  Baca doa Akhir tahun sebelum Maqhrib, petang  30 Zulhijjah (17 Dec) , beberapa minit sebelum masuk waktu maghrib
  • Baca doa Awal tahun selepas Solat Maqhrib 
  • Berpuasa pada 1 Muharam (Jumaat, 18 Dec)
  •  8 Muharam ( Jumaat, 25 Dec)
    1. Air Mawar + Air Biasa = Dibacakan Fatehah 7X dihembuskan ke air.
    2. Embunkan semalaman. 
  • 9 Muharam (Sabtu, 26 Dec)
    1. Basuh kepala dengan AIR yang telah diembunkan.
    2. Puasa
  • 10 Muharam (Ahad, 27 Dec)

    1. Puasa
    2. Mandi Sunat 
    3. Solat sunat 4rokaat 2 salam selepas Dhuha atau lepas Zohor. Setiap rokaat baca Qulhu 15X. 
    4. Celak mata dan baca ayat dari Surah Al-Dahri/Al-Insan 
    5. Potong kuku. 
    6. Ziarah orang sakit 
    7. Ziarah orang 'Alim 
    8. Sapu kepala anak Yatim

      • Kalau saudara-mara ~ sapu depan kebelakang. 
      • Kalau bukan saudara ~ sapu belakang kedepan. 

    9. Sedekah
    10. Belanja bagi lebih
    11. Berhubung silatulrahim 
    12. Baca Qulhu 1000X 
KALAU TAK DAPAT BUAT SEMUA, JANGANLAH TINGGALKAN SEMUA....

 
"REBUTLAH LIMA PERKARA SEBELUM DATANG LIMA PERKARA"  

Wednesday, December 16, 2009

- Shopping lagi

Pagi semalam after  p Tabung Haji kat Putrajaya...Chik Na dan anak anak singgah Alamanda. Plan nak beli kasut sekolah hitam Faiz, sport shoe tuk Sufia dan Faiz...


Dah dapat kasut sekolah hitam Faiz, the kids meraya nak aiskrim mc D laa plak...So duduk jap makan aiskrim..Chik Na pun join dok makan aiskrim

Dalam pada tu Chik Na teringat nak beli handbag  sempena YES yg sedang berlangsung.L agipun handbag Chik Na pun da agak uzur...Chik Na ni jenis pakai handbag sampai betul betul lusuh , baru tukau baru..Bukannya apa tak mo membazir duit Chik Na yg ciput tuh ;-). Sebenarnya masa En. Zaidi balik lagi Chik Na dah bagitau nak beli tapi tiap kali kuar shopping ngan En. Zaidi ,Chik Na tak jumpa yang berkenan. Kat Alamanda semalam semua kedai yang ader jual handbag Chik Na masuk..Carlo Rino, Vincci, Parkson, Bagz Bazaar, Bonia, Sembonia... last last beli satu kat Sembonia..tu pun beli yang disc 50% ... he he he..Tapi hati sebenarnya berkenan yang kat kedai Bonia tapi reganya tau-tau je lah kan... Rugi tak g masa En.zaidi ade...kalu tak boleh pau cik abg Chik Na tuh ...


Da penat cari handbag..bawa anak anak lunch dulu... Faiz & Sufia kalu p Alamanda mesti nak makan ..Yee Mee in black sauce nih ...

Chik Na lak try Chicken Rice in black Sauce .. first time makan..dan tak mo makan lagi..tak kena ngan selera Chik Na :-)

Faiz & Sufia share 1 mee... seba kalau beli 2, mesti tak habis punya..

Ni sport shoe Sufia. Nak beli yang ade bunga-bunga sket..sufia tak mo..yang pink ni jugak dia nak.. ps: sufia ni memang fan color PINK..

Sport shoe Faiz je yang belum beli..sebab semua yang dia tgk dia tak berkenaan..nak yg macam kasut yang BEN-10 pakai ...hu hu hu.. Janji nak kena beli sebelum depa balik bercuti kat KB nanti ..


Monday, December 14, 2009

-Service kete

Around 9.30 am Chik Na dan anak-anak ke Global Amity untuk servis yang ke 150,000km dan check aircond yang tetiba je hari Sabtu lepas dah tak sejuk lak. Dah jauh perjalanan kenderaan kami yang dah menjangkau usia 5 tahun ++ nih. Ni kereta keempat bagi kami.


After dah daftar kereta untuk servis, kami ke kedai mak berdekatan tuk breakfast. Sufia dan Faiz makan roti canai dan Chik lak makan tosai... kami kurang gemar makan kat kedai mamak tapi sebab takde pilihan lain terpaksa la makan kat kedai mamak nih ...

Sufia kalau pergi breakfast kat kedai mamak mesti nak makan roti canai dengan gula. Teringat masa pergi Bangkok, roti canai depa digulung dan di dalamnya di bubuh susu manis...sedap gak..

Customer lounge kat Global Amity. First time Chik Na naik customer lounge kat tingkat 1 ni. Selalunya pergi servis sorang-sorang so tunggu je kat ruangan menunggu kat bawah. Memandangkan orang agak ramai kat bawah so Chik Na decide tunggu kat atas..

Customer lounge kat atas ni agak selesa dan luas gak... macam dok kat rumah laks... ade TV, sofa, coffee machine, toilet, dan bahan bacaan. Rugi tak bawak netbook Chik Na...kalu tak leh tenet. Nasib baik kat atas takde orang...so bila anak anak Chik Na buat bising pun tak pe la kan...

Aksi boring Faiz... main cube rubik pun sampai nak tertido...

Sufia lak sempat buat homework mental arithmetic ....

Kete Chik Na yang kat belakang tu sedang diservis....

After 2 jam tunggu, technician Global Amity cakap kereta Chik Na kena hantar kat " Global Amity appointed aircond workshop" sebab depa takde specialist yg perlu handle kes aircond kete Chik Na. Estimated tuk siap dlm kul 4.30pm....hu hu hu ..apalagi Chik Na pun ambik teksi balik rumah laa...

Dlm around 3.30pm Chik Na call cab tuk bawak Chik Na ke Global Amity lagi...tunggu pun tunggu dekat sejam lebih tak jugak datang...bila Chik call company cab tu kali ke-3 baru cakap takde teksi nak ambik Chik Na....apa la depa nih..tak tepon awal awal bagitau..so terpaksa la Chik Na meredah hujan tunggu teksi kat guard house perumahan yang Chik Na dok. Nasib baik dapat teksi walaupun masa tu dah kul 5pm and peak hour...

Alhamdulillah sempat Chik Na ambik kete sebelum Global Amity tutup pukul 6pm.  Kalau tak terpaksa la anak anak Chik Na ponteng class mental arithmetic....

Sunday, December 13, 2009

- En Zaidi kembali bertugas....


Last night around 11.30 pm kami ke KLIA lagi...as usual kali ni hantar En Zaidi yang akan kembali bertugas di Damascus. Memandangkan tiada penerbangan terus dari KL ke Damascus, En Zaidi menaiki penerbangan Emirates pada 2:10 am (antara penerbangan feberet kami sekeluarga sebab bigger seat, beratus on-line movie and games tuk dilayan sepanjang penerbangan, kids meal yg menarik dan toy & stationary tuk anak anak yg menarik)

Sufia & Faiz kalau ke KLIA hantar or ambik abah pasti nak dok atas trolley nih..

Another aksi kat trolley luggage... Faiz takde dalam pict ni sebab dia ntah g mana ngan adik Chik Na, Ayah Ri semasa Chik Na snap gombo nih.

Alhamdulillah petang tadi dlm around 3.30ptg, En Zaidi dah text Chik Na yang dia selamat sampai di Damascus dan terus pergi bekerja hari ni... sob sob sob...

Saturday, December 12, 2009

- Udang Besar

Semalam dan ari ni Chik Na agak kesibukkan. Tak berkesempatan nak melawat blog kawan kawan dan bercerita di blog Chik Na. Tapi Chik Na nak berkongsi gambar udang yg Chik Na dapat petang tadi. Kawan Chik Na kat Sendayan yg bagi udang besar ni... tengah pikir nak masak apa udang ni nanti..


Semasa kawan Chik Na bawak keluar dari fridge besarnya dan bagitau nak bagi Chik Na, terkedu Chik Na sebentar sebab udang ni kalau beli sendiri lebih dari RM 60 sekilogram. Bukannya bagi 3,4 ekor tapi 13 ekor.. rasanya cam lebih sekg nih.. Maunya 2 or 3 kali Chik Na masak udang nih...


Dua ekor je muat dalam pinggan lauk Chik Na... seekor udang ni nak sama besar tapak tangan Chik Na.Besar kan !!!. Anyway terima kasih banyak banyak kepada Kak Aisyah... naik segan dah pergi rumah depa ni sebab everytime Chik Na pergi mesti dapat ole-ole (dorang sekeluarga ni memang baik hati ..)





Thursday, December 10, 2009

- Menu lunch hari ni

Hari ni mood rajin nak snap gambar masakan Chik Na for lunch


Sayur goreng campur udang
Sayur ni Chik Na beli masa pergi Cameron Highland hari tu...tak ingat ape nama sayur ni (nyonya jual sayur ade cakap hari tu..name can chinesse je). Katanya hanya kat cameron je ade jual sayur nih.. memang Chik Na tak pernah tengok sayur di kat Carrefour, Jusco, pasar borong etc :-). Sekali tengok cam kacang buncis tapi pendek pendek cam cili padi yg saiz besar. Rasanya lak cam asparagus..Kat pasar tani CH depa goreng celup tepung sayur ni..



Ikan masak sambal
Asalnya nak masak ayam masak merah tapi disebabkan nak goreng udang so tak jadi masak ayam. Chik Na pernah baca kalau makan makanan laut jgn dicampur makanan dari ayam, daging or sebagainya. Reasonnya..tak ingat kenapa ... tapi sejak baca artikel tu Chik Na selalunya mengelak dari mencampur makanan berasas laut ngan yg lain ...

Udang goreng dimasak ngan kunyit & bawang putih


Buah untuk pembuka selera... juga dibeli di CH ari tu... buahnya besar dan manis

Haa simple je kan menu tengahari Chik Na hari ni ..

Wednesday, December 9, 2009

- Dinner at TCRS

Tadi after solat Asar, kami pergi Alamanda, Putrajaya. Sampai sana dalam around  6 pm terus decide nak dinner awal sebab esok pagi En. Zaidi nak pergi buat medical check-up kat Columbia Asia Hospital kat Puchong. Doktor minta En. Zaidi berpuasa dari kul 9 pm hingga after medical habis check-up sok pagi.


Apalagi Chik Na ajak suami makan kat The Chicken Rice Shop (TCRS) sebab teringatkan  N3 rakan blogger, Alya makan kat TCRS Mines 2,3 hari lepas. 



Chik Na & Sufia tgh tunggu makanan...kami kelaparan... pagi tadi breakfast dah lewat  kat umah


Hari ni Chik Na try set yang ade ikan masak asam pedas ..

Sayur taugeh ni Chik Na suka sangat

Sufia makan kiddy set

En. Zaidi makan fried noodle with wantan

Sufia gak yang makan banyak...semua orang lain punya makanan dia cbuk nak try..

sempat mewarna buku yang dibeli di MPH ketika tunggu abah pergi beli biskut Famous Amos..

Ari ni kami jalan jalan tanpa Faiz sebab dia pergi sleep-over kat rumah Mak Njangnya kat Bukit Puchong semalam. Sebenarnya masa nak ke Alamanda tu kami pergi nak ambik Faiz tapi dia tak mau balik ...nak tido satu malam lagi ngan cousin-cousinnya...

Tak lengkap rasanya keluar jalan jalan bertiga je.. Yang pasti Sufia rindukan abangnya sebab asyik sebut abang faiznya....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates