Petang tadi dalam around pukul 4, Chik Na ke KLIA jumpa adik Chik Na yg no 5, Ayah Pih yang transit kat KLIA dari Kuching nak balik KB. Ayah Pih ke sana 10 hari atas urusan kerja.
Kami jumpa dalam kereta je, malas nak parking.. Jumpa kat pintu no. 4 kat bahagian pelepasan. Nak tunggu kat arrival lane, banyak lak kereta, pastu ader En. Polis menunggu nak saman dan halau sapa sapa yang tunggu lama-lama.
Ni la hajat sebenar nak jumpa Ayah Pih tu .. nak ambik senduk dari Sarawak yang Chik Na mintak tolong belikan... yang kat rumah ni dah buruk buruk sebab tiap tiap hari guna. Mintak belikan 2,3 senduk je tapi dapat sampai 9 senduk. Chik Na suka guna senduk kayu nibung ni, sebab tak calarkan periuk especially yg jenis "non-stik".
Yang dalam kotak panjang tu, Ayah Pih belikan seekor terubuk masin. Dah pun Chik Na makan 1/3 ekor masa dinner jap tadi. Yang bulat tu pulak, belacan Bintulu. Belacan Bintulu tu agak terkenal kat Sarawak.. memang sedap sebab sebelum ni pun Ayah Ri pernah beli bawa balik masa dia pergi Sarawak tahun lepas. Terima kasih banyak banyak la Ayah Pih. Lain kali bila Ayah Pih pergi Sarawak lagi boleh la pesan kek lapis Sarawak lak.
Ni pulak Sufia bergambar dengan lolipop yang Ayah Pih beli kat KLIA sebelum jumpa kami. Semasa Chik Na menaip entry ni, Faiz dan Sufiaa sibuk dok jilat lolipop yang Ayah Pih beli. Thank you Ayah pih di atas semua souvenir yang dibeli :D.
6 comments:
wah!! comey gakkzz..!!
ayah pih ni adik kak ina yg mana erk..? macam tk nah jumpa jer. dok igt masturi dgn ihsan jer adik lelaki kak ina..
mamamin: senduk Chik Na ke yang comey
Cik Mas: mesti Lyn pernah jumpa.. adik kepada izwah ..dia kerja kat KB.. dulu dia urus pusat tuisyen, now ni dia bahagian multimedia lak ..
wahhh dapat lolipop ekkk.. besttt
manyak nye senduk kmas. takpela, kmas rajin masak. kalau mcm alya ni, buat hiasan gak nye. kalau bole gantung kat dinding, mmg gantung dah. hehe...
besar nye lolipop sufia dpt tuh.. kat sini tak jumpe tu :)
diarihatiku: Lolipop yang Ayah Pih beli masa balik KB hari tu pun belum habis makan .. terperap je kat fridge tu :)
Alya: Ala K.Mas bukannya rajin sangat masak ni pun ..tgk mood jugak :D
Post a Comment