Ads 468x60px

Labels

Tuesday, October 13, 2009

- Weekend yang bz

Hari Sabtu, 10 Oct dan Ahad, 11 Oct adalah hari yang agak cbuk buat Chik Na.. cbuk bertandang raya and sibuk melayan kawan kawan yang datang rumah.

Hari Sabtu, pukul 2.30 pm, jiran baru sebelah rumah ( owner baru rumah sebelah kiri.. young couple yang baru kahwin bulan May) buat open house untuk berkenalan ngan jiran tetangga. Depa ni baru pindah dok sini dalam bln June kalau tak silap Chik Na. Kami antara org pertama yang hadir majlis open house depa sbb tengahari tu Chik Na malas nak masak & dah plan nak makan kat rumah sebelah :). Lama gak melepak kat rumah sebelah ni sebab dok bersembang ngan jiran tetangga yang lain. Al-maklum kalau tak de gathering macam ni, jarang sembang ngan jiran jiran sbb semuanya sibuk bekerja kecuali Chik Na la kan....

Habis open house rumah sebelah dlm 3.30pm, bergegas lak ke Bandar Puteri Klang. Ade open house ex-classmate masa belajar dulu. Kawan Chik Na ni sekarang lecturer kat Fakulti Engineering Uitm. Memandang kawan Chik Na ni buat open house kami ex-ADIE 1994-1996 buat gathering sekali le kat rumah dia ..tumpang makan free :). Masa Chik Na sampai ade le 4,5 couple classmate Chik Na termasuk seorg lecturer kami dulu.. Dr Hairi. Kebanyakkan depa ni dah anak melebihi Chik Na, ader yang 3 org, ader yg 4 org, dan ader yg dah 5 orang. Semua pakat tanya Chik Na bila nak kejar depa.. Chik Na senyum je lah .. Kadang rasa macam nak pregnant lagi kadang rasa tak mo dah .. bukannya ape Chik Ni kalau pregnant teruk alahannya..tambah tambah lagi En. zaidi tak de..lagilah malas. Lepak dan sembang sampai la kul 6 ptg.

Then singgah rumah aunty kat Bandar Kinrara 5. Lepas maghrib pergi lak rumah lagi seorg auntie kat Bandar Kinrara 4. Sampai rumah dah kul 10 pm. Mandi mandi terus tido.

Hari Ahad pulak, pagi pagi Cik Na dah pergi pasar borong...beli perkakas buat Keowteow/bihun sup sebab kawan Cik Na, Zilla (kawan baik masa Uitm) kata nak datang beraya kat rumah. Memandangkan dah masak extra Chik Na call Cik Mas (Meet Auntie Mas) dan best fren Cik Na masa kat TM dulu (Lyn & Saniah, which still best fren). Lama bersembang ngan Zilla..dr kul 12 -4 ptg.. lama tak jumpa so macam macam sembang. Then dalam kul 4 lebih pm Lyn call dia cakap on the way ke rumah..and husband dia cbuk ngusik nak p makan durian rumah Chik Na..so kelam kabut la Chik Na kuar beli durian 5 biji untuk depa...bukannya ape, saja nak memuliakan tetamu supaya depa nanti rajin dtg jengok Chik na ni.

Dlm dok sibuk makan durian, ex housemate Chik Na kat kampung Melayu Subang, Lynn datang dgn kakaknya and kawan we all jugak, Ann. Rezeki gak untuk Lyn dan Ann ( yg mengidam nak makan durian.. lebih lebih lak dia, macam la dia yg pregnant) boleh merasa durian yang Chik Na beli tu .. Seronok dapat pegang perut Lyn yang tengah pregnant anak pertamanya..

Sufia with Cik Lynn and Cik Ann

Sufia with Cik Zilla.

Walaupun weekend yang baru lepas ni agak memenatkan tapi keseronokkannya berlipat ganda sebab dapat jumpa sahabat handai dan saudara mara.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers

Latest Comments

Follow by Email

Visitor

Free Counter

Pageviews last month

 
Blogger Templates